Baju dalam almari walaupun baru dibasuh berbau tidak sedap. Nak kata busuk, bukan lah busuk, macam bau kepam dan tengik. Mesti ramai yang hadapi alami masalah ini kan? Baju yang jarang digunakan yang paling berbau. Nak pakai pun jadi serba salah samapai perlu dicuci semula.
Untuk atasi masalah ini, anda boleh cuba 5 trik mudah untuk meamstikan baju dan almari anda sentiasa berbau harum
1. CUKA PUTIH
Cuka dikenali sebagai bahan terbaik anti fungus dan anti bakteria. Ini bermakna ia amat sesui digunakan sebagai bahan nyah bau yang berpunca dari bakteria.
Cara-cara: Kosongkan almari anda. Basahkan kain bersih dengan cuka dan lap keseluruhan bahagian dinding, rak yang terdapat di dalam almari. Selesai, biarkan pintu almari terbuka 1-2 jam atau sehingga permukaan yang dilap betul-betul kering.
Ads
2. JUS LEMON
Lemon merupakan pahan pembasmi kuman semula jadi yang diperakui. Ini bermakna ia berupaya menyingkirkan bau busuk yang berpunca daripada bakteri seperti mana yang dilakukan oleh cuka. Tambahan, jus lemon juga berupaya menghilangkan dan mencegah kehadiran kulat atau habuk yang terhasil pada permukaan kayu atau papan
Cara-cara: Campurkan 1 bahagian jus lemon dan 1 bahagian air suam. Gunakan kain atau tuala microfiber, basahkan dengan campuran lemon tadi dan lap keseluruhan permukaan almari. Biarkan pintu almari terbuka untuk beberapa jam
Ads
BILA DAH SELESAI PEMBERSIHAN DAN PEMBASMIAN. LANGKAH SETERUSNYA, LETAK BAHAN PENCEGAH KELEMBAPAN DAN PEMBANGKIT AROMA SEGAR
3. SERBUK KOPI
Kopi memang antara bahan yang kerap digunakan sebai bahan untuk meneutralkan aroma. Ia juga bahan terbaik untuk melembap kelembapan
Cara-cara: Isi beberapa uncang kain dengan serbuk kopi. Letakkan pada bahagian bawah almari, gantung dan sebaginya
Ads
4. BAKING SODA
Seperti kopi, baking soda juga mempunyai fungsi yang sama untuk mencegah aroma dan penyerap kelembapan.
Cara-cara: beli beberapa botol atau kotak baking soda. Buatkan sedikit lubang pengudaraan dan letakkan di dalam almari. Anda mungkin memerlukan lebih dari 2 kotak kecil baking soda untuk almari bersaiz 12x8kaki
5. LAVENDER KERING
Lavender memang arom terbaik. Ia bukan sekadar berupaya memberi ketenangan malah menjadi egen pewangi semula jadi. Lavender berupaya neutralizes aroma yang sangat kuat
Cara-cara: Isikan lavender kering di dalam uncang kain dan gantungkan beberapa bungkus di dalam almari untuk kesan yang lebih baik. Lagi banyak, lagi bagus.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rumah persaraan, perunding hartanah beri tip apa perlu buat sejak dari awal supaya semua yang dirancang menjadi kenyataan. Membina rumah persaraan memerlukan perancangan rapi sejak dari usia muda lagi.
Kediaman selepas bersara sangat penting untuk anda menghabiskan sebahagian besar masa anda selepas tidak bekerja lagi. Ada yang merancang untuk membina atau membeli rumah baharu selepas bersara sebagai rumah persaraan.
Berikut perkongsian daripada Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang perunding hartanah.
BINA RUMAH BERSARA?
1. Jika ada impian nak ada rumah bersara. Bina atau rancang 10-20 tahun sebelum bersara.
2. Jangan dah bersara baru nak bina rumah. Kita akan habiskan banyak modal waktu itu.
3. Bina kediaman yang kecil atau mesra orang tua. Elakkan bertingkat.
4. Kediaman sebaiknya jangan terlalu ke dalam kampung atau dalam hutan sangat. Bila kecemasan susah.
5. Jangan bina kediaman yang makan banyak kos selengara. Jika dapat antara 1500-2000 kai persegi sudah cukup.
6. Jangan sibuk bina bilik ikut jumlah anak yang kita ada. Cukup 3 bilik dan 2 bilik air sahaja. Belajar lepaskan memori silam.
