Tidak dinafikan, masih ramai di kalangan anda yang masih menggunakan mangga kunci pintu rumah jenis yang lama. Umum mengetahui, mangga kunci pintu rumah ini mempunyai kekurangan dan kelemahan dari segi keselamatan.
Jadi, kebarangkalian potensi untuk berlaku kejadian pecah masuk di rumah anda adalah sangat tinggi. Bukan itu sahaja, keselamatan ahli keluarga juga turut terancam jika anda menggunakan mangga kunci pintu rumah yang sedemikian.
Maka oleh itu, apa kata anda beralih kepada penggunaan mangga kunci pintu rumah ‘Smart Padlock’ yang lebih canggih dan berteknologi tinggi seperti ini.
Apa yang menariknya mengenai ’Smart Padlock’ ini, ia tidak lagi menggunakan kunci fizikal seperti mana mangga kunci pintu rumah yang biasa. Ia kini dilengkapi dengan fungsi teknologi pengawalan dengan penggunaan cap jari dan menerusi aplikasi SmartLife di telefon pintar.
Ads
’Smart Padlock’ ini juga telah direka sebagai kalis air dan mempunyai fungsi untuk menyimpan memori sehingga 15 cap jari dijamin pasti akan memudahkan anda.
Jika anda mahu mendapatkan ‘Smart Padlock’ seperti yang tertera pada gambar, anda boleh mendapatkannya dengan membuat pembelian menerusi aplikasi Shopee.
Ads
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ergoworks, penyedia ergonomik yang memenangi anugerah, membawakan sains kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur ke pasaran Malaysia menerusi pelancaran kedai flagshipnya yang pertama di Pavilion Bukit Jalil.
Mula ditubuhkan pada tahun 2005 di Singapura, Ergoworks berusaha ke arah mengubah dan menerajui industri ergonomik holistik dan profesional dan sejak itu telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 500 PKS Berpotensi Terbaik di Singapura. Berazam untuk mengembangkan portfolionya dan memupuk kesedaran mengenai kepentingan sokongan lumbar dan penjagaan postur, kedai flagship Ergoworks yang baru dilancarkan ini akan berfungsi sebagai sebuah pusat sehenti yang menyediakan penyelesaian holistik kesihatan ergonomik dan postur untuk semua peringkat usia dengan produk dan perkhidmatan yang tiada tolok bandingannya.
“Kami gembira kerana dapat mengembangkan operasi kami ke pasaran Malaysia. Di Ergoworks, kami yakin dalam menyediakan sebuah syurga untuk para eksekutif dan pemilik rumah menjaga kesihatan tulang belakang dan postur mereka, dan kami berazam untuk menyediakan sebuah pusat sehenti penyelesaian holistik kesihatan ergonomik dan postur kepada rakyat Malaysia, yang boleh didapati mengikut keselesaan mereka sendiri. Dengan kehadiran Ergoworks di Malaysia, kami berhasrat untuk membuka jalan ke arah sokongan lumbar, kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur yang optimum di samping memperjuangkan keselesaan dalam melakukan aktiviti harian menerusi sains,” ujar Pengasas Ergoworks, Joseph Tan.
Sebagai jenama ergonomik terkemuka dan terawal di Asia, Ergoworks menawarkan rangkaian luas keperluan dan produk ergonomik yang menggalakkan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur lebih baik secara keseluruhannya. Yang mana kesemuanya telah mendapat pengiktirafan dan disyorkan secara profesional oleh Persatuan Kiropraktik (Singapura) dan Persatuan Fisioterapi Singapura.
Menerusi produknya, Ergoworks menyasarkan untuk membantu semua rakyat Malaysia mempunyai pengalaman yang lebih sihat dan selesa dalam melakukan aktiviti seharian mereka.
Bagi meraikan pelancaran kedai flagship pertama mereka, Ergoworks telah menganjurkan majlis perasmian besar-besaran yang dihadiri oleh, Joseph Tan, Pengasas Ergoworks bersama tetamu kehormat, Rennie Pan, pengasas bersama Ergoworks dan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh.
Beberapa rakan media dan pemimpin pendapat utama (KOL) terpilih juga dijemput ke majlis pelancaran tersebut bagi menjadi antara yang pertama melihat secara eksklusif produk terkini Ergoworks dan melawat kedai baharu itu bersama-sama pengasas Ergoworks, En. Joseph Tan bagi mempelajari lebih lanjut mengenai jenama itu.
Dengan beberapa produk baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk datang sendiri ke Ergoworks di Pavilion Bukit Jalil atau IOI City Mall dan serahkan kesihatan tulang belakang dan penjagaan postur anda kepada mereka yang pakar.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ergoworks dan pelbagai produk yang ditawarkan, sila kunjungi laman sesawang mereka di https://ergoworks.com.my
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Jika siaran episod Impiana Makeover Ruang Selebriti sebelum ini, kita telah menyaksikan pelakon dan penyanyi terkenal Alif Satar menghadiahkan hasil dekorasi makeover istimewa khas buat pengurusnya.
Bagi episod ketujuh rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture kali ini pula telah menyaksikan pelakon terkenal, Vanidah Imran sebagai selebriti pilihan untuk episod kali ini.
Bintang filem The Red Kebaya ini juga telah sama membuat satu langkah kelainan dengan memutuskan untuk menghadiahkan hasil dekorasi makeover istimewa tersebut kepada pengurusnya yang lebih mesra disapa Kak Su.
Jelas Vanidah, hadiah pemberian istimewa ini adalah sebagai tanda penghargaan buat Kak Sue setelah berkhidmat sebagai pengurusnya selama 14 tahun.
Dalam episod kali ini, ruang tamu dan makan di kediaman pengurusnya telah dipilih sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada.
Ketika sesi temu bual perbincangan oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan pemilihan perabot sofa yang berwarna terang untuk tampak kelainan pada ruang dalaman kediaman tersebut.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Vanidah Imran? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sudahkah anda tahu bagaimana untuk memilih rekaan meja kopi atau lebih sinonim dengan panggilan ‘Coffee Table’ bagi ruang tamu di kediaman anda?
Tidak dinafikan, walaupun pemilihan rekaan meja kopi ini tidak kelihatan begitu sangat penting dari segi pemilihan perabot untuk ruang tamu anda, namun ia juga boleh memberikan impak terhadap dekorasi dalaman ruang tamu kediaman anda.
Oleh itu, sudahkah anda tahu bagimana untuk memilih rekaan meja kopi atau ‘coffee table’ yang sesuai untuk ruang tamu anda? Jika belum, mari IMPIANA kongsikan tip bagaimana caranya untuk pilih meja kopi yang sesuai untuk ruang ramu.
Dalam segmen Tip Impiana episod kali ini, IMPIANA telah berkesempatan bersama Encik Kama Ruzaman, Pengarah Decor Palace untuk berkongsi tip tersebut bersama orang ramai.
Ketika sesi temu bual bersama beliau berkata, ada pelbagai pilihan rekaan meja kopi antaranya yang berkonsepkan moden, klasik dan mewah. Selain itu, dari segi reka bentuk pula terdapat yang berbentuk bulat, bujur dan petak.
Jelasnya, perkara asas yang para pemilik kediaman wajib tahu adalah pemilihan ‘Coffee Table’ yang sesuai untuk ruang tamu ia bergantung dengan warna sofa di rumah anda. Maka oleh itu, anda seharusnya tahu dan memilih meja kopi yang bersesuaian dengan warna sofa yang anda miliki di kediaman anda.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana caranya memilih meja kopi yang sesuai untuk ruang tamu? Anda boleh tonton video penuh pada pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.