Konsep gaya Klasik Inggeris ini sememangnya boleh membuatkan dekorasi hiasan dalaman kediaman tampak lebih cantik serta menarik. Jadi, tidak hairanlah mengapa konsep ini telah menjadi kegemaran dan pilihan ramai. Betul tak?
Bagi anda yang meminati dengan dekorasi dalaman rumah yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini khususnya, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum mula mendekorasi antaranya ciri-ciri konsep yang betul dan sebagainya.
Pertama, kediaman yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini seharusnya mempunyai permukaan siling yang lebih tinggi berbanding dengan konsep gaya yang lain. Ini kerana, konsep ini mengetengahkan ruang dalaman yang tampak lebih luas dan lapang.
Selain itu, konsep gaya Klasik Inggeris ini juga kebiasaanya dipadankan dengan tona warna serba putih bagi bertujuan untuk mewujudkan suasana yang selesa dan nyaman dalam kediaman.
Ads
Untuk menyerikan lagi dekorasi ruang dalaman kediaman, konsep gaya Klasik Inggeris ini di bahagian permukaan lantai sering dipadankan dengan pemilihan jubin bercorak ‘Marble’ yang tampak lebih elegan dan mewah.
Di samping itu, kebiasaannya kediaman yang berkonsepkan gaya Klasik Inggeris ini mempunyai ruang tamu dan dapur yang terbuka bagi memberikan aliran pengudaraan yang lebih baik.
Ads
Foto: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Pokok hiasan lebat berbunga, siram setiap hari dengan baja DIY campuran tiga bahan. Kalau ada pokok-pokok bunga di halaman rumah pasti nampak berseri. Namun adakalanya pokok-pokok hiasan yang ditanam tidak mengeluarkan bunga. Hanya banyak daun sahaja.
Sudah berbagai jenis baja digunakan, hasilnya tetap mengecewakan. Baja adalah bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Maka sebab itulah baja yang sesuai mampu menjadikan pokok-pokok hiasan hidup subur dan mengeluarkan bunga dengan banyak.
Selain daripada menggunakan baja kimia, baja galian/mineral dan baja organik sintetik, anda juga boleh menggunakan baja yang dibuat sendiri. Bahan-bahan yang digunakan pula lebih kepada bahan semula jadi.
Melalui satu hantaran dilaman Facebook yang dikongsikan oleh Nurul Shima melalui grup Berkebun Tepi Rumah, berikut dikongsikan cara membuat sendiri baja bagi menggalakkan pertumbuhan pokok bunga. Bahan yang digunakan pun tidak banyak dan kosnya juga tidak mahal.
BAHAN:
1 botol Yakult
2 biji telur ayam
Botol air mineral (500 ml)
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1.Campurkan semua bahan. Kacau rata hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam botol air mineral 500 ml.
3. Peram selama tiga hari paling minimum. Lebih lama diperam lebih baik.
4. Apabila hendak digunakan, goncang terlebih dahulu bahan-bahan yang telah diperam dalam botol air mineral tadi biar semua bahan jadi sebati.
5. Tuangkan ke dalam baldi yang diisikan dengan dua liter air.
6. Siram pada batang pokok sahaja.
Hasilnya dapat dilihat dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas pokok-pokok bunga disiram dengan baja ini. Putik-putik bunga akan keluar dan pokok bunga akan berbunga dengan lebat.
Kehadiran tumbuhan lengkapkan ciri semula jadi taman air
Selain daripada struktur penting untuk pembinaan air terjun, tanaman air juga perlu bagi menyerlahkan water feature ini. Rahsia kebaikan tumbuhan akuatik beroksigen (oxygenated), tanaman berlumpur (bog plants), tanaman air pinggiran (marginal plants) dan tanaman terapung (floating plant) telah banyak dikongsi oleh IMPIANA.
Tanaman ini telah terbukti berfungsi secara biologi untuk mengimbangi ekosistem kolam. Bagaimanapun, kebanyakan tanaman akuatik ini tidak menghasilkan bunga lalu menjadikan taman kurang menyerlah. Oleh itu, penulis ingin berkongsi dengan pembaca pilihan tanaman air pinggiran berbunga yang dapat membantu mengimbangi ekosistem sedia ada serta menceriakan air terjun di halaman anda.
Tanaman air pinggiran merupakan tanaman yang dapat hidup di dalam kawasan lembap atau tanah yang mengumpul kelembapan. Tanaman jenis ini biasanya kelihatan di pinggiran kolam ataupun ditanam di dalam pasu yang ditenggelamkan ke dasar kolam. Terdapat pelbagai pilihan tanaman air pinggiran yang boleh didapati dalam iklim tropika Malaysia, namun hanya sebahagian sahaja yang mengeluarkan bunga.
Antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh diterapkan di taman air anda adalah daripada keluarga Cannaceae. Rata-rata pembaca pasti mengenali spesies Canna yang mempunyai daun lebar dan bunga pelbagai warna seperti merah, kuning dan jingga. Kebiasaannya tanaman ini dijadikan tanaman di kawasan lapang kerana cara hidup yang memerlukan cahaya matahari penuh. Tetapi tahu kah anda Canna juga sesuai dijadikan tanaman pinggir kolam?
Canna glauca adalah antara spesies Canna yang mampu hidup di dalam air. Canna glauca menghasilkan bunga berbentuk rama-rama rona kuning dan kebiruan dengan sedikit palitan warna putih pada daunnya. Begitu juga spesies Canna yang lain, Canna glauca turut memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Cuma kelebihan Canna spesies ini adalah keupayaannya untuk hidup di dalam air. Daunnya yang lebar dapat dijadikan perlindungan buat ikan peliharaan di dalam kolam serta warna bunganya yang menarik menjadikan persekitaran taman lebih indah.
Selain daripada itu, terdapat juga tanaman air pinggiran berbunga ungu mampu menimbulkan kelainan kepada binaan air terjun anda. Pontederia cordata, Eichhornia crassipes dan Thalia dealbata adalah antara tanaman air pinggiran berbunga yang boleh hidup di dalam air. Penggunaan container adalah digalakkan ketika penanaman invasiveThali dealbata kerana ia dapat mengelakkan akarnya mengganggu liner kolam.
Selain warna ungu dan kuning, merah bunga Lobelia cardinalis juga dapat mengurangkan warna hijau senada pada taman air serta melembutkan struktur air terjun. Uniknya tanaman ini selain warna merah menyala bunga yang mencetuskan kelainan pada taman air, ia juga dapat menyingkirkan nitrogen, ammonia, nitrat dan mineral lain yang boleh menggalakkan pertumbuhan alga pada kolam melalui sistem biologi yang terdapat pada akarnya. Tanaman ini amat diperlukan untuk mengekalkan ekosistem pada taman air supaya rantaian ekologi di dalam kolam tidak terganggu serta menghasilkan pemandangan semula jadi di taman anda.
Bagi melembutkan suasana taman air yang sedikit meriah dengan warna-warna terang bunga, kehadiran Bacopa monnieri dengan bunga halus berwarna putih menjadikannya lebih sejuk mata memandang. Bacopa monnieri ini mempunyai dedaun lebat berwarna hijau pekat memudahkan anda mengadunkannya bersama tanaman air yang lain. Berbeza dengan Canna, Pontederia dan Thalia yang bersaiz tinggi, Bacopa akan menjalar dan merimbun mengikut platform yang menanggungnya.
Secara keseluruhannya, kehadiran air terjun di perkarangan halaman merupakan suatu elemen yang sangat baik dari segi visual dan penggunaannya. Selain mewujudkan pemandangan dramatik dengan kejernihan jatuhan airnya, air terjun juga mencipta keindahan dan persekitaran semula jadi bagi makhluk yang mendiaminya. Manakala, tanaman air pula memainkan peranan penting membantu memberikan keseimbangan kepada ekosistem elemen landskap tersebut.
Canna GlaucaPontederia CordataThalia dealbataLobelia cardinalis
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Rumah Menatap Kebiruan Di Negara Australia Ini Jadi Tarikan. Mengubah segalanya menjadi sebuah tempat privasi dan tenang. Bondi Beach Apartment, dapat menyediakan sebuah tempat untuk seseorang yang memerlukan ruang sendiri. Selalunya, design rumah seperti ini, dimiliki oleh mereka yang benar-benar menghargai rumah.
Jika dilihat, TV yang dipasangkan keluar dari atas kerana ia tidak mahu menghalang permandangan laut yang indah itu. Pereka rumah ini, lebih mementingkan ketenangan bagi pemiliknya. Oleh kerana itu, banyak design boleh dilihat design yang tenang dan simple. Tidak dilupakan, warna-warna hitam yang digabungkan dengan warna putih, dapat memberi kesan nyaman kepada penduduk.
Selain dari itu, kegunaan kayu jati atau kayu campuran banyak digunakan di dalam rumah ini untuk menampakkan lagi premium rumah tersebut. Tidak semestinya, kaca atau corak marble sahaja yang boleh menyerlahkan rumah, bahkan kayu yang cantik, kadang-kadang lebih sesuai. Daripada gambar yang boleh dilihat, penduduk yang membeli rumah seperti ini, tidak akan bosan untuk bangun atau buat kerja setiap hari. Ini kerana setiap hari, mereka akan tenang melihat kebiruan laut yang indah. Ia juga dapat menangani stress dalam membuat kerja.
Selain daripada melihat permandangan laut, di apartment ini juga mempunyai banyak fasiliti atau kemudahan yang diberikan kepada penduduk-penduduk disini. Kita boleh lihat, ada fasiliti gym yang boleh digunakan untuk mencergaskan diri demi melancarkan sistem-sistem badan dan minda kita. Justeru, kegunaan kayu-kayu jati di dinding, boleh dikatakan, ia lebih memberi ketenangan. Begitu juga dengan spa yang tersedia, spa juga dapat mengeluarkan peluh dalam diri kita yang boleh menyihatkan badan kita.
Tidak dilupakan juga, bilik tidur yang mempunyai katil besar dan selesa, malah ditambah pula dengan permandangan laut. Perkara-perkara seperti ini, dapat menrealisasikan kehidupan seorang introvert kerana semua perkara sudah lengkapi di sini. Jadi, saya merasakan, pereka design rumah ini, amat mementingkan privasi, ketenangan, keselesaan, kesihatan dan keinginan seseorang. Oleh kerana itu, saya boleh katakan, pereka design rumah ini, memang dia memikirkan orang-orang yang ingin keseorangan ataupun introvert.
Pereka: Nu Infinity Sdn Bhd
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!