Guna sabun buku mandi serta pelekat perangkap lipas yang bernilai kurang daripada Rm2.50 sebenarnya lebih efektif daripada anda beli ubat gegat yang akan meninggalkan bau yang tidak menyenangkan malahan lebih baik daripada anda berpenat lelah mengetuk lipas guna surat khabar atau apa sahaja barangan yang dapat dicapai semasa kecemasan.

 

Antara kaedah lain yang boleh anda lakukan untuk membunuh lipas adalah:

  1. Cari perangkap lipas yang mempunyai gam pelekat. Letakkan potongan bawang atau kulit pisang serta buah-buahan lain yang sudah ranum. Letakkan bahan perangkap itu di tengah-tengah pelekat. Pastikan bahan perangkap stabil dan tidak mudah teralih daripada pelekat.

    Letakkan di sudut yang anda sering menjumpai lipas terutamanya di sudut yang gelap dan biarkannya semalaman atau beberapa hari, apabila sudah penuh dengan kaum kerabat lipas, buang sahaja ke dalam tong sampah. Tangan tidak kotor, fobia anda terhadap lipas juga akan berkurang.

    Modal RM2.50 Dan Sabun Buku, Anda Boleh Hapuskan Lipas Dari Terus Membiak

    Modal RM2.50 Dan Sabun Buku, Anda Boleh Hapuskan Lipas Dari Terus Membiak

     

2. Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya. Ini kerana bau yang kuat daripada sabun buku membuatkan lipas untuk menghindari kawasan berkenaan dan mencari tempat baru untuk membiak.

Modal RM2.50 Dan Sabun Buku, Anda Boleh Hapuskan Lipas Dari Terus Membiak

3. Gunakan listerine sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Hanya campurkan dengan air biasa dan isikannya dalam botol penyembur. Sembur di kawasan lubang saliran dalam rumah atau sudut-sudut yang selalu menjadi laluan lipas. Untuk hasil yang memberangsangkan, pilih perisa pudina. Baunya yang amat kuat amat efektif dalam usaha menghalau lipas.

IKLAN

Modal RM2.50 Dan Sabun Buku, Anda Boleh Hapuskan Lipas Dari Terus Membiak

4. Selain daripada digunakan secara meluas dalam masakan, daun pandan juga amat efektif dalam menghalau lipas yang berkeliaran dalam rumah kita. Walaupun ia tidak membunuh lipas, baunya yang kuat amat tidak digemari lipas sehingga membuatnya pergi ke sudut yang lain, tetapi harus diingat, apabila daun tersebut sudah tidak segar serta kering, anda perlu menukar daun tersebut, kalau tidak ia turut menjadi makanan lipas.

Modal RM2.50 Dan Sabun Buku, Anda Boleh Hapuskan Lipas Dari Terus Membiak

IKLAN

5. Bahan ini memang sedap digunakan dalam masakan malahan amat efektif dalam membunuh lipas disebabkan baunya. Kalau tidak percaya, ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.

Modal RM2.50 Dan Sabun Buku, Anda Boleh Hapuskan Lipas Dari Terus Membiak

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI