Memiliki meja kaunter atau island kitchen di dapur menjadi impian setiap pemilik rumah. Ini kerana ia amat efektif dalam memastikan tugas penyediaan hidangan untuk seisi keluarga berjalan lancar. Bagaimana pula kalau mahu aplikasikan projek ini tetapi berhadapan dengan masalah kawasan dapur bersaiz kecil?
Oleh itu, IMPIANA ingin membantu anda bagaimana untuk sediakan counter table di dapur melalui perkongsian idea yang diberikan oleh Pn Betty Ramli di rumahnya yang terletak di Bandar Puteri Hillpark, Kedah.
Idea ubahsuai ini datang selepas pasangan ini berasa tidak selesa kerana mempunyai barang yang terlalu banyak di dapur dan ingin memberikan nafas baharu di dapurnya.
Menurutnya, dia mendiami rumah sewa ini dengan dapur berkeluasan 10 kaki x 8 kaki dan demi menjadikan impiannya untuk memiliki sebuah meja kaunter idaman, beliau banyak merujuk kepada pelan susun atur yang disediakan oleh IKEA.
Ia bermula dengan pembelian base table Metod dan dipadankan dengan counter top Ekbaken dan dilengkapi dengan Utrusta Shelf yang ketiga-tiganya berharga hanya RM546.90. Ini cuma kos pembelian sahaja kerana segala pemasangan di dapur rumahnya dipasang sendiri oleh suaminya yang bertugas sebagai mekanik.
Idea ringkas tapi praktikal sesuai untuk mereka yang mempunyai dapur sempit dengan bajet mampu milik.
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Nama pemilik: Pn Adibah Lokasi: Halamanda, Gombak Jenis kediaman: Semi-D 2 Tingkat
Episod 4 pada minggu ini di rancangan TV Impiana akan bersiaran pada 11 September 2018 yang mana paparannya berkisarkan tentang renovasi laman courtyard serta ruang tamu yang dimiliki oleh Pn Adibah sekeluarga.
Pada asalnya kedua-dua ruang ini menjadi tempat dia menyambut tetamu serta meletakkan peralatan fitness suaminya dan pada masa yang sama ruang courtyardnya tidak banyak hiasan yang diletakkan, yang ada cuma batu hiasan serta pokok biasa sahaja. Pada masa yang sama pemilik juga berharap agar pihak IDW dapat memberikan nafas baharu buat dua ruang ini agar ianya tampak menarik dan selesa di pandangan mata.
Semasa team IMPIANA hadir berkunjung ke rumah, team IDW sudah merancang untuk menaik taraf bahagian courtyard dengan menambah wall panel batuan suzuka, menghamparkan rumput sintetik serta meletakkan meja makan bersama tiga buah kerusi kayu. Selain itu, di ruangan hadapan pula, mereka merancang untuk mengemaskini dindingnya dengan memasang wainscoat serta ditatah dengan cat berwarna hijau serta meletakkan partition dibahagian belakang untuk pemilik jadikannya sebagai ruangan fitness agar tidak menganggu tetamu yang hadir.
Prosesnya dimulakan dengan wall hacking yang mana kontraktor menebuk sedikit lubang untuk menguatkan pemasangan wall panel agar lebih kukuh serta tahan lama. Pada masa yang sama, bahagian ruang tamu pula diletakkan dengan cat hijau sebanyak tiga lapis untuk membuatkan serinya kekal lama. Terdapat juga penambahan beberapa lampu hiasan untuk mencatikkan lagi ruang berkenaan.
Selain itu, bingkai wainscoat menggunakan rona kuning dan ia disokong dengan track light untuk membuatkan bingkainya nampak seperti keemasan. Penulis amat tertarik dengan partition kerana ia menggunakan corak ombak untuk menutup pandangan bahagian ruang tamu. Pemilik mahukan sofa lamanya untuk digunakan semula dalam kemasan baharu dan pihak IDW menambah dengan meletakkan 1 coffee table serta disokong dengan 2 buah armchair yang mana pada asalnya ia tidak mempunyai apa-apa hiasan di bahagian berkenaan.
Dibawah ini, IMPIANA kumpulkan beberapa koleksi ruang courtyard selepas ianya diberi nafas baharu serta kemasan yang lebih menarik. Untuk melihat lebih terperinci, jangan lupa bersama dengan hos IMPIANA TV, Nadiya Nisa bersama Co-host, En Luqman Hakim di Maya HD serta Astro Prima pada pukul 12.30 tengahari dan ulangannya pada pukul 9 malam di Astro Prima.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Peminat barang vintage ni kebiasaanya berjiwa sentimental dan kreatif. Almaklumlah, tututan diperlukan untuk memastikan perabot lama atau antik sentiasa kelihatan cantik. Namun, berlainan pulak dengan cerita pasangan suami isteri ini. Minat terhadap barangan lama memang tidak dapat dipisahkan. Namun, kebiasaanya, peminta barang lama ni lebih cenderung menjadikan kediaman mereka macam muzium.
