
Lebih cepat bertunas, ini sebab kena tanam pokok guna keratan batang dan tanah organik framoc. Bagi peminat tanaman hiasan dan pokok-pokok dapur, memilih kaedah penanaman yang praktikal dan jimat adalah kunci utama.
Lebih Cepat Bertunas, Ini Sebab Kena Tanam Pokok Guna Keratan Batang Dan Tanah Organik Framoc
Ramai yang lebih gemar menanam menggunakan keratan batang berbanding biji benih. Kenapa? Sebab keratan batang lebih cepat bertunas dan kita boleh lihat hasilnya dalam masa yang lebih singkat. Tambahan pula, tidak semua pokok mudah tumbuh dari biji benih. Ada jenis yang hanya berkesan jika dibiak melalui batang.
Contohnya, pokok-pokok seperti kaduk, pudina, daun kari atau pokok hiasan berbatang lembut seperti pokok puding dan bunga kertas. Semuanya lebih mudah hidup melalui keratan. Cuma sediakan keratan batang yang sihat, pastikan ada beberapa nod atau ruas, kemudian cucukkan ke dalam tanah yang sesuai. Dalam seminggu dua, anda akan mula nampak tunas-tunas hijau segar keluar. Itulah kepuasan yang sukar digambarkan!
Berikut perkongsian dari Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Tanah Siap Guna Jenama Framoc – Pilihan Praktikal Dan Berbaloi
Untuk medium tanah pula, saya lebih selesa beli secara fizikal di kedai ECO Shop atau DIY. Ini kerana kalau beli secara online, harga kos pos kadangkala lebih mahal daripada harga tanah itu sendiri. Bila beli terus di kedai, kita boleh semak tekstur tanah dan pastikan isinya lengkap.
Salah satu tanah yang saya sangat sarankan ialah tanah organik campuran 8 dalam 1 jenama Framoc. Tanah ini sangat sesuai untuk semua jenis tanaman—baik tanaman dapur mahupun pokok bunga.
Campurannya lengkap dan seimbang, terdiri daripada:
Sabut kelapa (cocopeat)
Tanah semai (topsoil)
Sekam padi mentah
Pasir sungai
Baja organik
Tanah hitam sawit
Sekam padi bakar
Serbuk arang
Gabungan ini menjadikan tekstur tanah cukup gembur, mampu menyimpan kelembapan, tetapi masih ada saliran udara yang baik, ideal untuk pertumbuhan akar. Yang paling menarik, kita tak perlu tambah apa-apa lagi seperti baja tambahan atau perapi tanah. Hanya buka plastik, terus boleh guna!




Berdasarkan pengalaman saya, walaupun tanam dalam pasu, hasil tetap menjadi dan pokok cepat tumbuh subur. Tak kiralah sama ada kita tanam cili, pandan, kunyit, daun kesum atau pokok hiasan, tanah Framoc memang serba guna dan menjimatkan masa serta tenaga.
Kalau anda baru nak mula berkebun atau mencari cara lebih efisien untuk menanam pokok, cubalah teknik keratan batang bersama tanah campuran seperti Framoc ini. Lebih cepat nampak hasil, dan lebih jimat dalam jangka masa panjang. Selamat mencuba dan selamat menanam!
Sumber: Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Baca artikel lain juga: Tanam Kesum Guna Kaedah Tapis, Jimat Ruang, Bebas Jentik-Jentik!
Ramai Salah Tanam Kantan, Sebab Itu Pokok Tak Berbunga Langsung
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




