Walaupun zaman sekarang kita lihat, kaum perempuan semua ada yang juga bekerja tetapi ada juga yang membuat keputusan untuk kekal seperti tradisi dahulu iaitu menjadi suri rumah. Jadi, untuk kaum perempuan di luar sana yang ingin menjadi suri rumah, meh sini saya bagitahu tips-tips dan panduan menjadi suri rumah.
Pertama,
ANDA MESTILAH MENDAPAT RESTU DARI SUAMI
Amatlah penting ia bagi seorang isteri ini meminta kebenaran apa-apa sahaja dari suaminya. Begitu juga dengan meminta restu untuk menjadi suri rumah. Ini kerana ada sesetengah suami, dia mahu isteri dia bekerja juga. Oleh sebab itu, lebih baik jika bertanya dahulu kepada suami anda. Ingat, syurga bagi seorang isteri di bawah telapak kaki suami.
Ads
Kedua,
SENTIASA TEPATI MASA DAN PERKARA YANG PERLU DI BUAT SEHARIAN
Untuk menjaga masa ini, anda perlu membuat jadual pengurusan jadual dan ikut segala jadual yang telah dibuat. Membuat nota perkara apa yang perlu buat seharian, juga penting. Sebagai contoh, pukul 5 pagi bangun dan bersiap, kemudia pukul 6 solat subuh dan selesai solat, terus membuat sarapan. Dan begitulah berterusan sehingga selesai satu hari itu. Esoknya, lakukan sebegitu juga.
Ads
Dan ketiga, yang paling penting,
REFLEKSI DIRI
Ads
Sebagai seorang yang beragama, tidak kira agama Islam, Kristen, Buddha atau Hindu, anda harus membuat refleksi diri. Berdoa kepada tuhan supaya meminta dipermudahkan segala urusan anda sebagai seorang suri rumah. Mana lah tahu, semasa anda di rumah keseorangan, ada yang berniat jahat tapi disebabkan anda seorang yang sering meminta perlindungan, orang itu terus tidak jadi ingin membuat sesuatu jahat kepada anda.
Kesimpulannya, menjadi seorang suri rumah juga tidak mudah. Seorang isteri perlu kuatkan diri dan teguh untuk memikul tanggungjawab suri rumah ini.
Kebersihan kediaman tidak seharusnya dipandang remeh kerana terdapat pelbagai aspek yang dipengaruhi oleh tahap kebersihan rumah. Ia juga secara tidak langsung dapat mencerminkan identiti pemilik dengan mempamerkan kekemasan dan kebersihan kediaman mereka.
Seseorang yang tidak menitikberatkan tentang kebersihan kediaman sudah tentunya akan dipandang sebagai seorang yang pemalas atau pengotor. Jadi, buatlah pilihan yang bijak dan elakkan daripada tergolong dalam kelompok pemilik yang tidak mementingkan aspek kebersihan kediaman.
Kali ini IMPIANA kongsikan 4 petua yang mudah dibuat untuk kediaman sentiasa dalam keadaan bersih dan segar.
1. Buang habuk melekat pada perabot
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.
Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. Wangikan Ruang Kediaman
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dgn mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir & kesemua perabot berfabrik disembur dgn padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit : nik zainah muhammad
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mempunyai pembantu dapur sudah tentu memudahkan kerja bukan. Bagaimana pula jika pembantu dapur anda adalah si cilik yang baru mahu belajar masak.
Keletah anak-anak di dapur boleh mengundang senyum. Teruja mahu membantu ibu di dapur, mengaduk dan kacau masakan diatas api adalah perkara paling dinantikan mereka. Apa kan lagi kalau di ajak mem buat biskut atau kek di dapur, pastinya riuh rendah dengan si kecil.
Jangan halang mereka untuk menjadi pembantu dapur junior anda, kerana ini mampu menghapuskan rasa minat mereka untuk membantu anda pada masa akan datang. Ketahui langkah menyediakan persekitaran dapur selamat kepada anak supaya ia menjadi saat manis untuk kenangan mereka di ruang dapur.
Dress Code!
Pakaikan anak dengan apron yang bersih, jika tiada apron untuk kanak-kanak baju lama juga boleh digantikan sebagai apron. Yang penting, pakaian perlulah bersih dan tidak terlalu longgar, ini kerana mengelakkan agar baju yang longgar akan memudahkan tersambar dengan api di dapur dan sebaginya.
Ikat rambut anak anda jika panjang dan boleh mengganggu penglihatan dan mengelak kebarangkalian terkena api.
Peralatan Tajam
Jika anda membenarkan mereka untuk mengendalikan peralatan tajam di dapur seperti pisau, ajar mereka untuk jauhkan mata pisau dari diri sendiri. Jaga jarak mata pisau dalam keadaan yang selamat sewaktu kerja-kerja memotong. Ingatkan mereka untuk fokus sewaktu memgunakan pisau.
Elakkan Cedera Dari Terbakar
Sediakan potholders atau sarung tangan ketuhar kepada anak-anak untuk mengendalikan periuk, kuali, atau dulang panas. Posisikan pemegang periuk ke arah dalam supaya anak tidak terlanggar dan menyebabkan kemalangan yang tidak dingini berlaku.
Jangan minta anak kecil nyalakan api pada dapur gas.
Matikan soket sebelum plug off kerana ia boleh menyebabkan renjatan elektrik.
Kerja Mencuci
Jika anak membantu aktiviti mencuci pinggan mangkuk, ingatkan mereka supaya tidak mencurah airke dalam bekas yang mengandungi minyak yang masih panas, ini boleh menyebabkan terpercik dan melecur.
Pastikan tiada peralatan tajam berada di dalam sinki yang dipenuhi air.
Lantai Bersih Dan Ruang Kemas
Mop lantai serta merta jika ada tumpahan bagi mengelakkan anak jatuh tergelincir.
Pastikan laluan kemas dari sebarang objek supaya anak tidak terlanggar dan jatuh.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rekabentuk rumah lama sangat mementingkan privasi penghuni kediaman. Jika diperhatikan, rekaan rumah lama telah diadakan sudut khas untuk tetamu tanpa perlu mengganggu privasi penghuni kediaman yang lain.
Khairunnisa Hamzah seorang pengasas Reka Bentuk 3D Online telah berkongsi ilmu bagaimana ruang tetamu yang sesuai dibina untuk rumah orang Islam.
Sekiranya anda berkeinginan untuk membina rumah sendiri dan mempunyai modal lebih, apa salahnya jika mengikuti saranan ini. Keselesaan ahli keluarga anda pastinya akan terjamin selain mengikut tuntutan syarak terutama dari segi menjaga aurat. Semoga bermanfaat untuk semua.
Kredit foto: Rahman Hadif
BAGAIMANA RUANG TAMU YANG SESUAI UNTUK RUMAH ORANG ISLAM?
Adalah lebih baik jika tetamu tidak dapat melihat langsung aktiviti dan dalaman rumah keluarga. Cukuplah pergerakan tetamu di ruang tetamu sahaja.
“Minta maaf, nak tumpang tandas, boleh?” Biasa tetamu akan buat permintaan mengejut sebegini apabila datang berkunjung.
Sekiranya ada tandas di ruang tetamu, tetamu tidak perlu lagi masuk ke dalam bilik-bilik tuan rumah atau terus terjah ke dapur.
Saya ada menonton kuliah agama seorang ulama Indonesia yang mengatakan:
“Yang terbaik adalah jika kamu boleh mengasingkan ruang tetamu dengan ruang keluarga. Kalau boleh, diasing terus dari rumah kamu sehingga apabila kamu menutup pintu dan menguncinya sekalipun, tetamu masih boleh aman di situ.”
Maksud beliau kita sememangnya wajib melayan tetamu sebaiknya. Oleh itu sediakan ruang untuk tetamu semampu boleh namun paling penting ialah mengambil kira aurat dan aib tuan rumah sekeluarga.
Siapkan ruang duduknya, ruang bersucinya (tandas), ruang solatnya dan juga ruang berehatnya (bilik tidur) di satu kawasan yang sama yang tidak perlu melalui ruang keluarga.
Ini dapat membataskan aurat, pandangan dan pergaulan antara tetamu dan ahli keluarga.
Orang putih ada wujudkan ‘powder room’ di ruang tamu. Ia adalah bilik bersiap yang dilengkapi dengan kemudahan tandas.
Namun berbeza dengan rumah-rumah di negara kita yang kebanyakkannya tandas diletakkan di ruang dapur atau di dalam bilik tidur.
“Nisa, macam mana ya nak buat? Kalau tetamu datang, dari pintu masuk terus boleh nampak akak tengah memasak di dapur. Tak selesalah. Kadang tak sempat pakai tudung atau baju lengan panjang,” luah salah seorang pemilik kediaman masa sesi makeover rumahnya.
Sekarang banyak rumah buat konsep terbuka (open concept). Namun, apabila menerima kehadiran tetamu secara mengejut, ia menyebabkan wanita Islam tidak selesa kerana belum bersedia menutup aurat. Apatah lagi ketika itu sedang sibuk beraksi dengan kuali di dapur.
Jika kita lihat senibina rumah lama dahulu, mereka sudah ambil berat tentang hal ini terlebih dahulu. Di dalam rumah mempunyai ruang publik, semi publik dan ruang privasi.
RUANG PRIVASI
Apabila tetamu yang tidak rapat datang berkunjung, mereka hanya ditapis dan dilayan hanya di serambi (ruang publik).
SEMI PUBLIK
Sekiranya merupakan tetamu rapat seperti kenalan atau saudara, barulah dapat masuk sehingga ke ruang menonton, ruang rehat dan ruang makan.
RUANG PRIVASI
Manakala bilik-bilik tidur, ruang keluarga dan dapur (ruang privasi) hanya untuk tuan rumah sahaja.
Ramai antara kita sudah siap beli rumah daripada pemaju. Jadi bagaimana untuk menjadikan rumah kita terpelihara aurat dan pandangan dari tetamu?
MUNGKIN BOLEH BUAT BEGINI:
1. Boleh buat penghadang pandangan seperti tambahan tembok atau tabir yang menghalang pandangan terus ke ruang privasi tuan rumah.
2. Boleh tambah tempat wuduk dan ‘powder room’ (tandas) di hadapan rumah.
3. Boleh siapkan bilik tidur/bilik solat tetamu di hadapan rumah.
PENGALAMAN BERKUNJUNG KE RUMAH KENALAN DI INDONESIA:
Saya pernah datang berkunjung ke rumah kenalan di Indonesia. Ia merupakan rumah bertingkat (apartment). Apa yang menariknya, setiap rumah itu dilengkapi dengan ruang yang sangat menarik perhatian saya.
Pemaju menyiapkan ruang untuk pembantu rumah yang boleh dipisahkan terus dari rumah keluarga. Ini bermakna apabila tutupnya pintu dapur dari dalam, maka pembantu rumah boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa kerana dilengkapi dengan tempat tinggal, tandas, fasiliti lain dan boleh terus keluar dari kawasan pagar rumah di bahagian tersebut. (Ada 2 akses)
Mungkin apa yang boleh kita buat akan datang ialah merekabentuk rumah di mana ruang tetamu boleh direkabentuk sebegitu. Ruang tamu mempunyai akses yang berlainan dan terpisah terus dari rumah keluarga. Dengan cara ini privasi keluarga di rumah tersebut akan terus terpelihara.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.