Koleksi barang antik yang padat dan terlalu sarat menyebabkan kediaman dah macam ruang pameran pula. Elak perkara ini berlaku, pemilik menggabungkan konsep moden dan kelasik untuk menghias kediaman miliknya. Mereka sepakat dan lehatlah hasilnya.
Dari segi pemilihan perabut, kita kena pandai2 cari & kalau rajin cari, boleh dapat yang berkualiti dengan harga yg cukup murah. Kami juga guna cara kreatif untuk hias rumah dengan menggunakan barangan recycle dan barang lama diubahsuai jadi sesuatu yang nampak baru dan cantik
Yang paling menarik corak yang dihasilkan pada dinding. Bukan sekadar kombinasi warna yang dipilih menyebabkan kediman ini kelihatan segar, malah kayu yang di jadikan sebagai garisan membentuk demensi berbeza jika dibandingkan dengan kediaman lain ang turut menggunakan konsep atau corak hiasan dinding seperti ini. Nak tambah klasik, kayu yang di tampal dicat emas.
Walaupun tinggal di apartmen, Pemilik gemarkan suasana yang segar, maka anjung yang diberi walaupun sekangkang kera tetap diusahakan.
Penghargaan:
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Konsep Scandinavian terkenal dengan rekabentuk yang minimalis yang dipadankan dengan fungsi yang praktikal. Bermula di lima negara Nordic iaitu Finland, Iceland, Norway, Sweden dan Denmark sejak awal abad ke-20, dan mencapai populariti di Amerika Utara sekitar tahun 60-an. Membawakan rekabentuk yang bergaris bersih dan kontemporari, gaya Nordic dilihat begitu timeless dan amat sesuai untuk semua gaya hidup dan peringkat umur.
Selain menarik dan memberi inspirasi, barangan dengan gaya Nordic juga dikatakan tahan lama dan kerana itulah konsep ini telah mula mendapat tempat dihati penduduk Malaysia. Gayanya yang bersih dan moden, dengan unsur-unsur semulajadi memudahkan pengguna mengintegrasikan Nordic Style ke dalam rumah mereka bersama trend reka bentuk kontemporari.
Bagi anda yang meminati gaya ini dan bercita-cita untuk tinggal di dalam rumah berkonsepkan Scandinavian, anda boleh cuba gunakan beberapa perabot IKEA ini untuk memberikan sentuhan berbeza pada kediaman Nordic impian anda.
#1 POÄNG Armchair
Lengkungan sempurna yang memberi keselesaan optimum yang terdapat pada rekabentuk kerusi ini amat menepati ciri-ciri Scandinavian. Ditambah pula dengan warna kayu lembut membangkitkan suasana warm dan cosy.
Meja sisi dua fungsi yang mempunyai rekabentuk simple dan praktikal amat sesuai diletakkan pada ruang tamu anda. Warna putih juga melengkapkan lagi gaya Nordic yang ingin ditonjolkan.
Seni reka yang amat basic dan minimal tetapi cukup elegan, sesuai untuk dijadikan tempat penyimpanan di kediaman agar setiap sudut nampak lebih kemas dan teratur.
Letakkan pada sisi katil di bilik tidur dan anda akan dapat lihat meja sisi berwarna putih ini memainkan peranannya sebagai ruang penstoran tambahan. Bukan itu sahaja, SELJE yang kelihatan cool ini juga mampu menyorokkan wayar-wayar berselirat anda daripada terlihat melalui lubang dibelakangnya.
Karpet monokrom buatan tangan ini merupakan salah satu must-have item yang dapat memberikan anda gaya Nordic yang ranggi dan menarik. Corak jalur yang tidak keterlaluan menjanjikan suasana yang lebih santai.
Kepala lampu oversized memberikan pencahayaan yang baik untuk kawasan tertumpu seperti ketika sedang membaca buku di kerusi kegemaran anda. Warna putih dan rekabentuk yang tidak keterlaluan juga menjadikan lampu lantai ini pilihan yang tepat untuk sebuah ruang tamu Scandinavian.
Tumbuhan hijau adalah satu kemestian buat sesebuah ruang dengan konsep Scandinavian. Selain sebagai agen pembersihan udara dalaman, tumbuhan ini juga dapat membangkitkan aroma kesegaran buat kediaman Nordic anda.
Garis-garis yang tercipta pada bekas pasu ini terlihat menarik tapi tidak mendominasi persekitarannya. Selain dilengkapi dengan alas plastik pada bahagian dalamnya, bekas ini juga mempunyai pemegang agar mudah untuk dialihkan apabila perlu.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!