Malberi ramai yang tahu akan kegunaan dan khasiat buahnya. Namun, daunnya yang menjadi makanan kepada ulat sutera kurang diperhatikan. Tanpa makan daun ini, ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik.Daun Mulberi Rahsia Awet Muda Dan Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Rebuskan air daun ini. Boleh merawat batu larang arang dan tekanan darah tinggi dan kencing tak lawas.

Sejak 1800 orang Cina di tanah besar sudah lama amalkan manfaat mulberi ini. Sebenarnya, keseluruhan pokok malberi boleh dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya. Ia mengandunggi unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak boleh dimasak lemak cili api. Jangan tak tahu, daun mulberi juga boleh dibuat teh. “Teh daun mulberi”. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.

IKLAN

Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia yang mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.

Antara khasiatyang terkandung di dalam mulbery adalah seperti:

IKLAN

1. Menawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Melegakan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
12. Menambahkan tenaga
13. Meningkatkan produksi susu badan*
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.

IKLAN

Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.

Daun Mulberi Rahsia Awet Muda Dan Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Daun Mulberi Rahsia Awet Muda Dan Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Sumber: FB Nur Aida Md Zainuddin

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI