Sehubungan dengan tema “Creating a Better Life”, jenama elektronik terkemuka, LG Electronics Malaysia telah memperkenalkan penghawa dingin DUALCOOL terbaharu mereka. Disambut dengan positif semasa majlis pelancaran, produk terbaru daripada LG telah berjaya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara pengeluar produk perkakas rumah utama dunia.

Berucap di majlis pelancaran, Kim Kyutae, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia berkata, “Kami tidak mahu berpuas hati dengan hanya menjadi cukup bagus. Kami mahu menjadi kebih. Dengan mahu menjadi lebih bagus, kami mula berinovasi. Oleh yang demikian, LG berjaya merangkul tempat pertama sebagai penghawa dingin Inverter No. 1 di dunia – kecuali China* (Sumber: Euromonitor International Limited, Per Air Conditioners category definition, retail sales by volume 25). Kami percaya ini adalah suatu kelebihan yang kami boleh gunakan untuk menarik perhatian pelanggan.

“Dengan penambahan terbaharu kami, barisan penghawa dingin DUALCOOL boleh memberi perkhidmatan kepada pengguna kami dengan lebih baik, memberi peluang untuk mereka menjalani kehidupan yang lebih baik, dipenuhi dengan kegembiraan dan keselesaan di dalam rumah mereka.

 PENYEJUKAN LEBIH BAIK, PENJIMATAN TENAGA

IKLAN
  • Dengan sistem penjimatan tenaga LG’s Dual Inverter Compressor, pengguna boleh menjimatkan 70% lagi tenaga, berbanding dengan pemampat konvensional. Penghawa dingin LG DUALCOOL juga mengeluarkan udara 40% lebih pantas, memberikan pengguna prestasi yang terbaik sementara masih memainkan peranan dalam penjimatan tenaga. (Sumber: TUV Rheinland, Verification on Fast Cooling & Power Saving Rate)

KETAHANAN: Nikmati faedah LG DUALCOOL dengan Gold Fin™ & waranti selama 10 tahun

IKLAN
  • Gold Fin™ ialah teknologi lapisan paten anti hakisan LG. Gold Fin™ memastikan permukaan lapisan lebih tahan kepada hakisan dan meningkatkan ketahan penukaran haba untuk jangka masa yang lebih lama.
  • Dengan waranti 10 tahun untuk pemampat penghawa dingin LG DUALCOOL, pengguna boleh menikmati faedah penghawa dingin LG pada tempoh masa yang lama.

SMART THINQ MENYENANGKAN SEMUA

IKLAN
  • Pengguna boleh mengakses dan mengawal penghawa dingin mereka di mana-mana dan pada bila bila masa sahaja hanya dengan satu sentuhan pada telefon pintar mereka*. Sama ada mereka menggunakan lebih daripada satu peranti untuk penghawa dingin mereka atau sebaliknya, aplikasi kawalan peralatan rumah eksklusif LG ini direka untuk memberi kemudahan kepada kehidupan pengguna, dengan hanya memerlukan satu sentuhan pada telefon pintar mereka sahaja.
  • Pengguna juga boleh menjalankan diagnosis pintar melalui telefon pintar mereka, dengan menerima maklumat tentang penghawa dingin mereka dalam bentuk gambar, dimana ianya boleh dihantar kepada juruteknik servis. Penghawa dingin tersebut juga mampu mengesan tahap kerendahan bahan penyejuk yang boleh menyebabkan kesejukan yang rendah dan kegagalan mekanikal.

 *Kesemua peranti mesti mempunyai sambungan Internet

SEMUDAH 1, 2, 3

  • Reka bentuk LG DUALCOOL yang moden dan nipis memudahkan proses pemasangan. Tanpa menghiraukan persekitaran dan jumlah orang yang terlibat dalam proses pemasangan, pemasangan penghawa dingin boleh dilakukan dengan lebih banyak dalam masa yang singkat.
  • Dengan prestasinya yang amat baik dan kecekapan tenaga yang tinggi, proses pemasangan DUALCOOL yang mudah ini mampu menjimatkan masa dan usaha juruteknik serta mereka yang terlibat dalam proses perbaikan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI