Sudah bosan dengan bekas tempat letak ubat nyamuk yang sedia ada di rumah anda? Atau pun, bekas yang sedia ada telah pun rosak dan tidak boleh digunakan lagi? Jangan bimbang!
Kini, sudah ada idea menarik yang boleh anda lakukan untuk bekas tempat letak ubat nyamuk di rumah anda. Bukan setakat itu sahaja, anda boleh buat sendiri sahaja bekas tempat letak ubat nyamuk ini.
Apa yang menariknya lagi, anda boleh membuat bekas tempat letak ubat nyamuk ini dengan menggunakan barangan terpakai seperti daripada tin susu lama sahaja.
Dengan ini, anda boleh berjimat-cermat dan tidak perlu pun berbelanja besar untuk menghasilkan bekas tempat letak ubat nyamuk ini.
Ads
Selain anda perlukan tin susu kosong lama, anda juga cuma perlukan ‘hot glue gun’dan cat semburan untuk mencantikkan lagi bekas tempat letak ubat nyamuk anda.
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Sudahkah anda tahu bagaimana untuk memilih rekaan meja kopi atau lebih sinonim dengan panggilan ‘Coffee Table’ bagi ruang tamu di kediaman anda?
Tidak dinafikan, walaupun pemilihan rekaan meja kopi ini tidak kelihatan begitu sangat penting dari segi pemilihan perabot untuk ruang tamu anda, namun ia juga boleh memberikan impak terhadap dekorasi dalaman ruang tamu kediaman anda.
Oleh itu, sudahkah anda tahu bagimana untuk memilih rekaan meja kopi atau ‘coffee table’ yang sesuai untuk ruang tamu anda? Jika belum, mari IMPIANA kongsikan tip bagaimana caranya untuk pilih meja kopi yang sesuai untuk ruang ramu.
Dalam segmen Tip Impiana episod kali ini, IMPIANA telah berkesempatan bersama Encik Kama Ruzaman, Pengarah Decor Palace untuk berkongsi tip tersebut bersama orang ramai.
Ketika sesi temu bual bersama beliau berkata, ada pelbagai pilihan rekaan meja kopi antaranya yang berkonsepkan moden, klasik dan mewah. Selain itu, dari segi reka bentuk pula terdapat yang berbentuk bulat, bujur dan petak.
Jelasnya, perkara asas yang para pemilik kediaman wajib tahu adalah pemilihan ‘Coffee Table’ yang sesuai untuk ruang tamu ia bergantung dengan warna sofa di rumah anda. Maka oleh itu, anda seharusnya tahu dan memilih meja kopi yang bersesuaian dengan warna sofa yang anda miliki di kediaman anda.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana caranya memilih meja kopi yang sesuai untuk ruang tamu? Anda boleh tonton video penuh pada pautan di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Bagi anda yang gemarkan dekorasi ruang dalaman rumah yang bertemakan rona putih serta sentuhan elemen corak kayu-kayuan, dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini sememangnya yang paling sesuai buat anda.
Dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini tidak begitu popular dan jarang menjadi pilihan di kalangan masyarakat kita, jadi mungkin ada di kalangan anda yang masih belum mengenali dengan konsep dekorasi yang dipelopori dari negara Jepun ini.
Meski ia tidak begitu popular di kalangan masyarakat tempatan, namun dekorasi yang berkonsepkan seperti ini sentiasa mendapat tempat di hati peminat rona putih dan elemen kayuan.
Jika kita dapat lihat, dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini, sememangnya boleh membuatkan dekorasi hiasan ruang dalaman rumah tampak lebih kemas, teratur dan bersih.
Meski dekorasi yang berkonsepkan Wabi-Sabi ini kebiasaannya dipadankan elemen kayuan dengan rona putih, namun dengan sedikit suntikan warna kelabu atau hijau gelap boleh membuatkan dekorasi ruang dalaman rumah anda tampak lebih menarik.
Bukan sahaja membolehkan dekorasi ruang dalaman rumah kelihatan tampak lebih menarik, ia juga boleh mewujudkan suasana yang tenang serta nyaman.
Foto: Facebook Kakideko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular dan jelita, Noreen Ashikin Abdul Rahim atau lebih dikenali dengan sapaan Reen Rahim ini. Untuk episod kelapan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan pelakon jelita itu diundang sebagai sebagai selebriti pilihan bagi episod kali ini.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Menerusi siaran episod kali ini, telah menyaksikan Reen Rahim menzahirkan hasratnya untuk menghadiahkan makeover dekorasi di kediaman ibu mentuanya yang terletak di sekitar bandar Klang, Selangor.
Selebriti berusia 34 tahun itu telah memilih ruang tamu di kediaman ibu mentuanya sebagai ruang pilihan bagi melakukan perubahan makeover dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama Reen Rahim serta suami, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin memaklumkan di kediaman ibu tercintanya itu turut didiami oleh ahli keluarga adik-beradik yang lain serta beberapa anak saudara.
Dalam usaha untuk merealisasikan hasratnya itu, Reen menginginkan transformasi makeover dekorasi yang bertemakan warna-warna yang lembut seperti Pastel. Tambahnya lagi, ini juga adalah merupakan salah satu kemahuan ibu mentuanya.
Pengasas dan pemilik jenama Ella Furniture iaitu Puan Ella Alway telah mencadangkan beberapa jenis pemilihan sofa yang bersesuaian untuk kediaman ibu mentua Reen Rahim.
Transformasi makeover dekorasi yang telah dilakukan di kediaman tersebut, sofa jenis ‘3 seater Chesterfield’ dan sepasang ‘arm chair’ telah dijadikan sebagai pilihan. Di samping itu juga, untuk ruang tamu yang tampak lebih sempurna, penggunaan aksesori seperti sepasang kerusi ‘ottomen’ telah menjadi penyeri dan pelengkap dekorasi ruang tamu tersebut.
Manakala, dari segi konsep pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus mahukan tampilkan konsep ‘Neo Klassical’ di samping dengan pemilihan warna cat dinding yang bertemakan ‘Warm & Safe’ dengan unsur rona Merah Jambu.
Jelasnya lagi, pemilihan warna tersebut sememangnya adalah pilihan yang paling tepat dan sesuai buat kediaman ibu mentua Reen Rahim yang kini sudah lebih berusia.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Reen Rahim? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.