
Ramai geng dekor IMPIANA lihat berjaya DIY kabinet dapur walaupun tak ada asas yang tinggi dalam pertukangan. Terbaru, IMPIANA lihat EN. Azman Man berjaya menghasilkan kabinet dapurnya sendiri dengan kos RM 2K. Nak tahu, cara dan perkakas yang diperlukan, boleh baca perkongsian EN. Man
Masa nak buat 50/50 yakin dengan tak yakin jadi. Isteri nak kabinet design macam dia tengok dekat swiss masa bercuti, semua laci kat dalam nampak simple. Tanya kedai harga memang agak tinggi sehingga 5 angka. Beranikan diri buat sendiri. Pergi Ikea tengok sample kabinet dan tiru sikit-sikit. Alhamdulilah siap walaupun hampir sebulan nak siapkan. Almaklumlah buat sorang. Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang2 kecik2 saya agak dalam 2k siap semua. Siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais.
Barang-barang yang diperlukan
- Saya guna base plywood 18mm – 2 keping RM180
- laci, kabinet atas dan kabinet peti ais sy guna chipboard( harga 95/pcs + siap potong RM25) guna 5pcs chipboard saiz 6×8 kaki).. ukur saiz yang kita nak & kilang potong, balik skrew je
- table top beli kat hardware 12×2 kaki ( RM280 )
- Semua pintu kabinet sy guna Arcylic 1mm
RM 60/pcs ( Guna 6 pcs / 4×6 kaki ) - Sticker white glitter untuk pintu juga RM200 ( 10 meter )
Itu je kos yang besar yang lain-lain harga murah-murah je ( saya tak kira berapa ? ) Ada lebih chipbord sikit saya buat table bar untuk duduk berdua. Klu ada kamahiran sikit, pandai ukur saiz yang tepat, ada masa dan keberanian, insyaAllah boleh buat. Harga dapat jimat banyak kalau boleh buat sendiri..
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Lepas Masak Kesan Bau Melekat, Elakkan Dapur Berbau Dengan 3 Bahan Mudah Ini

Masalah dapur berbau kadang-kadang boleh membantutkan mood memasak. Anda tak perlu cari pewangi di pasaran kerana bau di dapur boleh dihilangkan dengan 3 bahan yang sedia ada di dapur. Ikuti tips ni!
1. Baking soda
Baking soda seperti yang kita ketahui mempunyai banyak manfaat dan kegunaan kepada kita. Tahukah anda, baking soda juga mampu menghilangkan bau yang kurang enak dalam peti ais? Caranya, anda hanya perlu letakkan bekas yang berisi baking soda dalam peti ais untuk beberapa hari.
.
2. Hirisan lemon
Hirisan lemon yang direbus selama 15 minit mampu menjadikan dapur lebih wangi dan beraroma segar,
.
3. Garam
Jika anda mempunyai masalah bau dalam pengisar, jangan risau. Bau tersebut dapat dihilangkan dengan air garam sahaja.
.Selamat mencuba!
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Hias Bilik Tetamu Yang Simple Tapi Awesome, Tak Payah Banyak Perabot

Isi Kandungan
ToggleTip hias bilik tetamu yang simple tapi awesome, barulah tetamu rasa macam duduk rumah sendiri. Tak perlu banyak perabot diletakkan dalam bilik untuk tetamu. Cukup sekadar perabot yang asas sahaja.
Setiap rumah biasanya akan ada satu bilik khas yang disediakan untuk tetamu bukan? Tuan rumah mesti ingin memberikan keselesaan pada tetamu yang diundang menginap di rumah. Berikut tip menghias bilik tetamu yang boleh dijadikan panduan seperti yang dkongsikan oleh Anis Syuhada
TIP HIAS BILIK TETAMU:
Bilik di bahagian tingkat bawah rumah teres dua tingkat selalunya dijadikan ruang bilik tetamu terutama bila mak ayah datang berkunjung ke rumah kita. Less is more lengkap barang yang kita nak guna pun sudah memadai.
Pemilihan warna yang terhad membuatkan sesebuah ruang itu lebih tenang. Tak perlu pun warna dinding yang terlalu terang, corak yang terlalu menonjol, sesuai dengan ruangan rehat.
Sebelum kita setup sesebuah ruang pastikan kita tahu apa keperluan yang kita nak, kemudian barulah beli. Jangan beli dulu baru fikir nak letak di mana.
Perabot asas sesebuah bilik tetamu:
- Katil perlu kita ukur ruangan yang ada dan akan menentukan jenis saiz sama ada single, super single, pull out @ queen. Kesilapan ni selalu pemilik kediaman buat beli katil tanpa ukur, sampai kadang-kadang jadi perabot sumbat dalam sesebuah ruang).
