Kediaman moden kini tidak hanya menekankan estetika semata, tetapi juga aspek praktikal dan susun atur yang memudahkan gaya hidup seharian. Di rumah pasangan Shahir dan Suraya di Setia Safiro, Cyberjaya, konsep Classic Modern Contemporary diterjemah secara sempurna melalui penggunaan bahan tahan lama, reka bentuk yang kemas dan pemilihan warna yang tenang serta ‘evergreen’.
Bila ditanya apa yang buat mereka jatuh cinta pada kediaman ini, jawapannya mudah, lokasi strategik, konsep perbandaran moden dan saiz rumah yang ideal untuk keluarga.
Setiap ruang diberi perhatian khas dengan pembinaan kabinet dan panel menggunakan solid plywood berkualiti tinggi dan kemasan laminate kayu walnut serta finishing cat semburan putih yang bersih dan elegan.
Eladeko: Dari Idea Asal Ke Sentuhan Profesional
Inspirasi dekorasi datang daripada gabungan idea mereka berdua, namun untuk menghidupkan visi itu, mereka memilih Inspirasi Eladeko sebagai pereka hiasan dalaman. Melalui perbincangan berterusan, konsep dikembangkan dan ditambah baik oleh pihak Eladeko memastikan setiap ruang kekal harmoni dengan tema dan dekat di hati pemilik.
“Kami tahu apa yang kami mahukan, tapi Eladeko bantu sempurnakan dari sudut teknikal, susun atur dan finishing,” jelas pasangan ini.
![]()
Di bahagian pintu masuk, terdapat partition lima kaki lebar dengan floating drawer curve design, ringkas tetapi memberi impak visual yang elegan. Kombinasi panel putih dan kemasan kayu walnut mengekalkan kesinambungan tema di seluruh rumah, selain berfungsi sebagai tempat simpanan minimal yang bergaya.
![]()
Reka bentuk kabinet TV setinggi siling (13.9 kaki) dengan gaya arch menjadi titik fokus utama ruang tamu. Dihasilkan daripada material solid plywood, kabinet ini disiapkan dengan finishing spray paint putih yang bersih serta rak terbuka dengan laminate kayu walnut, mewujudkan kontras lembut yang melengkapkan elemen klasik moden.
Spot Santai Cozy
Kabinet kopi sepanjang 9.6 kaki ini direka khas untuk pemilik, seorang pencinta kopi. Rekaan arch pada kabinet menambah sentuhan ‘soft curve’ yang trendy. Panel putih, bersama laminate terrazzo pada table top dan backsplash, mencipta mood santai dengan gaya kafe minimalis. Kabinet bawah dan struktur utama menggunakan finishing laminate kayu walnut, kekal dalam tona harmoni.
![]()
Rekaan Island bar bersaiz 4 x 3 kaki, lengkap dengan dua kerusi tinggi, menjadikan ia ruang santai sambil bersarapan atau berbual ringan. Diperbuat daripada solid plywood, ia mengekalkan kemasan laminate walnut agar serasi dengan coffee station. Simpel, kemas dan selesa.
![]()
Ruang Berfungsi Penuh Gaya
Satu lagi elemen menarik adalah pintu bilik air tersembunyi yang diintegrasi ke dalam wall cabinet sepanjang 7.5 kaki. Disiapkan dengan finishing kayu hazelnut, rekaan ini menyembunyikan fungsi sebenar pintu sambil mengekalkan visual dinding yang rata dan rapi.
![]()
Ruang dapur sepanjang 13 kaki direka sepenuhnya menggunakan solid plywood, dengan table top dan backsplash diperbuat daripada batu kuarza (Quartz Stone) yang tahan lama dan mudah dijaga. Unit kabinet atas dan bawah tampil dalam finishing laminate walnut, memberi suasana dapur moden.
Bahagian kabinet dobi (laundry tower) setinggi siling pula dibina seluas lima kaki, praktikal dan kemas, sesuai untuk simpanan mesin basuh, pengering serta barangan cucian.

Seluruh rumah dilapisi dengan SPC herringbone memberi tekstur elegan dan keselesaan memijak. Dinding pula dicat semula sepenuhnya menggunakan warna khas “Sense” dari Jotun, dengan aksen dinding yang menambah karakter unik pada ruang-ruang tertentu.
Keseluruhan proses renovasi mengambil masa lebih kurang enam minggu, 3-4 minggu untuk wet work dan 2-3 minggu untuk hiasan dalaman. Aspek utama yang diberi perhatian adalah kekemasan, keselesaan dan fungsi.
Antara dekorasi yang paling bermakna buat pemilik adalah bingkai “Jenan”, tempat di mana mereka pertama kali bertemu. Sentimental dan peribadi, inilah elemen yang menjadikan rumah lebih dari sekadar struktur.
Setiap inci rumah ini membuktikan bahawa dengan perancangan yang teliti dan rekaan kabinet yang sesuai, sesebuah rumah boleh tampil mewah, tersusun dan tenang walau tanpa hiasan berlebihan. Gabungan rekaan arch, tona neutral, kemasan kayu dan fungsi maksimum menjadikan rumah ini bukan sekadar cantik, tetapi menyenangkan untuk didiami setiap hari.
Mesti Baca: NABIL AHMAD Imbau Kenangan Tinggal Rumah Kampung, Pasang Niat Bina Madrasah
Baca Lagi Di Sini: Nabil Ahmad Labur RM500k Tukar Rumah Pusaka Jadi Madrasah, Realisasikan Impian Ibu
Artikel Menarik: Bapa Bina Semula Rumah Kayu Lama Bernilai RM500k Untuk Majlis Sanding Anak
Follow kami diWEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.



