Kucing/ Anjing Buang Najis Merata? Hati-Hati, Denda RM10K Menanti Pemilik Haiwan!. Terbaru, 3 Rang Undang-Undang (RUU) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melibatkan Akta 133, Akta 672 dan Akta 171 telah diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Pindaan Undang-Undang Untuk Disiplinkan Masyarakat
Menteri KPKT, YB Nga Kor Ming berkata pindaan ini bertujuan memperkukuh tanggungjawab sivik dan mendisiplinkan masyarakat dalam menjaga kebersihan awam.
Pindaan ini memperkenalkan hukuman khidmat masyarakat bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata seperti puntung rokok, tisu, plastik, pembungkus makanan termasuklah najis kucing dan anjing di tempat awam serta jalan awam.
Ads
Pindaan ini boleh memberi kuasa kepada Mahkamah untuk memerintahkan khidmat masyarakat maksimum 12 jam dan ingkar perintah boleh didenda RM3,000 hingga RM10,000 jika disabitkan kesalahan, bermula 1 Januari 2026.
Nga Kor Ming yang juga Presiden UN-Habitat menegaskan pindaan ini penting menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk memastikan imej negara kekal bersih dan dihormati di mata dunia.
Ads
IMPIANA: Terbaik langkah menaikkan denda bagi pesalah buang sampah ini supaya dapat mendisplinkan diri supaya lebih menjaga kebersihan. Jadi buat pemilik haiwan juga, kena lebih berhati-hati. Jika ada bela kucing atau anjing di rumah pastikan najisnya tidak dibuang merata-rata kerana ia dianggap ‘sampah’ dan boleh dikenakan tindakan seperti yang dinyatakan ini.
Bermula hanya dengan minat dan impian, Noraida membuktikan bahawa sesiapa pun boleh memiliki kediaman yang indah dan selesa walau tanpa khidmat pereka dalaman. Dengan bajet sederhana dan inspirasi dari Pinterest, beliau menyusun setiap inci ruang rumahnya mengikut citarasa, penuh ketelitian dan sentuhan peribadi. Hasilnya? Sebuah rumah ala Modern English Cottage yang bukan sahaja cantik dipandang, tapi cukup menenangkan untuk didiami. Ini bukan sekadar rumah, tapi lambang usaha, sabar dan cinta dalam setiap perincian.
Apa yang membuatkan Noraida jatuh cinta dengan rumah ini ialah reka bentuk dan susun atur rumah ini sangat praktikal. “Rumah ini direka dengan susun atur yang terbuka, memastikan setiap ruang berhubung secara harmoni dan selesa untuk kegunaan harian,” katanya. Gaya Modern English Cottage yang dipilih bukan sahaja menyerlahkan keunikan rumah, tetapi juga memberikan suasana yang hangat dan menenangkan, menjadikan setiap sudut kediaman ini istimewa.
Rumah ini dilengkapi dengan empat bilik tidur, tiga bilik air, dapur, ruang tamu, ruang keluarga, ruang makan, ruang dobi dan stor, semuanya disusun untuk memaksimumkan keselesaan dan fungsi.
Inspirasi Noraida datang dari minatnya terhadap gaya rumah Inggeris yang ringkas namun menawan. “Saya banyak merujuk dari Pinterest dan Instagram untuk mendapatkan idea,” kongsinya. Noraida memilih untuk menguruskan sendiri proses dekorasi, dari pemilihan warna dinding hingga susunan perabot dan aksesori hiasan. “Saya juga mendapat pandangan dan nasihat suami untuk memastikan setiap keputusan seimbang,” tambahnya.
Proses dekorasi ini mengambil masa lebih setahun dan dilakukan secara berperingkat mengikut bajet. “Kami tidak tergesa-gesa. Setiap peringkat dirancang dengan teliti untuk memastikan hasilnya memuaskan,” ujar Noraida.
Salah satu ruang kegemaran Noraida ialah ruang tamu berhampiran pintu besar dan balkoni yang dipenuhi pokok bunga. “Di sini, saya dan keluarga dapat berehat dengan tenang dan selesa. Pemandangan hijau dari balkoni memberikan rasa damai yang sukar digambarkan,” katanya. Ruang ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat berkumpul keluarga, tetapi juga menjadi titik tumpu untuk menikmati keindahan reka bentuk dalaman yang serasi dengan alam.
Tambah pemilik, dia lebih suka membeli aksesori hiasan yang sudah siap, tetapi untuk perabot, dia memilih untuk custom-made. “Perabot custom-made membolehkan saya menyesuaikan reka bentuk dengan konsep Modern English Cottage yang saya inginkan,” jelasnya. Pendekatan ini memastikan setiap elemen dalam rumah selari dengan visinya, dari tekstur hingga warna.
Pengalaman Jadi Pengajaran
Seperti kebanyakan peminat dekorasi, Noraida juga pernah melakukan kesilapan. “Saya terlalu teruja sehingga membeli barang tanpa perancangan teliti. Akhirnya, ada barang yang terasa tidak sesuai dan saya terpaksa menggantikannya,” ceritanya. Pengalaman ini mengajarnya untuk lebih berhati-hati. Kini, Noraida lebih banyak merujuk contoh dekorasi dan membuat perancangan terperinci sebelum membeli apa-apa. “Ini membantu mengelakkan pembaziran dan memastikan setiap item benar-benar sesuai dengan ruang,” tambahnya.
Bagi mereka yang ingin mengubah suai rumah dengan bajet terhad, Noraida berkongsi beberapa nasihat praktikal:
Dengan dedikasi dan visi yang jelas, Noraida telah berjaya mencipta sebuah kediaman yang bukan sahaja cantik tetapi juga praktikal untuk kehidupan seharian. Gaya Modern English Cottage yang dipilihnya menggabungkan keanggunan klasik dengan keselesaan moden, menjadikan rumah ini sebagai tempat yang sempurna untuknya dan keluarga.
INFO PEMILIK:
Nama Pemilik: Noraida Mat Yusof
Usia Kediaman: 1 tahun setengah
Konsep Hiasan Dalaman: Modern English Cottage
Keluasan Kediaman: 2500 kaki persegi
Anggaran Kos Rumah: RM550,000 (anggaran keseluruhan termasuk dekorasi)
Jenis Kediaman: Banglo
NATASHA HUDSON Pilih Hidup Sederhana Di Langkawi, Tanam Sendiri, Bela Ayam & Itik!
IMPIANA tumpang gembira dengan penghijrahan terkini bekas model, pelakon, penulis dan pengacara TV, Natasha Hudson yang kembali berhijab pada Awal Muharram, baru-baru ini.
Menerusi perkahwinannya yang kali kelima, pemilik nama sebenar Natasha Liana Hudson,43 ini memilih untuk menetap di Langkawi, menjalani kehidupan serba sederhana, sekaligus mengejar ketenangan jiwa di sana.
Bukan itu sahaja, pelakon berdarah Melayu-Australia ini juga mengamalkan gaya hidup sihat dan gaya hidup aktif dengan bersenam, memanah dan luncur air (surfing).
Malah ibu kepada 4 orang cahayamata ini juga sering berkongsi melakukan aktiviti kerja rumah disamping bercucuk tanam di laman rumah, membela ayam, lembu dan itik serta menikmati hidup yang lebih dekat dengan alam.
Bukan itu sahaja, Natasha juga turut mempunyai studio seramik sendiri, yang menghasilkan kraft dan pasu tembikar daripada tanah liat.
“Ceramic hand-building is my grounding addiction/the soft touch of clay, the slow shaping, the quiet moments between breath and creation. It’s where I return to myself,” Natasha.
Kehidupan baru Natasha Hudson ini bukan sahaja memberi ketenangan, jauh dari hiruk-pikuk kota, malah menjadi inspirasi ramai untuk kembali kepada gaya hidup yang lebih bersahaja dan penuh bermakna.
Terdahulu, Natasha mendirikan rumah tangga buat kali kelima bersama Muhammad Harits Jasmin pada 28 Mac 2022 dalam majlis secara sederhana di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Kaia yang kini berusia 11 bulan.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Natasha dikurniakan tiga puteri, Neesa Helen, Naeema Kalila dan Faatimah.
IMPIANA: Bahagia melihat perjalanan kehidupan terkini Natasha Hudson ini. Berpeluang menjalani hidup serba sederhana, lebih tenang namun penuh bermakna.
Bahaya Chopper Makan Tuan, Nak Betulkan Bilah Tercabut Wanita Putus 2 Urat Jari. GAJET DAPUR sememangnya memudahkan kerja dan menjimatkan masa di dapur. Namun AWAS dan kena lebih berhati-hati ketika menggunakan peralatan elektrik seperti ‘Chopper’ yang lebih ringan dan mempunyai bilah tajam serta mudah tercabut. SILAP percaturan boleh merana jari & membahayakan diri.
Bukan apa banyak kes kemalangan di dapur terjadi AKIBAT pengguna leka dan cuai ketika menggunakan chopper ini.
Perkongsian daripada Zera Zawawi ini boleh dijadikan pengajaran. Kejadian berlaku 2 bulan lepas dan kini sedang menjalani rawatan fisioterapi. Kesilapan diri tidak menutup suis dan ingin membetulkan bilah (blade) yang terjatuh dan tercabut menyebabkan urat pada jarinya putus.
Ini perkara penting perlu diambil ketika menggunakan Chopper di dapur.
-Jangan masukkan tangan ke dalam mangkuk semasa pisau sedang bergerak.
-Pastikan chopper dalam keadaan OFF dan dicabut plug sebelum bersihkan atau pasang pisau.
-Jangan guna untuk bahan terlalu keras (contoh: tulang), boleh rosakkan bilah dan motor.
-Gunakan penutup dengan betul pastikan ia terkunci sebelum mula.
-Simpan chopper di tempat selamat dan jauh dari capaian kanak-kanak.
– Paling penting pastikan chopper mempunyai kelulusan SIRIM dan bukan beli sebab murah dan ikut trend!
Jangan perjudikan keselamatan diri.
Semoga Bermanfaat!
IMPIANA: Tak salah untuk menggunakan gajet dapur seperti chopper kerana ia memudahkan dan menjimatkan masa di dapur. Namun paling penting kena utamakan keselamatan dan tidak cuai ketika menggunakannya.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!