KEPALA KATIL, GODAAN MATA DI RUANG BERADUKEPALA KATIL, GODAAN MATA DI RUANG BERADU

Pilihan  amali dan selaras dengan konsep kediaman. Bukan sekadar hiasan kamar tetapi mengiringi mimpi anda dalam lena berkualiti.

Kepala katil, umpama satu godaan mata di lembah beradu. Rekaannya juga pelbagai mengikut era dan tidak pernah pereka berdiam diri menghasil yang baru dan baru saban waktu. Biar ramai di antara kita membelinya bukan hanya sedap pada mata tetapi kepala katil juga memainkan peranan penting dalam melengkapkan reka bentuk kamar anda. Ia juga sebenarnya menyerlahkan personaliti anda  dan impian.

Kini ramai pemilik kediaman lebih gemar memilih kepala katil yang ringkas. Mudah dicuci dan dibuka. Biar berkerawang tetapi tidaklah sarat dan berat. Malah pilihan utama sudah pasti kepala katil yang ringkas dan mudah dibersihkan. Malah ada yang tidak memerlukan kepal katil. Katil bagi mereka bukan tempat bermewah-mewah cukup untuk melelapkan mata. Cukup dengan lukisan bersaiz gah sebagai penyeri dinding di bahagian kepala katil.

IKLAN

 

KEPALA KATIL, GODAAN MATA DI RUANG BERADUKEPALA KATIL, GODAAN MATA DI RUANG BERADU

IKLAN

Anda yang berjiwa seni, pilih aja gantungan atau kerawang menggantikan kepala katil. Berjiwa romantik, tidak cukup dengan rekaan moden klasik ala camel back, sertakan dengan butang chesterfield. Anda yang gemarkan gaya Asia, rekaan moden rotan boleh mejadi pilihan dan anda yang sukakan  moden kontemporari, pilih sahaja rekaan bina dalam fabrik mewah kemas. Manakala  yang sering up to date, pilih sahaja yang polos, moden dan rona neutral yang boleh di suai padan serta tidak lekas jemu. Masakan anda perlu menukar kepala katil saban minggu..betul tak?

IKLAN

Mereka yang memilih moden klasik juga kini lebih senang memilih kepala katil yang mempunyai warna samar atau warna moden neutral biar pun rekaan  agak ekstravaganza. Kita sedar, kini tidur merupakan imbuhan mewah buat warga kota setelah seharian bertarung nyawa mencari rezeki setiap hari. Jadi warna-warna ‘menjerit’ yang lantang dirasakan tidak perlu untuk ruang rehat seumpama ini.

KEPALA KATIL, GODAAN MATA DI RUANG BERADUKEPALA KATIL, GODAAN MATA DI RUANG BERADU

Maka sebelum memilih kepaka katil, pastikan kesesuaian dengan ruang kamar dan perlu ada kaitan dengan konsep utama kediaman. Biar apa pun materialnya , kayu, rotan, besi, fabrik, asalkan anda bijak menjaga dan tahan lasak. Selaras dengan  gaya hidup juga tahap kesihatan kita. Elakkan membeli material yang asalnya catik tetapi sudahnya memerangkap habuk. Bayangkan  jika anda mempunyai lelah dan alahan. Tidur biar nikmat…Usah nanti yang dinamakan mimpi indah bertukar ngeri…

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI