Bagi yang mendiami pangsapuri, sudah pasti, ruang anjung atau balkoni menajdi tempat untuk sidai baju. Tapi, memang tak cantik pemandangan kalau ada ampaian berjuntai-juntai di balkoni. Tambahan, pemandangan cantik tidak dapat dinikmati walaupun jemuran sudah diangkat. Nordin Nj ada idea lebih bernas. Sediakan ampaian mudah alih dari rod langsir dengan modal hanya RM 25.00
lepas habis sidai baju boleh simpan balik. Barang semua ikea
Konsep Farmhouse atau rumah ladang adalah kediaman utama di kawasan pendalaman ataupun ladang. Sehingga kini, konsep ini masih menambat hati sesetengah pemiat dekorasi kerana rekaan nya yang unik disamping ia membuatkan sesebuah kediaman itu tampil lebih selesa, damai dan santai.
Nama pemilik: En. Zali
Jenis kediaman: Teres
konsep dapur: Modern farmhouse
Pereka dan kontraktor kabinet dapur: Woooot Carpenter
Namun, ramai beranggapan konsep farmhouse ni kebiasaanya diminati oleh 40-an ke atas dan sudah ketinggalan zaman. Tetapi tidak bagi Encik Zali. Bagi mengelak konsep farmhouse yang dibawa tidak kelihatan ketinggalan zaman, pemilik telah menyuntik elemen moden terutamanya pada kemasan.
Sebelum pereka dan kontraktormenzahirkan dapur impian, pemilik telah melakukan beberapa kajian terutamanya melalui perkongsian idea di Pintrest. Berdasarkan beberapa keping paparan gambar yang diambil dari pintrest, pemilik berkongsi idea yang dihajati bersama pereka yang telah dilantik Iaitu Woot Carpenter.
Transaksi antara dapur dan ruang tamu adalah counter island yang menjadi ruang serba guna untuk pemilik. Ia menyediakan tempat simpanan tambahan di bahagian bawah serta berfungsi sebagai ruang kerja tambahan dan juga meja makan yang berupaya memuatkan enam hingga tujuh orang dalam satu masa.
Keseluruhan struktur kabinet dapur diperbuat daripada kayu keras jenis nyatoh yang dipadankan dengan Quartz Stone Worktop berwarna putih. Memilih rekaan jenis shaker door yang ringkas bertujuan menyerlahkan perincian lain yang digunakan. Melengkapi permukaan kayu nyatoh, pereka mengenakan spray paint rona hijau pakai atau fern green.
Disebabkan saiz dapur agak terhad, pemilik memilih rak kabinet terbuka pada bahagian dinding atas untuk kelihatan libih luas. Seperti dapur berkonsepkan farmhouse yang lain, tidak lengkap rasanya tanpa ventilation hood jenis Wall-mounted chimney yang disadur dengan kemasan spray paint rona hijau pakis
Elemen moden diselitkan pada kemasan backsplash dan lantai tempaan khas. Untuk backsplash, pemilik memilih jubin berbentuk honey comb rona putih yang disusun secara bersahaja antara transisi permukaan konkrit berona peach. Secara tidak langsung, ia menyerlahkan lagi rekaan backsplash dapur ini.
Sedikit palitan kemewahan dan nilai vintaj turut diterapkan sebagai kemasan terakhir dapur ini. Bukan emas, tetapi rona tembaga pada pemegang kabinet dapur, lampu dinding, lampu pandent dan retractable flexi-hose mixer pada sinki.
Walaupun konsep farmhouse dikatakan ketinggalan zaman, dengan gabungan beberapa elemen dan pemilihan rona malar seagr menjadikan keseluruhan dekorasi dapur ini kelihatan unik dan tersendiri. Oleh itu, tidak kira apa jua penerapan konsep dalam sesebuah dekorasi anda perlu bijak suai padan untuk menghasilkan identiti tersendiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Memang mudah nak biakkan pokok terung ni. Tapi disebabkan jenis daunya yang berbulu, ia menjadi ancaman mudah kepada serangga perosak. Apabila daun diserang perosak, ia akan menyababkan hasil terung pun terganggu.Nak berkebun tadi rumah tak ade ruang tanah? tak jadi masalah, boleh bealajr cara berkebun dalam ruang sempit dengan Puan Juliana. Tanam dalam rumah pun menjadi. Yang lagi “best” Tak sampai 2 minggu dah boleh tuai hasil sayuran.
Tapi, Azuan Abdullah ada tip untuk pastikan terus terus berbuah lebat. Boleh klik pada pautan FB En Azuan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Penggunaan pintu gelongsoran atau “sliding door” adalah salah satu teknik untuk menjimatkan ruang jika di banding rekaan tradisional. Terdapat pelbagai rekaan pintu gelongsoran antaranya jenis barn door yang di minati ramai.
Terbaru, melalu perkongsian di group Tukang Apa Hari Ini, Fourzy Ozzy berkongsi hasil DIY pintu grlongsoran ringkas untuk memisahkan pandangan dari ruang tamu dan dapur.
Tak nampak langkah pemasangan dari awal sebab Hdah siap pasang. harap boleh beri sedikit gambaran pada mereka yg ingin mencuba. Track nya boleh beli di shopee. tak susah pun saya pasang dengan bantuan wife tolong pegang pintu dengan kos yang minimum tak sampai RM300 rumah flat ruang dapur agak limited.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.