Memang agak susah untuk kanak-kanak makan sayuran. Jadi si ibu, perlu lah berusaha untuk mengolah sayur untuk memastikan anak mendapat nutrisi yang diperlukan oleh tubuh. Cuba lah macam-macam termasuklah jadikan kek ke, aiskrim dan sebagainya. itu pun kalau sesuai lah. Bagi ibu-ibu yang rajin, makanan anak berbentuk bento yang comel diusahakan untuk memastikan si anak makan sayur.

Sebelum ini, LAMAN Impiana ada kongsi khasiat bunga telang yang bagus merangsang minda (klik sini untuk artikel lengkap). Tapi kebiasaanya, bunga telang digunakan sebagai pewarna makanan seperti membuat nasi kerabu. Tapi, nak ke anak-anak kita makan nasi kerabu? lagi lah dia cuba megelak sebab banyak sayur.

Jadi, macam mana nak galakkan anak-anak untuk mendapat khasiat dari bunga telang ni? apa kata kita jadikan ia sebagai minuman yang menyegarkan. Caranya sama macam menghasilkan air rosel atau sirap. Cuma pewarnanya menggunakan bunga telang. Nak sedap lagi, boleh campurkan lemon dan keratan pandan sedikit.

Selain itu juga, boleh cuba idea puan Nur Aida Md Zainuddin ni. Buat tempura. Tapi kali ni, tempura yang dihasilkan mempunyai beberapa jenis sayuran atau ulaman iaitu daun Mulberi dan cendawan. Nak tahu cara untuk masak tempura bunga telang, Jom kita tengok resepi yang dikongsikan

Ads

Bahan-bahan:
daun Mulberi, Bunga telang dan cendawan
Tepung tempura
Air sejuk
Serbuk lada hitam

Cara-cara:
1. Cuci dan bersihkan bunga telang, daun mulberi dan cendawan lalu ditoskanMenu Menarik Dari Bunga Telang Dan Daun Mulberi Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan Anak
2. Campurkan tempung tempura bersama air dan letakkan sedikit serbuk lada hitam sebagai perasa.Menu Menarik Dari Bunga Telang Dan Daun Mulberi Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan Anak

Menu Menarik Dari Bunga Telang Dan Daun Mulberi Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan Anak

Ads

Menu Menarik Dari Bunga Telang Dan Daun Mulberi Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan Anak
Tip: Campur adunan tepung dan air menjadi likat seperti bancuhan tepung goreng pisang. Sebaiknya, gunakan air sejuk untuk memastikan tempura garing.
3. Celupkan bunga atau daun mulberi di dalam tempung tampura yang telah siap di adun satu persatu dan goreng di dalam api yang betul-betul panas.Menu Menarik Dari Bunga Telang Dan Daun Mulberi Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan Anak

Menu Menarik Dari Bunga Telang Dan Daun Mulberi Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan Anak

Ads

Menu Menarik Dari Bunga Telang Dan Daun Mulberi Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan Anak

Menu Menarik Dari Bunga Telang Dan Daun Mulberi Untuk Merangsang Memori Dan Kebijaksanaan Anak

Daun mulberi pun tidak kurang hebatnya, Kalau nak awet muda dan menjaga kesihatan jantung, boleh cuba amalkan daun mulberi. Banyak lagi khasiat daun mulberi. Nak tahu [klik sini] 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI