
Wainscoting merupakan susunan bingkai pada dinding yang tidak hanya kelihatan anggun, malah juga merupakan salah satu perincian atau kemasan hiasan dalaman tertua di dunia. Ia telah menjadi sebuah simbol status dan unsur prestij dalam kediaman.
Tetapi zaman semakin maju, wainscoting kini tidak lagi hanya untuk golongan atasan. Sesiapa pun boleh menambah elemen ini untuk kediaman lebih elegan. Malah, anda boleh DIY sendiri hiasan ini dengan bajet yang rendah!
Melalui perkongsian Puan Hazilla Hasan di fb miliknya, pertama sekali anda perlu kenalpasti dinding yang mahu dipasang wainscoting kemudian ambil ukuran berdasarkan rekabentuk yang telah dipilih.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
“Saya beli kayu wainscoting secara dalam talian sahaja. (Juga boleh didapati di hardware) Ada pembekal sudah potong siap-siap mengikut ukuran tertentu (2,4,5,6 kaki) untuk memudahkan pengguna tetapi saya beli yang panjang dan potong sendiri.
Banyak design kayu utk buat frame tu. Boleh pilih mengikut budget masing-masing. Saya beli yang berharga RM1.70 sekaki.”
“Potong hujung kayu tepat 45 darjah. Saya hanya gunakan sesiku L untuk mengukur.”
“Untuk proses menampla, hanya perlukan gam dan water level. Ukur dengan tepat dan tandakan pada kawasan yang ingin ditampal. Sapu rata gam pada kayu dan beri tekanan selama 2 ke 3 minit agar kayu melekat pada dinding. Boleh gunakan masking tape dan biarkan selama beberapa jam sehingga gam kering.
Periksa jika ada lubang atau gam yang tidak melekat. Gunakan sealent untuk mengemaskan lagi wainscoting.
Langkah terakhir, boleh cat dinding dan wainscoting mengikut kesesuaian konseo kediaman anda. Selamat Mencuba!
LIHAT JUGA : Jenis-jenis Wainscoting
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
4 Petua Mudah Kalau Nak Rumah Kelihatan Bersih

Isi Kandungan
ToggleRamai mak-mak dah mula bekerja selepas kerajaan umumkan Malaysia kini di fasa pemulihan pandemik 3-4. Jika dulu, masa kerja dari rumah banyak masa nak urus dan bersihkan rumah, bila dah mula kerja ni, mula lah mak-mak jadi macam tangan sotong. Tapi, disebabkan lelah pulang dari kerja, adakalanya tak sempat nak uruskan rumah kelihatan bersih dan rapi.
Sebab itu, impiana kongsikan 4 petua mudah meringan kerja mak-mak untuk memastikan rumah berada keadaan bersih dan rapi dalam tempoh yang lama.
Baca juga: 5 Tip Cara Mencuci Untuk Pastikan “Throw Cushion” Agar Sentiasa Nampak Baru
1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.petua rumah bersih, petua lap lantai, petua cuci toilet, petua bersihkan rumah, petua rumah, tip bersihkan rumah
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air.
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
2. Kilatkan Lantai Rumah rumah kelihatan bersih
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.petua rumah bersih, petua lap lantai, petua cuci toilet, petua bersihkan rumah, petua rumah, tip bersihkan rumah
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai.
Cuka.
Air panas.
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik.
Cuka.
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat.
1 sudu teh cuka.
1 cawan air.
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Air-Cond Tak Berapa Nak Sejuk, Cuba Servis Sendiri Indoor Unit Air-cond

Isi Kandungan
ToggleAir-Cond Tak Berapa Nak Sejuk, Cuba Servis Sendiri Indoor Unit Air-cond. Musim panas lit-lit ni, aircond dah bukak suhu paling rendah dan blower dah full speed tapi masih tak berasa. Ini merupakan tanda-tanda sudah tiba masanya untuk anda servis air-cond tu.
Tapi sebelum panggil kontraktor, apa kata cuba bersihkan dulu unit indoor tu sendiri. Serius memang jimat berganda. Tak susah pun, boleh ikut langkah yang dilakukan oleh Khairul Azwan Abd Aziz ni.
Oleh kerana semalam angin air-cond perlahan sahaja walaupun blower dah full speed, harini ambik masa sekejap buat pembersihan balik air-cond ni. Step mudah yang kita sendiri pon boleh buat..
BAHAN / PERALATAN YANG DIPERLUKAN
1. Screw driver
2. Berus yang bersih (kalau ada vacuum lagi bagus)
3. Air conditioner cleaner. (Boleh beli kat DIY, tapi aku tak guna pon, sebab cooling coil tak nampak kotoran degil berkerak.. hanya habuk yang boleh dicuci dengan berus)
4. Kain untuk mengelap.
5. Tangga
LANGKAH 1
Mula-mula, pastikan dah matikan suis aircond dulu.
Lepas tu buka filter dan cover filter serta cooling coil ni.
Tarik perlahan-lahan ke atas. Sebelah lagi pun buat macam tu juga.
Lepas dah buka cover tu, buka casing aircond pulak. Ada 2 ke 3 biji skru ikut jenis dan brand aircond. Macam Sharp inverter ni ada 2 biji skru kiri dan kanan casing.
Lepas dah buka skru, buka casing dengan cara tarik dari sebelah atas casing ke atas dan kemudian tarik ke arah anda
(Buat lemah lembut kalau tak biasa, satgi patah naya.. haha. Kebanyakan cara buka casing aircond ni sama ja.)
LANGKAH 2
Kemudian, buka flap angin yang swing tu.
Buka yang tengah dulu dengan tolak kaki flap ke belakang keluar dari holder tu.
Pastu tarik kaki flap sebelah kiri keluar perlahan-lahan. (Jangan kasar, nanti patah haha.) Kemudian keluarkan flap dari motor flap sebelah kanan tu.
LANGKAH 3
Ok lepas dah buka casing, kalau room temperature sensor jenis yang ada sekali dekat cooling coil, cabutkan dari cooling coil tu dulu supaya senang nak cuci cooling coil nanti.
LANGKAH 4
Ok seterusnya, buka flap angin yang boleh adjust kiri kanan ni. Kalau jenis Sharp ni, tolak ja setiap klip tu ke atas untuk buka.
Lain brand aircond lain cara bukak dia, jadi perhatikan elok-elok atau Google dulu sebelum buat. Benda tu mudah patah.
LANGKAH 5
Yeahh.. nampak dah blower. Ambik hang, berkerak…! So ni punca dia angin koi pelan haha. So cuci la pakai berus. Sambil-sambil tu sedut guna vacuum pon boleh..
Kalau teruk lagi smpai tak keluar kotoran tu, bolehlah sembur pakai aircond cleaner. Biarkan sekejap bagi dia keluar semua kotoran degil tu, lepas tu tadah bekas / besen, kemudian sembur dengan pressure air.
Boleh beli botol pressure yang guna manual pam tu. (Beringat, jgn pi semboq kat board ekon sebelah kanan tu.. lupp teruih satgi naya pak karim. Tutup board ekon tu ngn plastik utk langkah selamat)Jom kita kasi cuciii…
Ini hasilnya selepas siap dicuci.
Cooling coil pon dah cuci bersih merelip merelap dah..
Baca juga: 8 ‘Trick’ Mudah Sejuk Kan Kediaman Untuk Rumah Yang Tak Ada Air-Cond.
(cuci jangan sampai terpenyet fin cooling coil tu. Kalau guna berus, berus ke atas dan ke bawah ikut alur fin tu.. sesetengah org ikut dan ja tonyoh kuat-kuat smpai penyet abih fin tu. Nnt udara nk lalu celah-celah fin tu payah.. so kurang efisyen la sejuknya.
Kalau tadi guna air conditioner cleaner, sembur dan biarkan dia keluarkan semua kotoran-kotoran tu, then sembur guna pressure air. Semburkan sedikit demi sedikit sampai bersih. Jgn lupa tadah plastik atau bekas / besen tau..hehe.)
Lepas tu kita on suis, test angin tengok kuat balik dak.. biaq keluaq mcm angin ribut pon xpa haha.
LANGKAH 6
Ok lepas dah basuh semua benda-benda plastik ni, pasang balik ikut turutan masa buka tadi.
Pasang flap kiri kanan dlu, pastu flap swing atas bawah, pastu pasang casing.. pastikan casing masuk rapat elok baru skru balik.
Then last skali pasang balik cover filter tu. Just tekan masuk ja..
Pasang balik filter yang dah dicuci bersih-bersih.
SIAP!
Okehh siappp… Nyaman mcm baruuu. Bukak fan speed no 1 pon rasa angin dah..
Nahh… ni baru 8bulan punya habuk. Kalau hgpa dah bertahun xpenah cuci tu, xtaulah..haha.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jubin Tandas Bersinar Seperti Baru! Ikut Tip Mudah Perkongsian Ahli Kimia Ini

Isi Kandungan
TogglePernah tak ada perasaan “harap-harap dia tak nak tumpang tandas” ketika ada tetamu yang datang berkunjung ke rumah? haa mesti takut dan segan jika tetamu lihat tandas yang kotor dengan lantai berlumut kan.
Kebersihan tandas merupakan salah satu perkara yang amat leceh untuk dikekalkan. Kalau tidak dicuci sekurang-kurangnya seminggu sekali, memang lain rasanya. Lebih-lebih lagi buat para ibu yang cukup sensitif dengan segala kotoran yang terdapat dalam kediaman.
Untuk mengatasi masalah mencuci lantai serta cermin berkeladak di tandas, seorang ahli kimia (FATIMAH SALIM) telah berkongsi rahsia di laman facebooknya untuk orang ramai amalkan. Jom kita lihat cara-caranya!
“Seorang rakan ‘tag’ saya pada post yang meminta cadangan cara membersihkan kaca bilik mandi yang dipenuhi noda setelah banyak petua dan cara yang dilakukan tidak berjaya.
Saya tiada pengalaman membersihkan cermin kaca di bilik mandi. Yang biasa saya bersihkan ialah jubin dinding kamar mandi.
Namun disebabkan punca kotoran pada cermin adalah sama dengan dinding jubin kamar mandi iaitu sabun, kerak air dan juga aktiviti bakteria, maka mungkin cara saya ini boleh membantu. Cuma harus dipastikan bahan bina (material) dinding itu kaca sebenar. Kalau plastik, takut menggerutu pula sebab terhakis di permukaan.
AMARAN: Cara ini adalah untuk mereka yang berani dan cermat!
CARANYA:
Tuangkan cecair peluntur Clorox dalam bekas yang boleh menghasilkan droplet aerosol (seperti gambar di bawah) dan spray pada permukaan dinding tiles atau kaca yang kotor. Lagi berkesan jika permukaan adalah kering. Kemudian, tinggalkan selama beberapa jam atau lebih baik semalaman.
Esok pagi bangun, masuk bilik mandi, pasti bersih berkilat. Jika masih lagi ada bau clorox, boleh siram dengan air shower atau air paip, dan jika kurang berkilat, boleh lap dengan kain.
Cara ini sangat sesuai untuk mereka-mereka yang tidak suka MENYENTAL. Boleh juga digunakan untuk membersihkan tub mandi, sinki atau mangkuk tandas. Contoh untuk mangkuk tandas, spary keliling mangkuk tandas dan tinggalkan semalaman. Jika masih lagi berbaki noda, bolehlah disental sedikit dengan berus tandas.
PERHATIAN:
1) Cecair peluntur bersifat bes yang kuat, boleh merengsa/ menghakis kulit. Maka, berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat ini. Jika terkena kulit, segera basuh dengan air.
2) Sila tutup mulut dan hidung dengan kain atau topeng yang mampu menghalang bau cecair peluntur dihidu kerana ianya mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan. Pakai goggle atau cermin mata untuk mengelakkan titisan aerosol terkena mata.
3) Saya gunakan botol aerosol spray supaya senang kawal jumlah clorox yang digunakan, senang nak spray bahagian yang kita mahukan dan lebih jimat. Paling PENTING, jika bekas masih lagi berisi, letak label dan jauhkan daripada kanak-kanak. Kang mereka main ‘spray spray’ pula.
4) Elakkan melakukan cara ini dengan kerap, terutamanya pada permukaan yang diperbuat daripada porcelain kerana ada potensi terhakis. Ingat, ini adalah kaedah untuk menghapuskan kotoran degil!”
Selamat mencuba!
Mesti Baca: Dinding Rumah Comot Kesan Conteng, 5 Cat Rumah Ini Senang Cuci!
Baca Lagi Di Sini:Tip Pilih Warna Cat Ideal Untuk Dinding, Tersalah Pilih Rosak Dekorasi Rumah
Artikel Menarik: Ini Cara Baiki Cat Dinding Rumah Mengelupas Selepas Terendam Banjir
Sumber: Azlan Mohamad
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI