Siapa yang menyangka luar pangsapuri dalam dengan dekorasi seperti sebuah kondominium mewah. Tiada apa yang menghalang kita dari untuk mendekorasi kediaman milik peribadi.

Di mana ada kemahu di situ ada sinar… ewahhh! Tapi ternyata pemilik ini memang minat menghias kediamannya. Lihat sahaja rumah beliau setiap sudut tidak di biarkan kosong tanpa sentuhan.

Pemilihan warna hijau emerald ini memang sesuai dengan sentuhan dan juga konsep yang ingin diketengahkan oleh pemilik.

Perkongsian beliau di dalam Facebook membuatkan IMPIANA tertarik dengan seni hiasan yang pemilik ini. Luar pangsapuri dalam sentuhan kondominium.

Sudah pasti keluasan yang terhad untuk kediaman ini, langsung tidak menjejaskannya menghias kediaman jenis pangsapuri ini menjadikan sebuah rumah idaman ala kondominium mewah.

Kombinasi dengan perabot moden membuatkan suasana dalam rumah ini lebih cozy. Mood ceria dalam setiap perincian membuatkan tidak jemu mata memandang dekorasi yang dikenakan.

IKLAN

Ruang makan yang dilengkapi dengan set meja makan untuk empat ini sudah melengkapi ruang yang tidak terlalu besar ini dengan pemilihan lampu gantung loket memberikan suasana elegan.

Melihat ruang dapur yang mengenakan warna yang agak gelap jauh sekali terasa sempit atau tidak selesa. Malahan ia memberi satu rasa seakan berada di ruang dapur kondo mewah. Manakan tidak lihat sahaja pemilihan jubin pada kemasan dinding dapurnya. Ha! Gigit jarikan, cantik bukan. Sepadan dengan pemilihan sinki warna gelap padanan kemasan kabinet berwarna coklat menaikkan lagi aura moden kontemporari dalam ruang dapur ini.

Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium Luar Pangsapuri Dalam Sentuhan Dekorasi Kondominium

IKLAN

Ruang membasuh yang terletak bersebelahan ruang dapur ini tidak dibiarkan. Turut dijadikan ruang yang cukup menarik dengan gantung bidai menjadi penghalang dari terus nampak kelaluan luar membuatkan ruang ini lebih privacy dan menarik. Sudah pastinya susun atur yang bijak membuatkan ruang ini lebih selesa.

Wow… bilik air pun diberi nafas segar. Pemilihan cermin bulat konsep moden dengan kabinet yang comel sesuai dengan saiz bilik air ini. Membuatkan ruang kamar ini tetap selesa dan cantik.

Baca artikel lain untuk inspirasi anda: https://www.impiana.my/bosan-tengok-ruang-dalam-rumah-jom-tukar-feature-wall/

IKLAN

Kredit: Leeya Marlia Ramli

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI