Kenapa rumah terasa panas? Ini punca dan cara atasinya. Pernah tak anda rasa tidak selesa di rumah sendiri, terutama waktu cuaca panas? Siang atau malam, bahangnya tetap terasa, seolah-olah rumah menyimpan haba dan enggan lepaskan.

Kenapa Rumah Terasa Panas? Ini Punca dan Cara Atasinya

Tapi yang peliknya, ada rumah orang lain yang sejuk saja walaupun waktu tengah hari. Maka timbullah persoalan: kenapa rumah kita panas sangat?

Menurut laman Root of Science, terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan rumah menjadi panas dan tidak selesa. Namun, yang menariknya, ada juga penyelesaian yang boleh dilaksanakan tanpa perlu menukar rumah. Berikut adalah lima sebab utama rumah terasa panas dan langkah praktikal untuk menanganinya:

1. Terdedah Kepada Sinaran Matahari Secara Terus

Sinar matahari yang mengenai permukaan rumah seperti dinding, lantai dan bumbung akan meningkatkan suhu ruang dalaman. Pendedahan berterusan akan menyebabkan haba terkumpul dan menjadikan rumah terasa seperti ketuhar.

Langkah-langkah yang boleh diambil:

*Pasang awning atau bumbung lanjutan untuk meneduhkan tingkap dan pintu.

*Tanam pokok rendang berdekatan rumah bagi menghalang sinaran matahari secara langsung.

*Gunakan bahan penebat haba di bumbung untuk mengurangkan pemanasan ruang udara antara bumbung dan siling.

*Tambahkan lapisan pelindung pada dinding seperti bahan komposit atau lapisan bata hiasan.

Kenapa Rumah Terasa Panas? Ini Punca dan Cara Atasinya

*Cat rumah dengan warna cerah kerana warna ini memantulkan cahaya, sekali gus mengurangkan penyerapan haba.

Ads

*Pasang langsir, bidai atau skrin dalam rumah bagi mengawal cahaya masuk sambil membenarkan pengaliran udara.

*Hadang bukaan yang menghadap arah barat, memandangkan waktu petang (sekitar 2 hingga 4 petang) adalah paling panas.

2. Kekurangan Aliran Udara Dalam Rumah

Udara panas yang tidak bergerak akan terkumpul dan terus menjadikan ruang dalaman panas walaupun waktu malam. Oleh itu, pengudaraan yang baik sangat penting untuk menggantikan udara panas dengan udara segar.

Antara solusi terbaik:

*Pastikan tingkap cukup luas agar aliran udara keluar masuk lebih lancar.

*Elakkan menghalang laluan angin dengan langsir tebal, perabot besar atau dinding tambahan.

*Bina air well (ruang terbuka menegak, biasanya di tengah rumah) untuk menggalakkan pergerakan udara panas ke atas dan keluar.

Kenapa Rumah Terasa Panas? Ini Punca dan Cara Atasinya

Ads

*Selaras arah kipas angin berdiri agar membantu menolak angin masuk dari hadapan ke bahagian belakang rumah.

*Pasang kipas siling di air well, menghala ke atas untuk membantu menyedut udara panas keluar.

*Guna cerobong solar, seperti yang popular di negara Timur Tengah. Ia memanfaatkan haba untuk ‘menarik’ udara keluar secara semula jadi.

3. Fenomena Pulau Haba Bandar (Urban Heat Island)

Kawasan bandar sering mengalami suhu yang lebih tinggi berbanding luar bandar. Ini berpunca daripada struktur bangunan konkrit, jalan tar, dan kekurangan kawasan hijau yang menyebabkan haba ‘terperangkap’. Tambahan pula, penggunaan pendingin hawa, enjin kenderaan dan aktiviti industri menyumbang kepada peningkatan suhu persekitaran.

Kenapa Rumah Terasa Panas? Ini Punca dan Cara Atasinya

Malangnya, ini adalah faktor yang sukar dikawal secara individu. Namun begitu, penduduk bandar boleh memainkan peranan dengan:

*Mendesak pihak berkuasa tempatan untuk memperbanyakkan pokok dan kawasan hijau,

Ads

*Menyokong projek pembangunan lestari,

*Atau, jika berkemampuan, pindah ke kawasan yang kurang sesak dan lebih dekat dengan alam semula jadi.

Rumah yang sejuk dan selesa bukan mustahil untuk dicapai, walaupun dalam cuaca panas. Apa yang penting ialah memahami punca kepanasan dan mengambil langkah proaktif untuk mengurangkannya. Dari perlindungan sinaran matahari hingga pengudaraan yang efisien, semua ini mampu memberikan keselesaan maksimum buat seisi keluarga.

Sumber: Roots Of Science

Baca artikel lain juga: Cuaca Panas Lebih 32 Darjah Celsius, 5 Tip Jimat Elektrik Terutama Guna ‘Aircond’

Tak Ada Aircond, Ini Cara Nak Sejukkan Ruang Dalam Rumah

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

https://youtube.com/shorts/jOy1tIHGZY8

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI