Masih lagi bercakap soal rumah terbuka. Mungkin ada di antara kita yang mahu mengadakan jamuan rumah terbuka untuk teman-teman lama atau rakan-rakan di FB. Apa pun pilhan anda, perancangan awal perlu kita rangkakan. Adakkah perlu kita menggunakan kelengkapan party seperti pinggan mangkuk plastik atau penampilan elegan dengan menggunakan koleksi pinggan mangkuk kita. Tetapi kena fikirkan siapa pula yang bakal mencucinya? Konsep Inggeris Kotej menjadi pilihan kita.
Mungkin nostalgia kita bermian masak-masak dahulu boleh kita ungkapkan dalam konsep rumah terbuka. Minum petang di taman. Taman itu mungkin juga boleh dibuat di dalam kediaman.
Asal jangan sampai mabuk bunga sudah. Jamuan rumah terbuka @ high tea lebaran boleh anda hias ruang dengan hiasan ala english kotej. Simple, reuse dan kreatif.
Ads
Perhatian dekorasi ala kedesaan atau kotej inggeris boleh diterjemahkan dengan produk vitaj atau barangan lama ala Inggeris yang diguna pakai. Bekas bunga atau sudu garfu mungkin boleh ditempatkan dalam bekas balang lama atau teko.
Tidak salah jika anda memilih pelbagai pinggan mangkuk pelbagai corak asalkan mempunyai corak bunga vintage. Piring tingkat, set teh, balang manis-manisan antara barang wajib ada. Begitu juga pelbagai perisa teh juga boleh disajikan sebagai satu kelainan.
Ads
Ads
Jadi rakan-rakan wanita boleh bergaya dengan baju kurung lama atau berbunga-bunga dan lain-lain aksesori sebagai satu pengisian tema.
Manakala jika lelaki jika ingin bergaya kenakan sahaja baju melayu pastel yang mengasyikkan. Simple, sweet pastel menjadikan penampilan rumah terbuka anda cukup menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai guru sekolah, itu tidak menghalang Cikgu Saiful Bahrin daripada mencurahkan idea kreatifnya terhadap dekorasi dalaman di kediamannya yang terletak di Taman Kurau Lestari, Perak. Pemilik yang tinggal bersama isteri dan dua orang anak dalam kediaman jenis Semi-D, mempunyai keluasan 1100 Sqft akan bertukar tema dekor setiap dua tahun. Ini disebabkan oleh minatnya yang amat mendalam terhadap dekorasi kediaman. Sebelum ini IMPIANA pernah memaparkan Dekorasi dapur En. Saiful Bahrin yang dibina hanya dengan modal RM 500 [klik sini untuk artikel lengkap] kali ini kita lihat pula dekorasi yag di hasilkan diruang tamu pemilik.
Keseluruhan, asal kediaman ini mempunyai 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Namun, selesai renovasi kediaman moden glam ini hanya mempunyai 3 bilik tidur dan 1 bilik air. Satu bilik telah diubah menjadi ruang surau dan sebagai tambahan, pemilik membina loteng,
“Dua tahun lepas, saya memilih konsep industrial indoor dan pada tahun ini saya cuba untuk mengikuti trend terkini dengan memilih tema modern glam dengan perincian wainscoting dalam menghias dinding di rumah saya”, jelasnya.
“Agak sukar untuk memastikan kediamana ini sentiasa dalam keadaan kemas memandang saya mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. Sebagai langkah proaktif, saya dan isteri akan mengemas rumah terlebih dahulu sebelum tidur dan pergi kerja.” Tambah pemilik
Bagi mengatasi pembaziran, perabot lama yang tidak bersesuaian dengan tema atau tataman konsep baru akan di jual. Hasil jualan, digunakan pemilik sebagai modal untuk membeli perabit baru yang bersesuaian. Masa yang diepruntukkan untuk renovasi kediaman ini adalah satu bulan dengan bantuan pelajar jurusan vokasional di bawah bimbingan pemilik. Tugas-tugas renovasi dilakukan diluar waktu belajar. Melihat kepada pilihan warna, pemilik menggabungkan warna kelabu sebagai ronan utama yang dipadukan dengan lantai vinyl membangkitkan lagi seri. Selain pencahayaan dari lampu siling, sebagai tambahan beberapa biji floor lamp dan table lamp turut digunkan untuk memperincikan lagi setiap sudut.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Melangkah masuk ke kediaman yang telah dihuni hampir empat tahun ini, eksperimentasi pelbagai jenis konsep cuba diterapkan pada setiap aspek dekorasinya. Tiada spesifikasi konsep tertentu kerana pemilik lebih selesa menghias kediaman dengan gaya eklektik dan lebih gemar menghias kediamannya mengikut cita rasa sendiri berdasarkan apa yang beliau gemari. Jom kita lihat hasil dekorasi Puan Suzana Ahmad. Segala-galanya dilakukan sendiri tanpa mengupah interior designer.
Konsep kediaman ini lebih bergaya eklektik. Saya tidak ada dan tidak terlalu mengikut konsep tertentu. Jika dilihat, dekorasi kediaman ini lebih kepada mix contemporary, ia memiliki sentuhan daripada kebanyakan negara Asia seperti Indonesia, India, Kemboja, serta sedikit esen oriental. Saya juga suka menerapkan gandingan konsep East and West, luxe and affordable, wood and steel pada setiap aspek dekorasi kediaman ini”.
Dari segi pemilihan perabot pula, meskipun ia tampak unik dan berbeza, namun hakikatnya kebanyakannya hanya dibeli di Malaysia seperti di Bauhaus, Urban Culture, Art Inspired, SSF dan sebagainya. Apa yang penting adalah ketika membeli sesuatu perabot mahupun barang-barang, perlu bijak memilih dan perlu tahu susun atur yang sesuai dan tepat,” jelas Suzana panjang lebar.
Ketika penulis bertanyakan mengenai gaya dan cara beliau dalam menghias dekorasi kediaman kerana beliau nyata mempunyai sentuhan tersendiri, serta bijak bermain dengan susun atur dan pemilihan perabot bagi menghiasi sudut kediaman, pemilik menambah;
Setiap orang mempunyai gaya tersendiri dalam menghias rumah. Bagi saya, saya suka membeli sesuatu mengikut cita rasa dan apa yang saya gemari kemudian baru disesuaikan dengan susun atur dan suai padan mengikut keseluruhan konsep. Berbanding menentukan konsep dari awal. Sebagai contoh, saya membeli meja kopi pada ruang tamu ini terlebih dahulu, kemudian barulah dipadankan dengan sofa, kerusi kayu dan elemen-elemen lain bagi melengkapkan ruang ini,” jelas Suzana yang memiliki bakat semula jadi dalam menghias dan turut menjadi pengatur hiasan dalaman secara separuh masa.
TRANSFORMASI RUANG PATIO
Selain itu, keistimewaan kediaman ini apabila ruang santai yang menempatkan bench dan lantai parquet menjadi ruang kegemaran seisi keluarga mahupun tetamu yang datang berkunjung. Ruang ini pada asalnya merupakan ruang patio namun pengubahsuaian dilakukan bagi memberi lebih keluasan pada ruang tamu utama serta memaksimumkan pencahayaan dengan penambahan tingkap kaca yang besar dan luas. Bukan itu sahaja, kolam air sengaja dibina sebagai water feature bagi menghasilkan elemen bunyi jatuhan air untuk wadah halwa telinga manakala kehadiran dedaunan hijau pula cukup menyejukkan pandangan tatkala berada di ruang ini, sekali gus mencetuskan suasana bagaikan berada di resort peranginan. Transformasi ruang ini nyata berbaloi apabila ia berjaya menambah keluasan dan mencipta suasana yang diimpikan.
DOMINASI LUKISAN, BINGKAI GAMBAR DAN ARCA
Ketika memerhatikan jenis hiasan yang ada pada kediaman ini, pemilik nyata berjiwa seni, menghargai karya seni yang penuh nilai artistik. Justifikasi ringkas, apabila hasil kerja seni seperti bingkai lukisan, bingkai gambar dan hiasan arca jelas mendominasi dekorasi pada kediaman ini. Kebanyakannya dipamerkan pada dinding serta sudut-sudut tertentu seperti laluan tangga, ruang menonton televisyen, ruang tamu, dapur mahupun hiasan arca sebagai feature wall di bilik tidur utama.
Kini, setelah hampir empat tahun kediaman ini dihuni, pemilik ternyata puas dengan dekorasi yang diserlahkan dengan cita rasa sendiri. Apa yang pasti pemilik sememangnya memiliki sentuhan unik dan tersendiri dalam mengekspresikan kreativiti serta menentukan dekorasi kediaman untuk keselesaan keluarga.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rela korbankan bilik, untuk dapatkan ruang dapur yang luas. Inilah cita-cita setiap wanita. Ruang dapur yang luas adalah satu kepuasan. Mengenali wanita jelita ini lebih dari 13 tahun yang lalu, membuatkan tidak pernah jemu mendengar inspirasi pereka hiasan dalaman ini. Memiliki sebuah syarikat ID iaitu VSQ Interiors memberi peluang untuk dirinya berkarya untuk kediaman pelanggan yang semestinya berpuas hati dengan hasil kerja beliau.
Shini Raman,45 tahun yang menetap lebih 9 tahun di salah sebuah Kondominium di Pantai Hill Park, Bangsar ini telah menawan hati sesiapa sahaja yang datang kekediamannya. ” Tiga kali dah I buat renovation dekat dalam rumah ni, last I buat masa second PKP baru-baru ni”, kata Shini.
Ruang dapur terbuka impian Shini kini menjadi realiti.
Open, Modern & Luxury konsep menjadi pilihan utama Shini dalam kediaman milik beliau dan suami. Baginya ia lebih sukakan konsep yang terbuka dan kurang pembahagi di dalam rumah. Ini kerana beliau selalu menjemput sahabat handai untuk datang ke rumah. Baginya keluasan dan kebebasan untuk menjemput tetamu yang lebih dari 15 orang ini memerlukan ruang yang luas dan selesa untuk rakan-rakan selesa dalam satu masa yang sama.
Asal kediaman ini mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. Apa yang Shini lakukan untuk memiliki keluasan dapur yang luas dan selesa ini ialah dengan mengorbankan satu bilik tidur. Kini hanya dua bilik tidur sahaja yang dikekalkan bersama satu tandas yang dijadikan sebagai tandas untuk tetamu dan juga bilik tetamu.
Menariknya pelan lantai kediaman Shini apabila siap renovasi ini ialah ruang tamu dan dapur kering beliau serta ruang patio yang cukup luas dan selesa ini nampak seakan sekata dan selari dalam elemen dekorasi. Pemilihan set perabot yang minimal membuatkan setiap ruang mempunyai keselesaan yang tersendiri.
Sistem pengudaraan yang bebas dalam ruang kediaman ini membuatkan asyik dibuai deruan angin sepoi-sepoi bahasa tak kala berada di dalam ruang tamu, patio mahupun di kabinet pulau yang dibina oleh Shini ini.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.