2. Meja tepi katil (side table) untuk kita letak side lamp membangkitkan lagi suasana cozy sesebuah ruang walaupun hanya dengan ruangan asas.
3. Blind dan langsir (ditentukan bila kedudukan aircond berada di mana. Elakkan buat langsir di bawah aircond akan membuatkn sesebuah ruang itu nampak lebih rendah dan tak menarik. Ketika ‘service’ aircond, kerja-kerja lebih mudah. Blind kita boleh tarik naik ke atas.
4. Almari ringkas (jika kita tiada bajet yang banyak IKEA juga adalah antara pilihan terbaik untuk kita melengkpkan suasana. Bolehlah kita letakkan telekung, sejadah, kain batik, kain pelikat, tuala dan mudah untuk kegunaan tetamu nanti).
5. Cermin (ruangan bersiap antara pelengkap ruang untuk mudahkan tetamu yang datang).
6. Quilt cover (pemilihan cadar juga memainkan peranan yang penting).
7. Hiasan dinding (memadai yang ringkas supaya sedikit sebanyak dapat menyerikan lagi ruangan untuk bilik tetamu)
Kredit: Anis Syuhada
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Anda ingin tak memiliki set sofa yang cantik keluaran jenama Ella Furniture?
Jom sertai peraduan rakam video dan menang Ella Furniture. Anda berpeluang untuk memenangi set sofa bernilai RM12,000!
Bagaimana caranya? Mudah sahaja! Follow akaun tiktok rasmi Impiana dan Ella Furniture sekarang.
Rakamkan video berdurasi 1 minit mengapa anda mahukan set sofa baharu dari Ella Furniture.
Muatnaik rakaman video tersebut di akaun TikTok, Instagram atau Facebook peribadi anda.
Jangan lupa untuk tag Impiana dan Ella Furniture berserta hashtag #EllaXImpiana #EllaXSelebriti
Makesure akaun media sosial peribadi anda disetkan mod public! Sertai sekarang!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Jenis Kulat Yang Boleh Sebabkan Rumput Di Laman “Sakit”

Terdapat pelbagai punca dan tanda rumput di laman telah diserang kulat. Antaranya rumput kelihatan keperangan, seakan-akan hampir mati, warna yang tidak sekata dan sebagainya. Apabila ia mula menyerang laman, masalah kulat ini tidak mudah untuk dirawat. Namun dengan amalan penjagaan rumput yang betul, perkara tersebut dapat dielak dan boleh dirawat dengan mudah pada peringkat awal.
PUNCA KULAT MENYERANG
Secara semula jadinya kawasan yang berumput akan menjadi tempat habitat kegemaran beberapa jenis fungus dan spora. Namun, kondisi dan tekanan persekitaran akan menyebabkan fungus dan spora tersebut bertukar menjadi ancaman kepada rumput di laman. Antara punca utama yang boleh mengundang penyakit kulat pada rumput di laman adalah:
- Kemarau yang berpanjangan
- Pemotongan rumput yang tidak betul. Kebiasaannya rumput yang dipotong terlalu pendek menyebabkannya mudah terdedah kepada penyakit
- Tekstur tanah yang terlalu padat
- Penyiraman yang berlebihan hingga boleh menyebabkan air bertakung dan lecak
- Pembajaan yang berlebihan atau pun penggunaan jenis baja yang salah
- Penggunaan rumput yang tidak bersesuaian dengan kondisi persekitaran
JENIS PENYAKIT KULAT YANG MENYERANG RUMPUT
Terdapat beberapa jenis kulat yang akan memberi impak buruk terhadap rumput di laman. Ia amat mudah dikenal pasti kerana ia menyerang pada waktu dan jenis rumput yang tertentu. Sebelum rawatan kulat dilakukan, beberapa perkara perlu dikenal pasti antaranya kadar pengamatan cuaca, punca dan jenis kulat yang menyerang. Setiap jenis kulat memerlukan rawatan yang berbeza. Jika jenis kulat dapat dikenal pasti lebih awal, ia akan memudahkan proses rawatan.
- Dollar spot
Simptom:
- Tampuk-tampuk bulat berukuran 1-5 inci terbentuk secara berselerak di permukaan rumput.
- Rumput mula bertukar berwarna keperang-perangan
- permukaan yang diserang diliputi seakan-akan sarang labah-labah pada waktu pagi.
- Suhu yang menjangkau (60°-80°F)
- Kadar kelembapan yang berlebihan
- Air bertakung pada permukaan tanah
- Tanah yang keras
Pencegahan dan kawalan
- Pembajaan yang mencukupi
- Jerami atau rumput yang telah mati perlu dibuang segera untuk mengelakkan ia mula mereput dan menjadi habitat yang sesuai untuk kulat hidup
- Kompos top dressing dapat membantu mencegah kulat daripada muncul
- Penyemburan racun serangga perlu dilakukan secara berkala sebelum sebarang simptom serangan kulat mula berlaku
- Fairy ring
Simptom:
- Terdapat pembentukan lingkaran rumput berwarna gelap (4 inci sehingga 30 kaki)
- Kadangkala cendawan mula tumbuh dalam dan sekitar lingkaran yang wujud
- Lingkaran tersebut mula bertukar menjadi warna keperang-perangan dan ada yang sudah mula mati
- Ia menunjukkan tanah mengandungi bahan organik tidak terurai yang tinggi
Pencegahan dan kawalan:
- Pastikan sebelum rumput ditanam, tanah yang akan digunakan tidak mengandungi sebarang bahan organik mudah terurai seperti tunggul atau dahan kayu yang mudah mereput.
- Pembajaan secara berkala
- Pastikan tiada permukaan yang mudah menakung air
- Apabila fairy ring sudah mula kelihatan, segera lakukan rawatan kulat pada keseluruhan kawasan berumput
- Jika cendawan mula tumbuh pada sekitar lingkaran, segera hapuskannya untuk mengelak daripada merebak ke kawasan lain
- Brown Patch
Simptom:
- Terdapat permukaan rumput yang bertukar menjadi coklat dan akan bertambah besar terutamanya apabila musim hujan
- Rumput mulai mati secara perlahan-lahan dan akan mula menjangkiti atau merebak ke kawasan lain jika tidak dirawat dengan segera
Pencegahan dan kawalan
- Hentikan penggunaan baja nitrogen ketika ancaman brown patch mula dikesan
- Lakukan penyiraman yang mencukupi untuk memastikan lebihan nitrogen yang terkandung pada daun dan tanah dapat diurai
- Pastikan rumput yang telah dipotong segera dibuang atau dilupuskan untuk mengelakkan dari kulat tersebut mula merebak ke kawasan yang mengandungi rumput atau bahan organik yang sedang mereput
- Gray leaf spot
Simptom:
- Terdapat tompokkan bujur atau bulat seakan-akan melecur pada bilah daun rumput
- Kesan melecur akan mula membesar dan akan mengakibatkan daun tersebut mati dan merebak ke daun yang berhampiran
Pencegahan dan kawalan
- Peringkat pencegahan awal adalah dengan penggunaan baja nitrogen dengan secukupnya.
- Gunakan slow release nitrogen untuk tujuan pembajaan seperti milorganite
- Penyiraman harus dilakukan pada awal pagi untuk memastikan daun dapat kering sepenuhnya sebelum menjelang malam
- Slime mold
Simptom:
- Wujudnya longgokan serbuk atau biji bulat yang melekat pada bilah daun
- Biji atau serbuk tersebut berwarna putih atau kelabu
- Ia menjadikan permukaan rumput kelihatan seperti tompokan hitam
- Ia merebak dengan mudah terutamanya pada waktu malam
Pencegahan dan kawalan:
- Ia tidak mendatangkan bahaya kepada rumput. Namun jika di biarkan lama-kelamaan rumput yang ditutupi akan mula bertukar warna menjadi kekuningan akibat kurang pengamatan cahaya matahari
- Boleh dibuang hanya menggunakan penyapu atau dengan memotong rumput dengan segera
- Pythium root rot
Punca dan simptom :
- Ia merupakan penyakit akar
- Daun mula bertukar kekuningan dan membentuk corak yang tidak menentu di permukaan rumput
- Jika diteliti pada bahagian bawah dan akar rumput, ia mula bertukar menjadi warna kelabu
- Tempat yang mengalami kadar penerimaan air yang paling banyak atau terdapat pola saliran bawah tanah, mudah dijangkiti wabak ini
- Tanah yang sentiasa lembap dan tidak mempunyai sistem saliran yang baik menjadi ancaman utama
Pencegahan dan kawalan:
- Untuk mengelak daripada ianya berlaku, sistem saliran terutamanya di bawah tanah perlu diperbaiki segera agar tidak ada situasi air bertakung
- Rust
Punca dan simptom:
- Wujudnya tompok kecil berwarna kekuningan pada bilah daun dan batang.
- Lama kelamaan ia akan bertukar menjadi warna oren dan kemudian merah.
- Kebiasaannya ia akan menyerang apabila tibanya musim kemarau
Pencegahan dan kawalan:
- Fungus rust yang tidak dirawat segera akan terurai dan merebak ke tempat lain. Biji benih baru antara ancaman utama
- Pemotongan rumput perlu dilakukan segera sebelum ia merebak ke tempat lain
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI