Bila sebut soal warna, lainorang lain pendapatnya. Lain orang lain pula cita rasanya. Ada yang sukakan warna lantang agar ruang nampak gah , memukau dan melambangkan kekuasaan.
Ada yang lebih sederhana. Ruang mahu dilihat tenang dan memberi keseimbangan antara warna, perabit dan pencahayaaan. Biru muda, antara warna yang popular di kalangan peminat seni hias dalaman yang telah berkembang pesat sejak kebelakangan ini.
IKLAN
BIAR KONSEP MODEN ATAU KEDESAAN, BIRU MUDA TETAP MENYERLAHKAN KEINDAHAN RUANG PILIHAN KITA.
IKLAN
Inspirasi biru muda ini bleh kita lihat di alam semesta. Contoh terbaik pada langit dan samudera. Biru dan putih merupakan padanan yang tidak pernah menghampakan. Bahkan celedon dan procelin juga antara inspirasi yang boleh anda ambil. Kini banyak pereka, syarikat cat dan pelbagai lagi mengambil inspirasi biru muda dari pelbagai medium termasuk denim dan sebagainya.
IKLAN
Bagaimana kita boleh menghidupkan warna ini?
Pencahayaan – selalunya rona biru muda sudah semua jadi lembut. Jadi anda yang mempunyai cahaya semula jadi yang agak terik di ruang kediaman, molek ditapis dengan sheer curtain agar suasana lebih rileks dan segar.
Pencahayaan putih juga mampu menyerikan suasana dan pada masa yang sama menyerlahkan nilai elegan ruang. Cahaya putih dari lampu fluorecent dan jenis yang sama dengannya mampu memberi nilai estetika berbeza pada waktu malam.
Aksesori – Banyak jenis akesori yang boleh anda pilih terutama bagi menambah seri atau nilai estetika pada ruang. Anda boleh memilih porcelin cina, atau hiasan jubin dari Agra India atau Turki jika memilih tema Asia dan sezaman.
Anda juga boleh jubin Belanda bagi yang mahukan jaga kolonial atau kotemporari . Atau sekadar balang jernih rona biru muda yang banyak dijual kini yang sesuai dipadankan dengan tema kampung nelayan atau ilham nautika.
Selain daripada sofa putih yang menakutkan ramai tuan rumah, anda boleh memilih kerusi katu putih atau kerusi rotan dengan warna aslinya. Ia sudah cukup cantik menjadikan ruang kediaman kita nampak berseri dan punya kepelbagaian.
Jangan bimbang jika mahu menempatkan sebuah dua perabot ala vintage yang nampak usang dimamah waktu sebagai satu kelainan. Anda boleh memilih meja konsol dan sebagainya.
Bunga-bungaan kering masih mampu menyerlahkan seri ruang kediaman anda. Malah bunga-bunga liar atau bunga yang tidak terlalu mahal sudah cukup menyerlahkan seri sudut kediaman anda.
Ambal ala serat warna natural sememangnya cantik disamping permaidani rona khakis yang mampu memberi satu kepuasan pandang.
Throw cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Kini terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen tabur ini malah rambang mata apabila memilihnya di gedung-gedung dekorasi. IMPIANA bawakan tip bagaimana berguna untuk anda bagi memanjangkan hayat aksesori ini agar sentiasa kelihatan baru.
1. Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2. Pastikan kawasan laluan zip kusyen anda tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
4. Jika anda menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
5. Jika sarung kusyen anda menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Setelah menghabiskan lebih banyak masa di rumah sepanjang wabak ini, banyak rakyat Malaysia didorong untuk berkebun dan mengasah bakat dalam bercucuk tanam. Ini bukan hanya trend baru-baru ini, kerana adegan berkebun dan hortikultur di rumah telah terus berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sama ada tanaman estetik atau sayur-sayuran yang boleh dimakan, lebih ramai rakyat Malaysia telah menyedari pentingnya tanaman di tempat tinggal mereka.
Oleh kerana minat yang semakin meningkat ini, Plantonic yang berpangkalan di Singapura telah melancarkan produk revolusinya di Malaysia untuk kepentingan tukang kebun dan juga mempunya tanaman. Plantonic adalah baja organik 4 dalam 1 pertama di dunia yang direka tidak beracun. Selain bertindak sebagai penyegar baja dan tanah, produk ini juga berfungsi sebagai penghalau perosak secara semula jadi, mencegah jangkitan kulat dan meningkatkan imuniti tanaman.
Dengan slogan: “Rawat Alam Dengan Alam Semula jadi”, Plantonic hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang membantu memberi khasiat tanaman, mengelakkan penggunaan bahan kimia beracun yang terdapat dalam produk baja biasa. Ini menjadikannya selamat untuk sayur-sayuran yang boleh dimakan, dan juga selamat untuk kanak-kanak dan haiwan.
Eric Tan, CEO and Founder of Plantonic
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Plantonic, Eric Tan mengatakan bahawa beliau mendapat inspirasi untuk membuat produk tersebut setelah bercakap dengan petani di negara-negara seperti Vietnam, Thailand, Indonesia, China dan Romania. Melalui pemerhatian dan perbincangannya dengan petani ini, Eric mendapati bahawa banyak dari mereka memiliki formula rahsia mereka sendiri untuk menjaga tanaman agar tetap sihat, diturunkan dari generasi ke generasi.
“Saya memutuskan untuk menggabungkan pengetahuan ini dari petani dengan prinsip Ayurveda untuk mengembangkan Plantonic, untuk membuat produk yang menghindari penggunaan bahan kimia berbahaya. Bahan-bahan semula jadi ini telah digunakan selama berabad-abad oleh orang-orang di seluruh dunia untuk mempromosikan penyembuhan – dan saya percaya tumbuh-tumbuhan dan tanaman adalah seperti makhluk hidup juga, yang memerlukan penjajgaan yang rapi dan baik dari alam semesta, ”tambah Tan.
Bahan utama produk termasuk:
• Shilajit: Bahan yang terbentuk dari penguraian tanaman yang biasanya dijumpai di pergunungan Himalaya, shilajit sering digunakan dalam pengobatan Ayurveda dan mengandung sifat antibakteria semula jadi.
• Rumpai laut: Kaya dengan nutrien seperti magnesium, kalium, zink, besi, dan nitrogen, rumput laut terbukti dapat merangsang pertumbuhan tanaman
• Akar Ginseng: Ciri umum dalam perubatan tradisional, akar ginseng juga membantu meningkatkan sistem imun tanaman
• Pengupas buah: Terdiri dari nutrien-nutrien tanah yang menghidupkan semula seperti potasium, kalsium, fosforus, dan natrium, kulit buah bertindak sebagai baja semula jadi yang berkesan
• Ekstrak biji: Dengan sebatian antimikroba, ekstrak ini membantu tanaman menangkis jangkitan
• Daun teh: Asid tanik yang terdapat dalam daun teh membantu meningkatkan kualiti tanah
Disediakan dalam botol penyembur serbaguna, Plantonic juga merupakan cara mudah untuk memastikan tanaman menerima semua nutrien yang diperlukan untuk tumbuh dengan baik. Dengan spritz yang sihat seminggu sekali untuk tanaman rumah yang lebih kecil, dan dua kali seminggu untuk tanaman yang lebih besar, produk ini memberi pengguna kaedah mudah mengurus kebun rumah mereka. Pembungkusan produk ini seterusnya memungkinkan penyimpanan penjimatan ruang – kebaikan bagi penghuni pangsapuri yang mempunyai ruang simpanan minimum di kediaman mereka.
(Kiri atas) Inch Lim, pereka landskap pemenang anugerah; (kanan atas) Davina Goh, penyokong dan penggiat gaya hidup berasaskan tumbuhan; (kiri bawah) Melissa Tan, penyokong model dan kelestarian; dan (kanan bawah) Eric Tan, CEO dan Pengasas Plantonic pada sesi pelancaran media maya Plantonic baru-baru ini di Malaysia
Untuk menandakan kedatangannya di Malaysia, Plantonic menyumbangkan botol Plantonic ke Tropical Spice Garden (TSG) di Pulau Pinang. “TSG, adalah ciri khas pergerakan hortikultur tempatan yang unik dan penting. Amalan lestari TSG menyuarakan komitmen Plantonic terhadap alam, jadi kami lebih senang menyokongnya, “kata Tan mengenai sumbangan itu.
Terletak di Teluk Bahang, TSG adalah hutan sekunder seluas 8 hektar yang menampung lebih dari 500 jenis flora dan fauna. Taman ini adalah salah satu tempat pelancongan eko pertama di Pulau Pinang, dan berfungsi sebagai muzium keanekaragaman hayati bagi pengunjung tempatan dan antarabangsa.
Pereka landskap Malaysia yang memenangi anugerah, Inch Lim, lelaki yang merancang TSG, memuji sumbangan itu. Bercakap pada pelancaran media Plantonic baru-baru ini, Lim menambah, “Saya lebih senang menyambut Plantonic ke Malaysia. Dengan pendekatan semula jadi dan eko-sedar syarikat untuk mengusahakan tanaman, saya percaya bahawa ia akan menjadi tambahan yang baik untuk pemandangan hortikultur Malaysia. “
Penceramah tetamu lain di pelancaran maya, model dan penyokong kelestarian Melissa Tan menekankan pentingnya membuat pilihan hijau dapat diakses oleh khalayak yang lebih luas. Dia menambahkan, “Baja kimia menyebabkan banyak bahaya alam sekitar dan merosakkan tanah. Kita harus mengeluarkannya dari persamaan dan kembali kepada penyelesaian semula jadi. “
Turut hadir dalam pelancaran tersebut adalah penyokong gaya hidup hijau dan pelakon Davina Goh, yang berkongsi pendapatnya. “Sebagai pelajar Diploma Penyembuhan Diet, penting bagi saya bahawa semua produk yang saya gunakan tidak beracun, terutama pada sayur-sayuran dan produk segar saya yang lain. Saya rasa kenyataan bahawa sangat mudah digunakan menjadikannya produk yang bagus untuk mereka yang baru berkebun seperti saya, ”katanya.
Dalam 1 hingga 2 tahun ke depan, Plantonic ingin memperluas kehadirannya di Eropah, Thailand, Indonesia, China, dan Amerika Syarikat. Plantonic akan tersedia di Hong Kong pada bulan September 2021.
Plantonic kini boleh didapati di Malaysia di platform e-dagang seperti Shopee (www.shopee.com.my/plantonic.os) dan Lazada (www.lazada.com.my/shop/plantonic). Peminat berkebun rumah yang gemar juga harus memerhatikan jenama 9.9 yang akan datang. promosi di platform ini.
Nak mengilap lantai dengan cara tradisional memang la menyusahkan dengan nak angkat baldi nak perah lagi dan sebaginya. Guna penyapu dan vakum pun tak jalan, apa kata pakai mop RM15 ni.
Square mop bukan digunakan untuk keringkan air atau berfungsi sebagai mop lantai tradisional tu ye. Ia adalah untuk menyapu habuk-habuk halus dan rambut yang tidak dapat diselesaikan oleh penyapu atau vakum. Sebab tu,kalau nak lebih efektif, pilih kepala mop yang diperbuat daripada microfiber, dengan ni kerja lebih mudah dan cepat bila mengemas kediaman anda.
Mudah bukan bila ada mop moden macam ni. Kesian mak-mak kita dulu kena mop lantai susah-susah sampai sakit otot. Tapi kini dengan peralatan ini semua kerja jadi mudah dan cepat.
Mengilap lantai ini sebenarnya harus dilakukan setiap hari waktu pagi, ini akan membuatkan kerja rumah anda lebih mudah dan cepat. Lantai yang bersih akan membuatkan habuk susah untuk melekat. kalau nak tunggu seminggu sekali pasti boleh tulis nama di lantai.
Perkara paling penting guna bahan pencuci yang terbaik untuk kediaman anda. Agar lebih bersih dan terjamin. Elakkan dari menggunakan bahan pencuci kimia ini akan memudaratkan kesihatan pemilik rumah.
Kenal pasti jubin yang anda gunakan tidak semua bahan pencuci sesuai untuk permukaan lantai. Jika tersalah pilih mungkin akan merosakan permukaan jubin kediaman anda.
Atau nak lebih mudah dan lebih berkesan gunakan suquare mop yang dilengkapi dry atau wet sheet. pakai buang. Dulu, mop lantai jenis ni agak mahal. Tapi kalau beli di Shopee harganya tak sampai RM15 pun. nak beli, boleh tekan link ni https://invol.co/cl6vykb
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...