Kediaman teres dua tingkat milik Faizul & Shikin ini tampil dengan garapan indah oleh pemiliknya.Menerapkan Muji Japandi Modern Concept sesuai dengan cita rasa dan gaya hidup pemilik.

Kediaman Muji Japandi Modern Concept Praktikal & Memberi Impak Healing

Kediaman Muji Japandi Modern Concept Praktikal & Memberi Impak Healing

Kediaman Muji Japandi Modern Concept Praktikal & Memberi Impak Healing

Kediaman Muji Japandi Modern Concept Praktikal & Memberi Impak Healing

“Saya seorang surirumah jadi kesibukan menguruskan hal seharian menjadikan keinginan untuk memiliki ruang kediaman yang minimalis, praktikal dan boleh memberi impak ‘healing’ di samping boleh meluangkan masa bersama anak-anak tanpa pengawasan dan tak perlu mengeluarkan sebarang bajet. Minat terhadap dekorasi yang penuh tekstur, perincian dan arca, maka saya terapkan kepada hiasan dalaman rumah,”jelasnya.

Kediaman ini menggunakan elemen kayu dan permainan warna beige,putih, neutral bersesuaian dengan tema pilihan. Sedikit elemen industrial dan modern exclusive seperti penggunaan material marble digandingkan di sesetengah ruang dalam rumah.

Kediaman ini pada awalnya dibeli untuk persediaan hari tua kelak. Bila hari minggu balik ke rumah @ruangtenang06, sangat memberi kedamaian dengan suasana sunyi hanya kicauan burung dan bunyi keretapi ERL yang berhadapan dengan rumah.Waktu pagi yang nyaman dengan angin embun sejuk sangat mengasyikkan dan terasa tenang sekali. Tiada hiruk pikuk bunyi bising kenderaan 24 jam lalu di depan rumah.(rumah KL) sebaik berada di kediaman ini.

Proses renovasi dan hiasan dalaman

Pada tahun pertama proses renovasi bermula, banyak cabaran yang dihadapi seperti lock down bermula, kilang supplier contractor habis musnah dilanda banjir yang teruk di Shah Alam. Maka banyak penangguhan kerja renovasi yang perlu ditunggu.

“Disebabkan tempoh PKP,kami tidak boleh keluar dari Kuala Lumpur dan pantau segala kerja-kerja renovasi. Ada bahagian-bahagian yang tidak sempurna dilakukan tetapi kami terpaksa akur. Penangguhan berlaku lagi apabila kami mendapat cahaya mata ketiga,jadi terpaksa uruskan mana yang penting dahulu.

Sebelum bersalin, banyak ekspo perumahan, jualan gudang yang telah kami pergi dalam mengumpul input-input info tentang hiasan dalaman,jenis perabot, dan peralatan eletrik yang perlu,”ujar pemilik.

IKLAN

Hiasan dalaman kediaman ini dilakukan oleh Eladeko. Ia berlangsung dalam sebulan sahaja dari proses perbincangan hinggalah selesai. Ela hanya come out dengan theme concept mengikut warna kabinet,langsir yang telah kami siapkan.

60 peratus dari hiasan dalaman kediaman ini adalah sentuhan Eladeko dan selebihnya daripada pemilik sendiri. “Segala home reference dan konsep yang kami berkenan diberikan kepada Eladeko untuk mendapat pandangannya yang pakar dalam bidang hiasan dalaman sama ada bersesuaian atau tidak.

Perbincangan yang sentiasa up to date membuat pemilik sangat selesa dan meletakkan sepenuh kepercayaan dengan hasil kerja Ela. Hinggakan kerja-kerja di luar skop paperwork,team Eladeko lunaskan seperti pemasangan doorbell, pemasangan lampu luar,  terdapat elemen surprise sebagai gift iaitu dekorasi bahagian Entreeway dan pemasangan glass divider di dalam tandas bilik utama dan custom made wood bench untuk meja makan yang sesuai dengan saiz meja. Ternyata ia sangat mengujakan.

“Pada hari penyerahan kunci dari Ela (hari tour rumah) perasaan dan emosi kami bercampur dengan gembira, sedih dan bersyukur ya amat kerana hasilnya di luar jangkaan kami. Gambaran dalam mood board dan 3d drawing tidak terjangkau dengan hasil apabila di depan mata. Sangat memukau dan memberi vibes tenang, selesa dalam masa sama sangat eksklusif. Room diffuser yang digunakan oleh Eladeko juga menambahkan lagi vibes tenang.

Sebelum bekerjasama dengan Eladeko, kami telah membuat survey dengan pelbagai ID tetapi pakej-pakej yang diberikan tidak bersesuain dengan bajet kami. Jadi perasaan bersyukur setelah bertemu Eladeko tu tak dapat digambarkan. Itu adalah rezeki yang paling bermakna buat kami sekeluarga,”ceritanya.

Ruang kediaman dihias indah mengikut kesesuaian. Untuk pemilihan warna,perabot seperti sofa, meja dan kerusi makan, lampu, barang elektrik dan langsir adalah cita rasa pemilik sendiri.

Elemen hiasan dan soft furnishing adalah kombinasi Eladeko dan juga pemilik. Kebanyakan perabot adalah custom made dari Eladeko menepati saiz di setiap ruang.

IKLAN

Kediaman Muji Japandi Modern Concept Praktikal & Memberi Impak Healing

Kediaman Muji Japandi Modern Concept Praktikal & Memberi Impak Healing

Uniknya wall accent bercorak Herringbone dibuat untuk padankan dengan  meja makan dengan paten Chevron dan tona warna neutral digunakan untuk mengekalkan konsep Muji dan minimalis. Apabila cahaya pagi menerangi ruang makan ini, setiap bilah papan Herringbone menonjolkan gaya eksklusif.

Kediaman Muji Japandi Modern Concept Praktikal & Memberi Impak Healing

Kediaman Muji Japandi Modern Concept Praktikal & Memberi Impak Healing

Kediaman Muji Japandi Modern Concept Praktikal & Memberi Impak Healing

Kediaman Muji Japandi Modern Concept Praktikal & Memberi Impak Healing

IKLAN

Penggunaan elemen-elemen bertekstur yang ada di meja kopi, corak marble di Standlamp dan coffeetable, sarung bantal kecil yang diletakkan di kerusi, wall panelling di dinding TV kabinet, entreeway, di belakang Headboard memberikan gaya eksklusif dan moden dalam mengekalkan konsep Muji dan Japandi.

Memandangkan anak-anak dalam proses membesar dan lasak, material sofa yang tahan lasak seperti water resistant adalah menjadi pilihan kami. Sesungguhnya kediaman ini memberi erti kedamaian buat sekeluarga.

Kediaman Muji Japandi Modern Concept Praktikal & Memberi Impak Healing

Nama Pemilik: Faizul & Shikin

Pereka bentuk  dalaman :Inspirasi Eladeko Services & AZR Kitchen Cabinet

Jenis Kediaman :Rumah teres 2 tingkat

Keluasan kediaman:20×70 (1875sqft)

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

https://youtu.be/Rfe84tNpxVY

https://youtu.be/Rfe84tNpxVY

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI