
LAMAN Indah Konsep Tropical + Garden Retreat, Jadi ‘Spot Healing’ Suami Isteri! Memang cantik dan menenangkan LAMAN pada kediaman jenis Semi-D (Cluster) corner lot di Semenyih ini.Kediaman yang baru sahaja dihuni oleh pasangan suami isteri Salehudin Said,36 dan Noorasmida Noordin,36 sejak Mac 2025 ini, dihias indah dengan sempurna, baik dari sudut interior mahupun LAMAN rumah.

Berkongsi lebih lanjut mengenai laman rumah ini, menurut pemilik landskap laman ini merupakan gabungan konsep Tropika dan ‘Garden Retreat’. Pilihan konsep laman ini dengan elemen kayu juga merupakan kesinambungan pada gaya interior rumah pemilik yang berkonsep ‘Modern Farmhouse’.

Garden Cafe Inspirasi Landskap Rumah
Berkongsi mengenai inspirasi bagi landskap di rumahnya, pemilik menjadikan Instagram dan kunjungan ke ‘Garden Cafe’ sebagai sumber rujukan dengan memberi keutamaan pada elemen kehijauan, batu dan kayu.
“Sebenarnya kami mendapat inspirasi untuk landskap ini daripada Instagram dan lawatan-lawatan kami di kafe-kafe yang mempunyai garden. Jadi kali melihat cafe garden yang ada elemen kayu, elemen hijau dan elemen batu. Jadi kami pun ingin mempunyai garden yang sama,” kata Salehudin.


Meninjau beberapa tanaman hiasan melengkapi laman konsep ini antaranya seperti Calathea Lutea, Heliconia, Keladi Gajah (Alocasia Odora), Red Ginger(Alpinia Purpurata), Fan Palm dan sebagainya. Laman juga dilengkapi dengan lantai pemijak daripada kayu, batu-batuan kecil dan besar.
Disamping itu, pemilik juga meletakkan tanaman ‘edible garden’ berhampiran dapur seperti Pokok Cili, Pokok Kari, Serai dan Pandan bagi memudahkan isteri tercinta memetik segar tanaman ini untuk kegunaan ketika memasak.

LAMAN Rumah Spot ‘Healing’ Suami Isteri
Tanaman hiasan yang ada bukan sahaja menjadi penyeri di laman, namun pada masa yang sama menjadi tempat santai dan riadah, spot ‘healing’ selepas penat seharian pulang bekerja.
Menariknya laman ini juga mempunyai ‘Putting Green’, area khas buat pemilik untuk beriadah bermain golf serta ruang ‘patio’ untuk duduk bersantai menikmati kehijauan alam bersama isteri tersayang.
Jelas Salehudin, ‘Putting Green’ merupakan ruang kegemarannya di laman ini. Hayunan kayu golf di ‘Putting Green’ ini dapat menjadi aktiviti riadah buat dirinya ketika pulang ke rumah.Begitu juga ruang ‘patio’ yang menempatkan kerusi dan meja laman, menjadi kawasan dia dan isteri minum petang sambil menghayati keindahan laman rumah sendiri.

Tambah pemilik lagi, laman rumah tak seharusnya terlalu besar atau terlalu mahal. Apa yang penting laman haruslah menjadi tempat untuk menenangkan fikiran setelah penat seharian bekerja dan menjadi tempat ‘healing’, kepuasan apabila dapat melihat landskap laman.
IMPIANA: Semoga perkongsian landskap berkonsep tropikal dan garden retreat ini menjadi inspirasi buat pencinta laman yang lain.
INFO LAMAN
Nama Pemilik: Salehudin Said & Noorasmida Noordin
Pereka Landskap : @theHutans
Jenis Kediaman: Semi-D (Cluster) Corner Lot
Konsep Landskap: Tropical + Garden Retreat
Usia Landskap: 4 Bulan (Mac 2025)
Keluasan Landskap: 1,000kps
Spesifikasi Ruang Landskap: Edible garden, Putting Green, ‘Stepping Stone’, Patio
Mesti Baca: Cipta Landskap Tepi Rumah Yang Menenangkan, Walau Ruang Terhad
Baca Lagi Di Sini: 3 Jenis Pokok Berfungsi Sebagai ‘Pagar’ Privasi Semulajadi, Penyeri Landskap Laman
Artikel Menarik: Landskap Halaman Rumah Yang Tenang, Barulah Seronok Lepak Minum Kopi
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di


