Musim PKP ni ramai kaum Adam mengisi masa dengan menukang. Kalau dah menukang tu, tahu je lah kan barang-barang atau kelengkapan nya banyak juga. Nak simpan dalam ” tools box biasa, bukan tak muat. tapi susan nak ambi. Terkais-kais dan silap-silap perlu keluarkan barang lain dulu.
Apa kata kita DIY “Tools Box” jimat ruang macam yang dikongsikan oleh Azrul Ahmad ni.
Siapa kata tak boleh buat kabinet dapur dekat rumah sewa? Faham, sesetengah pemilik tidak benarkan penyewa memaku atau menebuk lubang walau sebatang paku yang menjadi keperluan. Dengan ada sistem kabinet dapur pasang siap dari IKEA, ia bukan sahaja penyeelsaian terbaik untuk andayang menyewa, malah untuk yang berjimat dan bajet tak berapa nak cun seperti yang dikongsikan oleh Eiro Lilo Nasir.
Disebabkan kabinet dapur mahal sangat tambahan rumah pun sewa, Lilo buat keputusan untuk beli kabinet dapur ikea dan pasang sendiri je. Total untuk kabinet dapur, paip dan sinki RM 935 sahaja kalau pasang sendiri. Tanya dekat kedai kabinet dapur, harganya hampir RM 2-3K. Berikut barang-barang yang Lilo gunakan untuk membina kabinet dapur di rumah sewa:
Kabinet ikea 3 pintu (Knoxhult )
sinki (Fyndig)
Table top p kedai welding (upah orang tebuk)
pasang sinki + buat paip (buat senidiri)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai geng dekor IMPIANA lihat berjaya DIY kabinet dapur walaupun tak ada asas yang tinggi dalam pertukangan. Terbaru, IMPIANA lihat EN. Azman Man berjaya menghasilkan kabinet dapurnya sendiri dengan kos RM 2K. Nak tahu, cara dan perkakas yang diperlukan, boleh baca perkongsian EN. Man
Masa nak buat 50/50 yakin dengan tak yakin jadi. Isteri nak kabinet design macam dia tengok dekat swiss masa bercuti, semua laci kat dalam nampak simple. Tanya kedai harga memang agak tinggi sehingga 5 angka. Beranikan diri buat sendiri. Pergi Ikea tengok sample kabinet dan tiru sikit-sikit. Alhamdulilah siap walaupun hampir sebulan nak siapkan. Almaklumlah buat sorang. Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang2 kecik2 saya agak dalam 2k siap semua. Siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais.
Itu je kos yang besar yang lain-lain harga murah-murah je ( saya tak kira berapa ? ) Ada lebih chipbord sikit saya buat table bar untuk duduk berdua. Klu ada kamahiran sikit, pandai ukur saiz yang tepat, ada masa dan keberanian, insyaAllah boleh buat. Harga dapat jimat banyak kalau boleh buat sendiri..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ada sesetengah eprkakas atau aksesori di rumah hanya memerlukan “double side tape” untuk kukuh diabadikan pada dinding. Pun begitu, bila tiba masa untuk ditangglkan mesti kesan “double side tape” tadi akan tersisa dan agak sukar untuk dibersihkan. Hal ini turut dikongsikan oleh Akmaluddin Ajis di dalam group Tukang Apa Hari Ini. Dah pelbagai cara digunakan untuk membersihkan kesan pelekat tersebut termasuklah menggunakan alkohol dan api.
Melalui perkongsian tersebut, pelbagai cara yang mujarab telah dicadangkan oleh alhli group. Anatranya adalah menggunakan Spray sticker remove dan WD-40. Namun, yang paling menarik perhatian IMPIANA ialah teknik paling murah iaitu menggunakan seterika. Jom tonton video cara tanggalkan “double side tape” menggunakan seterika
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.