Konsep rekaan dalaman rumah yang minimalis sudah menjadi perkara lazim. Ramai beralih arah dalam merias rumah secara bersederhana dan mengikut keperluan harian. Hasilnya ia menjadikan rumah ialah hak milik untuk berehat, menghabiskan masa dengan keluarga dan melapangkan minda tanpa perlu berbelanja lebih.
Konsep MUJI ini sering menjadi pilihan untuk pemilik kediaman yang memilik saiz rumah yang kompak dan mempunyai ruang bukaan yang minimal. Konsep kediaman MUJI telah wujud pada 2004 di Jepun yang banyak memfokuskan rumah bersaiz kompak.
Rekaan MUJI House mengambil kira segala aspek termasuk kelengkapan rumah, perabot dan perkakas. Mengetengahkan rona-rona semula jadi iaitu putih dan coklat kayu, konsep MUJI kelihatan seakan sebuah kediaman berkonsepkan nordic atau scandinavian. Konsep MUJI ini cukup sesuai untuk pemilik yang ingin mengetengahkan clean cut dalam susun atur rumah.
Ads
Jika diperhatikan konsep MUJI ini lengkap dan praktikal bagi setiap sudut yang mengenakan gaya ini. Pemilihan saiz perabot dan juga rekaan perabot itu sendiri cukup menyempurnakan ruang yang kurang keluasannya. Tidak serabut dan langsung tidak kelihatan sempit.
Dekorasi rumah gaya Scandinavian memang kena dan popular dengan orang Malaysia.
Ini antara beberapa idea dekorasi stail Scandinavian yang popular dan digemari ramai pereka dalaman rumah, jom tengok di bawah.
Bagi yang sedang mencari idea untuk mendekorasi rumah impian mahupun tempat bekerja mungkin idea dekorasi stail Scandinavian ini dapat penuhi citarasa anda. Selamat mencuba!
Siapa sangka pasangan romantik ini punya rumah yang sangat cantik, mendamaikan dan paling penting mesra alam (eco-friendly).
Ketika ditemu bual oleh pihak ArchitecturalDigest.com, pasangan pelakon Hollywood Ashton Kutcher dan Mila Kunis baru saja berpindah ke rumah baharu mereka itu yang terletak di atas bukit di Los Angeles.
Menariknya, rumah ini menerapkan gaya ladang yang sangat cantik dan unik. Menurut pasangan ini, ianya merupakan rumah idaman yang telah mereka rancang selama bertahun-tahun, bermula dengan kehamilan pertama Mila.
Beginilah luas dan mewahnya rumah mewah Ashton Kutcher dan Mila Kunis ini yang dibina di atas kawasan seluas 2.4 hektar. Lengkap dengan ladang jagung produktif yang diairi dengan sistem pengairan dari telaga sendiri. Wow!
Ashton dan Mila menamakan rumah mereka itu sebagai KuKu Farms. Mereka menggunakan khidmat arkitek Howard Backen dan pereka dalaman Vicky Charles untuk merealisasikan rumah impian mereka itu.
Bukan sahaja luas dan mewah, rumah Ashton Kutcher dan Mila Kunis ini juga mesra alam. Sumber tenaga berasal dari panel solar photovoltaic. Jumlahnya melebihi keperluan keseluruhan harta.
Pada masa hadapan, Ashton dan Mila berharap sumber tenaga yang melimpah ruah ini dapat dikongsi bersama dengan rumah-rumah sekitar.
Semua bilik di KuKu Farms kelihatan luas, menggabungkan perabot moden dan seni bina kayu bercirikan Amerika. Bagi memberikan sentuhan berbeza, pasangan ini meletakkan candelier kristal setinggi 3 meter dan kerusi mewah seakan pelamin yang ditempah khas oleh Ashton ketika lawatannya ke India.
Manakala rumah utama disambungkan ke rumah tamu, bilik hiburan yang direka bentuk menyerupai bangsal, dan pavilion yang dilengkapi dengan peralatan barbeku.
Salah satu bilik tidur di KuKu Farms. Nampak selesa seperti kabin mewah untuk percutian musim sejuk.
Ini adalah bilik untuk dua anak Ashton dan Mila, Wyatt dan Dimitri. Nampak selesa dengan perabot semua kayu yang memberikan kesan hangat.
Ini pula ruang dapur. Keluasannya sudah cukup untuk mengadakan parti kecil yang terdiri daripada 10 ke 15 orang tetamu.
“Kami mahukan sebuah rumah, bukan estet,” kata Mila kepada Architectural Digest.
“Kami mahu rumah itu kelihatan seperti bangsal lama, sesuatu yang telah wujud selama beberapa dekad dan kemudian bertukar menjadi sebuah rumah.
“Tetapi ia juga perlu ada sentuhan moden dan relevan dengan masa kini,” kongsi Kutcher.
Mila dan Ashton berkahwin pada tahun 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Wyatt Isabelle Kutcher dan Dimitri Portwood Kutcher.
Kediaman teres dua tingkat milik Faizul & Shikin ini tampil dengan garapan indah oleh pemiliknya.Menerapkan Muji Japandi Modern Concept sesuai dengan cita rasa dan gaya hidup pemilik.
“Saya seorang surirumah jadi kesibukan menguruskan hal seharian menjadikan keinginan untuk memiliki ruang kediaman yang minimalis, praktikal dan boleh memberi impak ‘healing’ di samping boleh meluangkan masa bersama anak-anak tanpa pengawasan dan tak perlu mengeluarkan sebarang bajet. Minat terhadap dekorasi yang penuh tekstur, perincian dan arca, maka saya terapkan kepada hiasan dalaman rumah,”jelasnya.
