Tidak dinafikan, pelbagai warna yang berada disekeliling diri kita memberikan erti serta mempunyai makna yang tersendiri istimewa buat diri anda sendiri. Selain bagaimana warna ini melambangkan identiti dan keperibadian diri kita, sudah semestinya ia jua mengambarkan luahan isi hati serta perasaan anda. Malah, ada juga dikalangan kita yang sering kali terhenti sejenak untuk merenung apa yang dianggap penting dalam kehidupan kita, namun begitu warna juga merupakan komponen yang teras bagi kesejahteraan diri dan bagaimana kita mendefinisikan jati diri kita.

Terbaharu, jenama syarikat pengeluar cat terkemuka tanah air iaitu Jotun (Malaysia) Sdn. Bhd. kini telah melancarkan Koleksi Warna Global miliknya untuk tahun 2023, yang menggangkat tema Stories sebagai pilihan berlansung di The Paper, APW Bangsar.

Untuk maklumat anda, aneka rona dan tema yang diperkenalkan telah dirumus khas untuk membuahkan ambien serba kreatif di ruang kediaman anda, di samping membekalkan pengguna peluang untuk mendefinisikan diri mereka melalui pelbagai trend warna yang baharu. 21 warna yang dibawakan bersifat abadi dan tidak berpandukan trend semata-mata, pemilihannya dibuat atas dasar sifat positif, keluhuran dan versatilitinya. Dengan caranya sendiri, ia menyuntik elemen keceriaan pada mahligai idaman kita.

Kembali Beralih Kepada Warna Natural & Pastel, JOTUN Telah Menampilkan Koleksi Terbaharu, Majestic Sense Yang Didatangkan Dengan Varian Trend Warna Tahunan 2023

Warna membolehkan kita meluahkan buah fikiran, emosi dan tindakan – ia merupakan sebahagian daripada kehidupan kita dan menjadi asas kepada ruang kediaman yang dihuni. Sementara gaya hidup dan keutamaan kita berubah seiring dengan masa, kita sering cuba menyelami diri untuk memahami teras dan matlamat diri kita, dan renungan ini lazimnya mengambil tempat di rumah; di mana kita berasa selamat, di mana kita memperbaiki diri, dan di mana kita mencorak cerita-cerita yang mendefinisikan diri kita. Kami telah menimba inspirasi untuk memperkenalkan #JotunColourStories kerana dalam perniagaan yang melibatkan warna ini, kami sedar bahawa sebuah rumah yang dihiasi dengan warna-warna yang bersifat abadi, luhur dan serba kaya, ia secara tidak langsung dapat mempengaruhi kesejahteraan diri kita, di mana minda, jiwa dan raga kita disuburkan dan saling dihubungkan.

 Dengan pelancaran Koleksi Warna Global 2023, kami telah menghasilkan aneka warna yang dapat membantu anda meneroka serta kongsikan kisah unik anda menerusi kediaman yang anda huni. Bukan itu sahaja, kami juga berbesar hati untuk berganding bahu dengan Jun Ong, Pengasas Bersama POW Ideas, dan Ee Soon Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Art Printing Works (APW) bagi inisiatif mentransformasi ruang APW untuk mempamerkan #JotunColourStories kepada warga umum.” ujar Pengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen.

Kembali Beralih Kepada Warna Natural & Pastel, JOTUN Telah Menampilkan Koleksi Terbaharu, Majestic Sense Yang Didatangkan Dengan Varian Trend Warna Tahunan 2023

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif APW, Ee Soon Wei berkongsi, “Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Jotun dan POW Ideas dalam penggunaan ruang ini dengan matlamat untuk memberi warna sebuah nafas di samping merangkap sebuah cerita. Dari saat anda melangkah masuk, anda dapat mengamati sebuah dunia yang diisi dengan sebuah tema dan cerita. Kami telah mengambil ilham daripada visi Jotun untuk menukilkan sebuah cerita menggunakan warna dan cat ditujukan kepada rakan-rakan kongsi Jotun dan warga umum, dan kami ingin melakukan yang terbaik untuk bantu merealisasikan #JotunColourStories.”

“Setelah kami mendapat tahu yang Jotun ingin meluahkan sehimpun cerita menggunakan warna dan cat di sebuah ruang fizikal, kami sedar bahawa ia merupakan satu idea yang patut diterokai. Kami selalu mendahagakan idea-idea baharu serta kolaborasi untuk membantu pelbagai jenama menukilkan cerita mereka kepada audiens masing-masing. Selepas beberapa sesi perbincangan, kita telah bantu menghiasi ruang APW untuk merangkapkan sebuah cerita yang istimewa. Kami telah berhasrat untuk mempamerkan bagaimana setiap tema warna adalah berbeza dari satu sama lain, setiap tema tersirat dengan ceritanya yang tersendiri – satu untuk minda, satu untuk raga, dan satu untuk jiwa. Kami berbangga dengan hasilnya dan berharap orang ramai yang mengunjungi ruang ini dapat mengamati sendiri suasananya dengan #JotunColourStories,” sebut Pengasas Bersama Pow Ideas, Jun Ong.

IKLAN

Kembali Beralih Kepada Warna Natural & Pastel, JOTUN Telah Menampilkan Koleksi Terbaharu, Majestic Sense Yang Didatangkan Dengan Varian Trend Warna Tahunan 2023

Dengan Majestic Sense yang baru sahaja diperkenalkan oleh Jotun ini, elemen kecantikan dan juga kesihatan bakal menjadi pelengkap mahligai idaman anda. Cat interior bertaraf premium ini dirumus khas dengan teknologi inovasi yang membolehkan membekalkan tahap kualiti udara yang bersih di ruang dalam rumah anda di samping mewujudkan ruang yang lebih selesa untuk didiami. Majestic Sense juga tidak berbau, berketahanan lama pada permukaan dinding, menghilangkan cela serta membuat dinding rumah anda kelihatan lebih sempurna dan menawan dengan kemasannya yang serba halus.

Daripada 21 rona yang dipersembahkan dalam Kad Warna tahun ini, 9 merupakan ahli baharu dalam koleksi Jotun. Makmal teknologi warna Jotun menerusi kerjasama dengan Larsen dan pasukannya, telah membangunkan sebuah pelet warna unik yang mencakupi warna-warna neutral serba suam, hijau natural yang mendamaikan, serta warna merah yang diperkayakan antara lainnya.

Warna-warna baharu ini telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan, bersama rona-rona yang sedia ada daripada Jotun untuk menghasilkan tiga koleksi warna yang dipadankan dengan sempurna. Koleksi-koleksi unik ini merangkap mood dan corak ekspresi yang pelbagai, justeru membolehkan pengguna menggandingkan aneka rona yang bersifat komplementari dan berkontras dalam setiap koleksi. Langkah ini membantu menghasilkan interior serba koheren yang menggambarkan sebuah cerita mengenai kediaman tersebut berserta penghuninya. Larsen dan pasukan beliau menilai mood dan minda individu, kota, dan juga masyarakat di serata dunia. Ketiga-tiga tema ini mencerminkan salah satu penemuan yang penting serta kecenderungan sosiobudaya masa kini. Keheningan dalam kesederhanaan, kenaiman alam semula jadi, dan nostalgia sebuah kehidupan.

Tambah beliau, “Bagi kebanyakan kita, peranan kediaman kita dan apa yang kita inginkan daripadanya telah berubah mutakhir ini. Sebelum ini, ia berfungsi sebagai tempat berlindung di mana kita pulang dan berehat, tapi memandangkan kini kita lebih meluangkan masa di rumah, maka apa yang kita inginkan daripadanya juga turut berubah. Rumah kini telah menjadi wadah untuk bekerja, bermain, berehat, dan berhubung. Koleksi Warna Global baharu oleh Jotun menyedari kenyataan ini dan ingin menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kediaman mereka sebagai cerminan kepada apa yang mereka pentingkan. Untuk memilih warna yang dapat memberi mereka inspirasi, biar untuk apa jua tujuan. Untuk berhenti sejenak dan turunkan kreativiti dari hati. Tiga tema warna tersebut ialah:

SERENE PRESENCE                                                   Warna-warna yang halus, pastel selembut bayu, hijauan yang subur.

IKLAN

Kembali Beralih Kepada Warna Natural & Pastel, JOTUN Telah Menampilkan Koleksi Terbaharu, Majestic Sense Yang Didatangkan Dengan Varian Trend Warna Tahunan 2023

Memfokuskan konsep minimalis dan kesederhanaan, pelet ini telah dirumus untuk gaya hidup yang jernih dan bebas dari kekusutan. Warna-warnanya serba lembut lagi halus, mewujudkan suasana ala spa yang dapat membantu anda kekal tertumpu.

NATURAL GROUNDED                                                Tona bumi yang suam, hijauan malap, warna-warna kuning dan jingga yang lembut.

Kembali Beralih Kepada Warna Natural & Pastel, JOTUN Telah Menampilkan Koleksi Terbaharu, Majestic Sense Yang Didatangkan Dengan Varian Trend Warna Tahunan 2023

Warna-warna dalam pelet ini membina titian ke alam semula jadi, selain memberi sentuhan ala kehidupan di desa serta menonjolkan kecantikan dan karakter yang dianggap “tidak sempurna”. Rona-rona landskap yang mendamaikan ini ideal untuk melahirkan estetika umpama sebuah rumah kebun, atau memetik gambaran sebuah desa yang terletak di pusat bandar.

IKLAN

CURATED LIVING                                                     Merah yang bersofistikasi, rona natural bak galeri, sentuhan warna biru.

Kembali Beralih Kepada Warna Natural & Pastel, JOTUN Telah Menampilkan Koleksi Terbaharu, Majestic Sense Yang Didatangkan Dengan Varian Trend Warna Tahunan 2023

Gandingan yang sempurna antara tona berbaur nostalgik serta warna-warna kontemporari, pelet yang bersifat abadi ini sempurna untuk mewujudkan suasana ala galeri di rumah anda. Ia memadankan elemen tradisional dan moden yang kondusif bagi ekspresi kreatif diri anda.

Sejajar dengan hasrat untuk mengisi jiwa, raga, dan minda orang ramai, Jotun akan menghoskan sebuah sesi kebersamaan selama sebulan dari 3 November hingga 4 Disember di The Paper, APW Bangsar di mana pelawat boleh mengunjungi ruang pameran bagi mendapatkan konsultasi warna daripada warga pakar kami, atau untuk memetik ilham. Anda akan disajikan dengan persembahan muzik oleh artis tempatan, bengkel membuat wangian untuk melengkapi warna kediaman anda, dan sesi perkongsian untuk membantu anda menggubah ruang kediaman yang diidamkan.

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Kembali Beralih Kepada Warna Natural & Pastel, JOTUN Telah Menampilkan Koleksi Terbaharu, Majestic Sense Yang Didatangkan Dengan Varian Trend Warna Tahunan 2023

Baca artikel berikutnya: Temple Tree Resort Langkawi Sangat Menakjubkan, Rasai Pengalaman Bersama IMPIANA

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI