Wah, ini memang satu khabar berita buat semua pencinta koleksi mainan McDonald’s! Terbaharu, syarikat makanan segera terkenal itu telah melancarkan koleksi set mainan masak-masak Happy Meal.
Untuk koleksi set mainan masak-masak ini telah menampilkan sebanyak lapan jenis mainan pelbagai bentuk antaranya dulang makanan, burger, mesin duit dan banyak lagi.
Lihat sahaja lah kesemua rekaan set mainan masak-masak Happy Meal ini sememangnya unik dan comel-comel belaka. Sudah pasti, ia bukan sahaja boleh menarik perhatian minat si cilik comel kesayangan anda, malah orang dewasa juga turut sama!
Ads
Jadi mari kita lihat setiap satu reka bentuk yang ada dengan lebih dekat dan mana satu yang menjadi pilihan anda? Apa kata anda kumpulkan kesemua reka bentuk set mainan masak-masak Happy Meal ini, sebab semuanya sangat comel!
Ads
Untuk pengetahuan anda, koleksi set mainan tersebut telah mula dilancarkan bermula 13 Oktober sehingga 3 November depan. Jadi tunggu apa lagi?! Segera pergi ke mana-mana cawangan McDonald’s di seluruh Malaysia sebelum semuanya kehabisan stok!
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Adakah anda sedang mencari barangan elektrik dan kelengkapan rumah berjenama yang dijual dengan harga murah? Jadi ini satu khabar berita baik buat anda semua.
Untuk maklumat anda, kedai kelengkapan rumah, Homepro telah mengadakan satu jualan murah barangan elektrik dan kelengkapan rumah di pusat membeli-belah IOI City Mall, Putrajaya.
Apa yang menariknya lagi, kesemua barangan elektrik dan kelengkapan rumah yang dijual sini adalah berjenama. Bukan cikai-cikai okey?!
Antara jenama barangan yang dijual di sini adalah Tefal, Kitchen Aid, Sharp dan banyak lagi. Jadi apabila banyak jenama yang dijual di sini, sudah semestinya ada pelbagai banyak pilihan untuk anda.
Contoh, lihat lah kuali anti-lekat berjenama Tefal bersaiz diameter 26cm ini dijual dengan harga cuma RM70 sahaja!
Manakala, periuk nasi elektrik keluaran jenama Sharp ini pula dijual dengan harga RM99 sahaja! Memang sesuai sangat lah kalau nak dijadikan sebagai pemberian hadiah kepada pasangan yang baru berkahwin kan?
Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat lah pergi ke IOI City Mall Putrajaya sekarang sebelum semua kehabisan stok!
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Sebenarnya, ada spesies strawberi yang sesuai untuk ditanam di tanah rendah Malaysia yang tidak memerlukan kaedah rumah hijau pun. Anak benihnya yang mudah didapati secara online juga menyebabkan tanaman ini kian menjadi popular. Namun anda perlu pastikan perkara-perkara tersebut perlu dipatuhi bagi menjadi habitat sempurna untuk tanaman ini:
Strawberi memerlukan medium tanaman yang peroi dan bersaliran baik. Yang menjadi keutaman ialah medium tersebut mampu memegang kelembapan dalam jangka masa yang lama. Kebanyakan nurseri menggunakan sabut kelapa yang telah dirawat sebagai medium tanaman tanpa tambahan bahan lain. Ini kerana sifat sabut kelapa yang ringan serta mampu mengekalkan kelembapan amat sesuai dengan kondisi pokok strawberi. Secara tidak langsung sabut tersebut berupaya menjadi baja kompos.
Pokok strawberi memerlukan pH yang seimbang dengan keperluannya. Untuk mendapatkan saiz buah yang optimum, pH ideal untuk tanaman ini adalah antara 5.5 hingga 7.
Pokok strawberi memerlukan pencahayaan sekurang-kurangnya 4 jam sehari untuk iklim malaysia. Berbanding di negara beriklim sejuk, strawberi perlukan pengamatan cahaya minimum 6 jam sehari. Namun tidak terlalu terus. Letakkan di kawasan separa teduhan. Oleh itu, strawberi sesuai ditanam di ruang anjung kediaman.
Pokok strawberi tidak suka tumbuh secara berhimpit. Ia akan mengakibatkan kesukaran penghasilan bunga dan secara tidak langsung memberi kesan kepada hasil buah. Hal ini terjadi disebabkan apabila pokok terlalu berhimpit, bahagian bawah atau pangkal pokok yang menghasilkan kudup bunga mengalami kesukaran menerima cahaya matahari. Oleh itu, jarak bagi setiap tanaman perlu dikekalkan sekurang-kurangnya 20 inci setiap satu.
Jika anda menggunakan sabut kelapa sebagai medium tanaman, penyiraman boleh dilakukan apabila medium kelihatan kering atau jika perlu. Perlu diingat,strawberi memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap bukan basah tau. Jika terlalu banyak air, ia akan merosakkan akar serta menggalakkan pertumbuhan kulat. Siraman paling perlu dijaga ketika buah sedia dipetik. 3-5 hari sebelum dipetik, penyiraman perlu dikurangkan untuk mengelak buah masam.
Pokok strawberi paling sesuai dengan baja cecair kerana ia lebih mudah diserap. Tambahan pula, sistem akar strawberi yang terlalu pendek sukar menyerap atau mencapai baja jenis slow release. Baja kimia yang sesuai digunakan untuk strawberi adalah larutan 12:12:12 untuk tujuan tumbesaran pokok manakala larutan 15:15:15 digunakan untuk penggalak buah. Pembajaan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Namun AWAS! Baja kimia bersifat panas dan mudah merosakkan akar pokok. Oleh itu, penggunaan baja dan racun kimia perlu minima.
Seeloknya, pokok strawberi sesuai menggunakan baja organik. Walaupun produktivitinya tidak optimum, jangka hayat tanaman lebih tahan lama berbanding penggunaan baja kimia.
Daun pokok strawberi perlu dipangkas setiap bulan. Sebaiknya, 7-9 daun sahaja yang dibenarkan bagi setiap pokok. Ini kerana, jika daunnya terlalu banyak penghasilan buah akan terganggu. Ia disebabkan oleh permukaan bawah batang pokok yang menghasilkan daun, sulur dan bunga terlindung dari cahaya matahari. Lebih kerap anda memangkas, lebih banyak sulur dan buah yang dapat anda hasilkan. Selain itu juga, bilangan sulur perlu dikurangkan untuk membolehkan hasil buah lebih banyak.
Siapa yang suka makan lobak putih ni? Tahukan khasiat lobak putih ni banyak sangat. Apabila bercakap pasal lobak, pasti terbayangkan lobak merah, betul tak? Namun hakikatnya, lobak putih juga tidak kurang hebatnya.
Bagi yang nak cuba tanam, Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau dikenali juga sebagai Cikgu Kebun berkongsi panduan penanaman serta tip untuk dapatkan umbisi yang besar.
Tanam lobak putih ni memang syok sebab tanaman ini jenis nampak batang lobak keluar dari tanah bila dah matang. Paling best masa nak tuai, cabut dan pegang lobak tarik keluar dari tanah. Syok yaamat.
CK nak ajar macam mana nak tanam lobak putih, cara CK simple tapi hasilnya mantap.
1. Sediakan tong air
Cari tong air 200L belah 2, kalau tengok tong biru ni CK tak lubangkan. Sebab nak baja dan air 100% lobak ini ambil. Tapi jangan letak di tempat terbuka atau panas mesti letak bawah bumbung/ green house atau awning rumah.
ADVERTISEMENT
2. Buat campuran tanah
Bagi pokok jenis umbisi jangan guna tanah yang keras. Susah untuk lobak membesar. Boleh buat campuran macam ini; 2 baldi tanah sawit, 2 baldi tanah merah, 2 baldi sabut, 1 baldi sekam bakar, 1 baldi sekam mentah dan 500g baja wangi serbuk. Gaul semua campuran ini kemudian siram Soil treatment atau apa-apa Effective Microb (EM) untuk tanah.
3. Semai biji benih
Semai dulu biji benih lobak putih (boleh beli online) tapi jangan semai banyak. Sepokok satu lubang dalam tray semaian. Biji lobak putih jenis besar macam biji kangkung jadi cepat tumbuh. Kalau semai banyak macam CK, jenuh nak tanam. Kemudian pilih pokok yang betul-betul sihat untuk pindahkan.
4. Jarakkan sejengkal
Buat jarak sejengkal atau lebih setiap pokok, dan antara pokok. Sebabnya daun lobak putih tumbuh macam pokok sawi, lagi luas ruang lagi besar lobak kita akan dapat.
5. Siraman
Siraman kena ngam-ngam saja sebab CK tak lubangkan tong air sebelah bawah, jadi kalau air lebih nanti berenanglah lobak-lobak tu. Air siram basah saja, gunakan jari telunjuk cucuk dalam tanah. Kalau lembap tak perlu siram lagi.
6. Pembajaan
Cara pembajaan pula CK akan tabur baja wangi serbuk seminggu sekali dan siram dengan baja air LOF atau Single AB secara kerap tapi sikit-sikit. Lagi banyak kita buat pembajaan secara konsisten lagi besar lobak dan cepat hasil kita dapat. Disebabkan tempat tanam tiada lubang semua baja pokok dapat dengan banyak. Kesannya cepat pokok tumbuh membesar.
7. Kawalan serangga
Jangan lupa buat kawalan serangga seminggu sekali, secara semburan pada daun dan tanah. CK guna produk organik saja untuk buat kawalan ini.
8. Top up tanah
Bila nampak lobak putih mula keluar dari permukaan tanah, top up tanah. Tambah lagi banyak, lagi besar lobak akan dapat.
Insya Allah kalau buat yang CK ajar dalam 45-60 hari dah boleh tuai lobak putih. Bagus tanam atas bagi tinggi sikit macam buat rak, nanti nampak lobak putih ini menonjol atas tanah.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.