Kediaman ini menggunakan elemen kayu dan permainan warna beige,putih, neutral bersesuaian dengan tema pilihan. Sedikit elemen industrial dan modern exclusive seperti penggunaan material marble digandingkan di sesetengah ruang dalam rumah.
Kediaman ini pada awalnya dibeli untuk persediaan hari tua kelak. Bila hari minggu balik ke rumah @ruangtenang06, sangat memberi kedamaian dengan suasana sunyi hanya kicauan burung dan bunyi keretapi ERL yang berhadapan dengan rumah.Waktu pagi yang nyaman dengan angin embun sejuk sangat mengasyikkan dan terasa tenang sekali. Tiada hiruk pikuk bunyi bising kenderaan 24 jam lalu di depan rumah.(rumah KL) sebaik berada di kediaman ini.
Proses renovasi dan hiasan dalaman
Pada tahun pertama proses renovasi bermula, banyak cabaran yang dihadapi seperti lock down bermula, kilang supplier contractor habis musnah dilanda banjir yang teruk di Shah Alam. Maka banyak penangguhan kerja renovasi yang perlu ditunggu.
“Disebabkan tempoh PKP,kami tidak boleh keluar dari Kuala Lumpur dan pantau segala kerja-kerja renovasi. Ada bahagian-bahagian yang tidak sempurna dilakukan tetapi kami terpaksa akur. Penangguhan berlaku lagi apabila kami mendapat cahaya mata ketiga,jadi terpaksa uruskan mana yang penting dahulu.
Sebelum bersalin, banyak ekspo perumahan, jualan gudang yang telah kami pergi dalam mengumpul input-input info tentang hiasan dalaman,jenis perabot, dan peralatan eletrik yang perlu,”ujar pemilik.
Hiasan dalaman kediaman ini dilakukan oleh Eladeko. Ia berlangsung dalam sebulan sahaja dari proses perbincangan hinggalah selesai. Ela hanya come out dengan theme concept mengikut warna kabinet,langsir yang telah kami siapkan.
60 peratus dari hiasan dalaman kediaman ini adalah sentuhan Eladeko dan selebihnya daripada pemilik sendiri. “Segala home reference dan konsep yang kami berkenan diberikan kepada Eladeko untuk mendapat pandangannya yang pakar dalam bidang hiasan dalaman sama ada bersesuaian atau tidak.
Perbincangan yang sentiasa up to date membuat pemilik sangat selesa dan meletakkan sepenuh kepercayaan dengan hasil kerja Ela. Hinggakan kerja-kerja di luar skop paperwork,team Eladeko lunaskan seperti pemasangan doorbell, pemasangan lampu luar, terdapat elemen surprise sebagai gift iaitu dekorasi bahagian Entreeway dan pemasangan glass divider di dalam tandas bilik utama dan custom made wood bench untuk meja makan yang sesuai dengan saiz meja. Ternyata ia sangat mengujakan.
“Pada hari penyerahan kunci dari Ela (hari tour rumah) perasaan dan emosi kami bercampur dengan gembira, sedih dan bersyukur ya amat kerana hasilnya di luar jangkaan kami. Gambaran dalam mood board dan 3d drawing tidak terjangkau dengan hasil apabila di depan mata. Sangat memukau dan memberi vibes tenang, selesa dalam masa sama sangat eksklusif. Room diffuser yang digunakan oleh Eladeko juga menambahkan lagi vibes tenang.
Sebelum bekerjasama dengan Eladeko, kami telah membuat survey dengan pelbagai ID tetapi pakej-pakej yang diberikan tidak bersesuain dengan bajet kami. Jadi perasaan bersyukur setelah bertemu Eladeko tu tak dapat digambarkan. Itu adalah rezeki yang paling bermakna buat kami sekeluarga,”ceritanya.
Ruang kediaman dihias indah mengikut kesesuaian. Untuk pemilihan warna,perabot seperti sofa, meja dan kerusi makan, lampu, barang elektrik dan langsir adalah cita rasa pemilik sendiri.
Elemen hiasan dan soft furnishing adalah kombinasi Eladeko dan juga pemilik. Kebanyakan perabot adalah custom made dari Eladeko menepati saiz di setiap ruang.
Uniknya wall accent bercorak Herringbone dibuat untuk padankan dengan meja makan dengan paten Chevron dan tona warna neutral digunakan untuk mengekalkan konsep Muji dan minimalis. Apabila cahaya pagi menerangi ruang makan ini, setiap bilah papan Herringbone menonjolkan gaya eksklusif.
Penggunaan elemen-elemen bertekstur yang ada di meja kopi, corak marble di Standlamp dan coffeetable, sarung bantal kecil yang diletakkan di kerusi, wall panelling di dinding TV kabinet, entreeway, di belakang Headboard memberikan gaya eksklusif dan moden dalam mengekalkan konsep Muji dan Japandi.
Memandangkan anak-anak dalam proses membesar dan lasak, material sofa yang tahan lasak seperti water resistant adalah menjadi pilihan kami. Sesungguhnya kediaman ini memberi erti kedamaian buat sekeluarga.
Nama Pemilik: Faizul & Shikin
Pereka bentuk dalaman :Inspirasi Eladeko Services & AZR Kitchen Cabinet
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.