Biar Hari Raya masih jauh, kita sudah pastinya perlu membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Namun bila menyentuh soal cita rasa, pasti ada yang suka kemasan lembutnya meriah dengan corak. Tetapi ada juga yang lebih senang memilih fabrik polos. Jadi apakah kelebihan dan kekurangan kedua elemen ini buat kediaman anda? 5 alasan menarik kita bincangkan.
Kelebihan dan kelemahan pemilihan fabrik bercorak
Boleh dilaraskan pemilihan coraknya dari kecil atau besar berdasarkan saiz ruang atau konsep dekorasi. Jadi ruang kediaman anda tidak kekal bosan dan konsepnya boleh diubah-ubah. Jadi anda sudah untung dua kali di situ kerana ruang berjaya diubah moodnnya tanpa berbelanja banyak.
Ads
Perlu dipotong dengan cermat kerana sambungan yang dibuat juga hanya akan mecacatkan langsir jika tidak dibuat dengan betul. Tambahan pula jika coraknya bersambung-sambung dan terputus di kawasan yang agak ‘genting’. Kita tidak mahu jahitan langsir nampak sumbing atau bersambung-sambung. Pandai-pandailah kita menyorokkan bahagian yang disambung itu.
Payah disuai padan jika dinding anda sendiri sudah meriah dengan corak kertas dinding. Perlu berhati-hati kerana tersilap pilih akan berkecamuk ruang kediaman anda di buatnya. Kita bukan hanya memandang dari aspek corak, malah warna, saiz corak dan sebagainya.
Ads
Ads
Payah untuk dipelbagaikan terutama dibuat langsir swag dan beberapa teknik tindihan yang hanya mengganggu alur kain yang ditindih. Jadi kesan tindihan kain ini tidak akan nampak. Malah swag anda juga nampak serabut dan comot. Jadi perlu diingat bentuk langsir pilihan anda dan kesesuaiannya
Sesuai bagi kediaman yang agak minimal dan polos. Paling tidak jendela yang nampak biasa akan tampil ceria dan elegan. Jika ruang kediaman anda dihias dengan gaya scandinavian dan minimalism, molek rasanya di hari raya ini kita meriahkan sedikit dengan corak yang girang. Tidak kira flora atau geometeri asalkan ia serasi dengan kehendak konsep kediaman anda. Kelebihan ini berdasarkan perancangan teliti anda. Bukan ikut sedap mata. Apa pun nantikan edisi kedua nanti kelebihan dan kelemahan memilih fabrik bercorak sebelum anda memutuskan pilihan sempena rumah terbuka nanti.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kediaman adalah cerminan keperibadian kita, bagaimana segala susunan dekorasi, warna dan konsep yang kita pilih kebiasaannya melambangkan personaliti kita. Paling utama peletakan perabot perlu lah hadir dan berfungsi seperti yang kita inginkan. Bukan kecil atau besar sesebuah kediaman menjadi ukuran tetapi andai ia bersih, kemas dan cantik sudah semestinya membuat kita rasa tenang dan menyejukkan hati – home sweet home. Tidak kiralah rumah teres, rumah banglo mahupun rumah flat, setiap perincian yang kita pilih akan mempengaruhi mood keseluruhan rumah.
Bagi pemilik akaun FB Syuki Cuki, rumah flat tingkat 4 yang didiami bersama suaminya sejak bulan Mac 2018 ini merupakan kanvas untuk beliau berkarya. Kediaman berkeluasan 590 kaki persegi ini mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik air yang telah di’transform’ dengan baik sekali. Ruang yang terhad tidak menghalang pemilik untuk megekspresikan personaliti mereka menerusi pemilihan warna cat serta susun atur perabot. Menurut tuan rumah lagi, anggaran kos keseluruhan renovasi rumah ini tidak lebih dari RM20k.
Kerana gemarkan corak geometrik abstrak, tuan rumah memilih untuk mengecat sendiri dinding rumah dengan hanya menggunakan cat dan masking tape. Walaupun penat, tapi dapat jimat banyak wang dan masa.
Saya memilih untuk buat corak pada dinding berbanding wallpaper kerana nak pasang wallpaper perlukan kesabaran yang tinggi. Sebenarnya kalau nak buat dinding bercorak abstrak macam ni, (penggunaan) cat warna sangat jimat . Bayangkan, untuk satu rumah saya cuma guna 5 liter cat berwarna dan selebihnya cat putih..jimat kan??
Jom kita sama-sama lihat transformasi mengagumkan rumah flat PKNS ini menjadi sebuah kediaman moden yang santai.
SEBELUM
SELEPAS
Menarik kan? Kalau ada yang mahu meniru gaya cat geometrik seperti ini, anda boleh klik pada pautan video di bawah untuk tutorial step-by-step. Selamat mencuba semua!
Ni contoh sahaja taw. Cara tampal tape bergantung pd corak n kreativiti uolsss k.
Ramai alami masalah untuk menata hias atau deko rumah yang bersaiz kurang dari 1000 kaki kan? Ada juga yang kata, “Anak sorang dua boleh lah duduk rumah flat kecil ni.” Sebenarnya, kecil atau besar rumah tu, yang penting kita perlu pandai olah dan memanfaatkan setiap ruang.
Lagi satu, kalau nak mendeko rumah tak semestinya perlu guna barang-barang yang mahal. Pokoknya, perlu bijak memilih. Seperti yang dilakukan oleh Noor Hafiza Bte Mohamad ini. Rumah flat yang didiami hanya berkeluasan 805 kaki eprsegi dengan 3 buah bilik.Tapi pemilik bijak memilih perabot dan mengolah ruang. Hasilnya, kemas dan rapi.
Rumah sewa kakak kecik jer, nak jugak bagi nampak comel dan cozy
Walaupun kakak masih menyewa di shop apartment dalam masa 4 tahun ni, nak jugak rasa macam duduk kat rumah sendiri.. Nak juga biar nampak cantik pada mata kita, nak juga rasa selesa dan wangi. Kes terjebak dalam group deko la ni.
Pada mulanya kakak dan pokcik dok survey perabot terpakai, kononnya nak jimat bajet la kan. Nak beli perabot kecil, ringkas dan serbaguna (multifunction). Akhirnya kakak mula isi rumah sewa tu dengan beli perabot hotel terpakai hasil bantuan ahli dalam group ni (lupa nama adik baik). Lepastu bajet nak cat balik jadi warna putih @ shabby chic @ warna pastel. Kakak lupa yang rumah kakak takda space nak mengecat, lebih2 lagi pokcik tak boleh hidu bau cat kayu (feningg).
Merajuk jugalah kakak dengan pokcik sampai sekarang tak dicat perabut coklat itu.. sekarang dah balut dengan wallpaper kaler putih (tengok gambar side table dalam bilik tetamu).
Kenapa lah kakak tak terfikir pasal perabot IKEA. Sampailah pokcik bawak kakak buat pertama kalinya ke IKEA tahun 2014 (jakunnya kakak ?). Kakak ingat perabut IKEA semuanya mahal2.
Dari situlah terjebak laki bini dengan barang IKEA…buktinya pada gambar. Rumah kakak takda kabinet/almari besar. Sengaja taknak penuhkan rumah yang memang kecik cenonet dan supaya senang nak pindah nanti. InsyaAllah tahun depan kena pindah rumah lain. Kakak takkan pernah berputus asa untuk mencantikkan rumah kakak, sebab Rumahku Syurgaku. Peace yo..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sudah banyak artikel tentang rumah yang disiarkan oleh IMPIANA baik dari jenis teres hingga ke rumah high rise disekitar semenanjung Malaysia. Kali ini IMPIANA ingin mengajak anda untuk menjengah saudara borneo kita di negeri Sarawak yang mana mereka amat terkenal dengan pembuatan rumah panjang yang boleh memuatkan lebih daripada 10 keluarga dalam satu rumah. Jika dalam sebuah komuniti adanya ketua kampung, ketua adat dan tok batin, di rumah panjang tanggungjawabnya tergalas di bahu seorang tokoh bernama Tuai Rumah.
Rumah panjang tradisional diperbuat daripada sumber semula jadi seperti kayu,buluh dan dibina secara bertingkat di atas tanah. Lazimnya ia akan menempatkan semua ahli keluarga dalam satu rumah dan berkongsi ruang tamu yang sama dalam saiz panjang dari hujung ke hujung. Kebiasaanya, kediaman jenis ini menjadi penempatan buat suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh.
Rumah panjang tradisional dibina menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah rosak seperti kayu belian manakala binaan bumbungnya diperbuat daripada daun rembia dan apa jua jenis daun yang tebal dan tahan lasak. Untuk menampung penduduk yang ramai lantainya diperbuat daripada buluh, papan atau kulit kayu. Tangganya pula dihasilkan daripada sebatang kayu bulat yang ditakik menggunakan beliong.
Walaupun negara kita sudah memasuki zaman moden dimana pembuatan rumah juga turut mengikuti arus peradaran zaman, begitu juga dengan rumah panjang, hari ini sudah ada rumah panjang moden tetapi senibinanya kekal sama seperti tradisional. Sepertimana perkongsian yang dibuat oleh seorang pemilik laman sosial iaitu Andrewson Luat Jantai yang mana beliau telah berkunjung ke salah satu rumah panjang moden yang terletak di daerah Bintulu, Sarawak.
Senibinanya diperbuat daripada batuan konkrit dengan hiasan dalaman yang moden. Seperti contoh, penggunaan kipas elektrik dihadapan setiap bilik keluarga, sofa dan dapur moden. Terdapat seramai 33 keluarga yang mendiami rumah panjang tersebut.
IMPIANA paparkan untuk anda beberapa rumah panjang moden untuk kita ketahui dengan lebih luas salah satu khazanah budaya berbilang kaum yang ada di Malaysia.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.