
Bukan mudah nak dapatkan lantai bersih berkilat pada setiap masa,sepanjang hari. Pembersihannya merupakan salah satu kerja rumah yang harus dilakukan hampir setiap hari, lebih-lebih lagi pada kawasan “high traffic” atau kawasan yang mempunyai kadar aktiviti paling banyak seperti kawasan ruang tamu dan dapur.
Adalah agak mustahil nak kekalkan kebersihan lantai kerana jika tidak disapu dan mop, pasti ada sahaja objek asing. Jadi untuk membantu meringankan beban mak-mak dirumah yang penat menyapu dan mengemop, IMPIANA ingin kongsikan satu petua untuk lantai kekal berkilat dan wangi lebih lama dari kebiasaannya. Hanya campurkan dua bahan ini! :
PELEMBUT PAKAIAN & CUKA MASAKAN


Langkah-langkahnya:
- Sediakan setengah baldi air (gunakan air panas jika lantai berminyak)
- Tuangkan setengah penutup pelembut pakaian
- Kemudian letakkan 4-5 titis cuka
- Kacau campuran tadi hingga sebati
- Boleh mula mengemop
p/s : Anda juga boleh cuba sukatan campuran tadi dengan pakaian agar bau wangi kekal lebih lama. Selamat mencuba!
Mesti Baca: Aliff Syukri Terbeban Miliki Rumah Besar, Kos ‘Maintenance’ Ratusan Ribu Setahun
Baca Lagi Di Sini: Perkongsian Lengkap Kos Buat Sendiri Renovasi BILIK AIR Berwajah Baru Bajet RM2k
Artikel Menarik:Makeover Sendiri Bilik Air Dengan Bajet Tak Sampai RM500, Hasilnya Diluar Jangkaan!
Sumber: TikTok faezahysoff
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