7. Duit bina rumah sebaiknya bukan dari Dana Persaraan kita. Ia duit yang memang kita tabung untuk bina rumah.
8. Pilihlah kekemasan yan sustainable atau jimat tenaga dan kos selengara. Ia membantu persaraan kita.
9. Pastikan kita ada sedikit ilmu seni bina bagi elak ditipu kontraktor atau binaan tak berkualiti yang makan banyak belanja lepas siap.
Tak lama lagi sahaja kita akan menyambut perayaan hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan. Jadi, sudah pasti ramai yang sudah mula sibuk mula untuk menghias rumah supaya tampak lebih cantik betul tak?
Maklum lah, apabila menjelang hari Raya Aidilfitri mesti ramai para tetamu yang akan datang ke rumah menziarahi ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat bagi meraikan kedatangan bulan Syawal yang penuh bermakna.
Oleh itu, pintu rumah juga harus tampak cantik dan menawan! Tak begitu?! Jika pintu utama di kediaman anda sudah buruk dan kusam, jangan bimbang kerana ada cara yang lebih mudah boleh anda lakukan dengan memberi nafas baru kepada pintu rumah anda.
Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mengecat semula pintu rumah dengan cara seperti ini. Anda disarankan untuk menggunakan cat pintu jenama NIPPON PAINT ODOURLITE kod warna Black 1144.
Dengan cara ini, anda tidak perlu berbelanja besar untuk mengantikan pintu rumah anda yang telah buruk dan kusam itu. Anda cuma perlu memberi nafas baru kepada pintu rumah anda dengan mengecat semula. Langkah ini bukan sahaja memudahkan malah akan menjimat wang anda!
Lihat hasilnya, pintu rumah anda akan tampak lebih mewah dan menarik dengan pemilihan rona hitam yang begitu elegan sekali. Sudah pasti jika anda melakukan cara ini dengan memberi nafas baru pada pintu rumah anda, kediaman anda akan tampak lebih berseri-seri di pagi Raya sehingga memukau mata para tetamu yang datang ke rumah anda.
Jika anda mahu mendapatkan cat seperti ini, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Klik di sini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Masih ada yang membuang masa di ruang dapur atas faktor apa ya? Ini yang perlu anda tahu, perkakas dapur wajib ada kalau nak senang kerja di dapur. Artikel ini akan menerangkan beberapa perkakas dapur serta kegunaannya untuk membantu dalam aktiviti memasak anda.
Dapur merupakan bahagian rumah yang paling penting. Di situlah tempat memasak, menyediakan jamuan dan juga menjadi tempat merapatkan hubungan kekeluargaan dengan meluangkan masa bersama-sama semasa berada di dapur. Macam selalu orang kata, dapur adalah nadi sebuah rumah.
Sama ada kita tukang masak yang handal, atau pun tukang masak amatur yang menggunakan YouTube dan Google sebagai guru masakan kita, alatan-alatan ini wajib berada di dapur kita semua, bukan sahaja untuk memasak, tetapi juga memanggang, membakar dan juga mempraktiskan resepi baru yang kita pelajari.
Perkakas dapur tersebut adalah:
1. Pisau
Ada tiga jenis pisau yang wajib berada di dapur – pisau bergerigi, pisau koki sepanjang 8 hingga 10 inci dan pisau parang adalah asas yang baik patut kita semua simpan di ruang dapur kita.
2. Papan pemotong
Ada dua papan pemotong yang sesuai – satu untuk bahan mentah dan satu untuk makanan dan masakan yang telah dimasak – ini untuk mengelakkan pencemaran semasa memasak.
Untuk bahan mentah, kami lebih suka menggunakan papan pemotong plastik dengan cengkaman dan tidak licin. Untuk masakan yang sudah dimasak, papan pemotong kayu atau plastik boleh digunakan.
3. Periuk nasi
Periuk nasi automatik kini menjadi alatan biasa yang perlu ada di mana-mana dapur, dengan kemudahan teknologi yang mempunyai tiga dalam satu kelebihan. Ianya lebih mudah digunakan berbanding memasak nasi di dalam periuk biasa di atas dapur, dengan menggunakan hanya satu butang.
4. Perkakas penyediaan makanan
Mempunyai variasi peralatan adalah sangat berguna untuk mencuba pelbagai resepi dan masakan. Sekiranya anda suka memasak, perkakas mudah seperti pengupas sayur, sudu kayu, palu daging, sudu berlubang, penyepit, sendok dan non-stick spatula adalah sangat sesuai.
5. Penapis
Agak menjengkelkan apabila pasta yang sudah siap lembut direbus, sukar untuk dibawa keluar daripada periuknya dengan lebihan air yang menitik daripada pasta tersebut. Penapis memudahkan kita untuk membasuh sayur, mengangkat mee selepas siap direndam dan ada juga yang menggunakan penapis untuk menapis sisa makanan selepas makan.
6. Dapur (Stove)
Dapur juga adalah salah satu alat yang wajib ada di dapur. Jika tiada alat ini, tidak berasap lah rumah kita gamaknya. Dapur kini boleh didapati dengan dua jenis – satu dapur elektrik di mana ia tidak memerlukan api untuk memasak, cukup dengan haba dan yang kedua ialah dapur tradisional di mana kita menggunakan tong gas untuk memasak dan juga api.
7. Pengadun (mixer)
Untuk penggemar bakeri dan pastry – dan suka untuk membuatnya di rumah sendiri, pengadun elektrik ialah peralatan yang wajib ada di dapur anda. Selain sifatnya yang sangat mudah untuk mengadun bahan-bahan, ia juga menjimatkan masa berbanding menggunakan pengadun tangan. Bukan setakat itu sahaja, pengadun elektrik juga menjimatkan masa kita untuk mencampurkan semua bahan-bahan adunan sehingga sebati.
8. Pengisar
Pengisar tangan atau elektrik, kedua-duanya adalah peralatan yang mesti ada di dapur kita. Sama ada mengisar daging, atau bawang, atau apa-apa sahaja, pengisar semestinya menjadikan keperluan bahan makanan kita menjadi lebih lumat dan mudah untuk dimasak. Pengisar juga digunakan untuk membuat jus, juga terdapat set pengisar yang disediakan bersama pengisar kacang.
9. Set pinggan mangkuk
Set pinggan mangkuk dengan pelbagai jenis dan bentuk ini bukan sahaja menjadi kegemaran para wanita yang suka menjadikannya sebagai koleksi, tetapi ianya juga menjadi satu kemestian untuk dapur yang lengkap. Jika masakan semua sudah siap dimasak, di mana kita mahu letakkan semua juadah tersebut, bukan?
10. Set kuali dan periuk dan air fryer
Ya, di mana kita mahu memasak semua bahan-bahan yang kita sudah sediakan jika bukan di kuali atau periuk, bukan? Kuali biasanya digunakan untuk menggoreng manakala periuk digunakan untuk merebus atau memasak sup.
Selain itu, kini terdapat teknologi menggoreng yang lebih sihat dan efisien tanpa menggunakan minyak dan ia disebut sebagai air fryer. Teknologi terbaru ini pastinya perlu di dapur kita supaya masakan kita lebih pelbagai dan yang lebih utama adalah lebih sihat untuk diri kita dan juga keluarga.
11. Peti sejuk
Apalah gunanya dapur tanpa peti sejuk? Lagi besar dapur seseorang, lagi besar peti sejuk yang diperlukan. Bukan sahaja ia digunakan untuk menyimpan bahan-bahan mentah dan tidak tahan lama, tetapi ia juga digunakan untuk makanan sejukbeku seperti nugget dan juga frozen food lain yang kini menjadi trend penjual kuih-muih.
12. Ketuhar
Ketuhar digunakan untuk membakar dan juga memanggang. Di musim perayaan, keperluan ketuhar dilihat sebagai satu kemestian untuk membakar biskut dan juga juadah istimewa lain untuk meraikan hari yang bahagia.
13. Ketuhar gelombang mikro (microwave)
Penggunaan microwave pada masa kini seakan-akan menjadi satu kemestian lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai makanan sejukbeku pada masa kini seperti nasi goreng sejukbeku, sosej dan ada juga spageti carbonara sejukbeku. Teknologi pemanasan yang disediakan pada microwave ini menjadikan ia sebagai salah satu perkakas yang perlu ada untuk kemudahan memasak.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.