Pokok cili antara yang banyak ditanam di rumah, baik dalam pasu atau di tanah. Senang nak makan, ambil saja.
Tapi masalah biasa bila tanam pokok cili adalah kena serangan bena/ulat putih. Sampai buat pokok mati.
Tak perlu guna racun kimia untuk pulihkan pokok cili yang kena masalah ini. Boleh buat sendiri semburan kawalan serangga seperti dilakukan oleh Lebai Kudin. Cuma guna dua bahan dapur saja.
Ads
Selain pokok cili boleh juga sembur pada sayuran yang alami masalah sama.
Salah satu langkah menghapuskan serangga perosak termasuklah dengan penggunaan racun. Walaupun berkesan, ia mungkin dapat mempengaruhi kesihatan kita.
Racun serangga ada yang didalam bentuk biji terutamanya ubat gegat mengandungi bahan kimia dekenali dengan nama Naftalin dan Paradiklorobenzin. Bahan kimia ini juga terdapat di dalam pewangi tandas (toilet bowl deodorizers). Kedua-dua bahan kimia tersebut mengeluarkan bau yang kuat dan susah untuk menghilangkannya.
Sekarang naftalin kurang digunakan dan digantikan dengan paradiklorobenzin yang lebih rendah kesan toksiknya. Kedua-dua bahan kimia ini boleh menyebabkan kegagalan sistem penghadaman dan sistem saraf pusat. Bagi pesakit yang seringa mengalami kekurangan enzim glukos-6-fosfat dihidrogenase maka bahan naftalin boleh menyebabkan hemolisis (gangguan sel darah).
Setiap biji ubat gegat mengandungi 250-500 mg naftalin dan boleh menyebabkan hemolisis. Tanda seperti ‘Sawan’ atau gelugut boleh berlaku jika termakan sekitar dos 1-2 gram naftalin (bersamaan 4-8 biji ubat gegat). Secara perbandingan paradiklorobenzin kurang toksik daripada naftalin. Walau bagaimanapun jika termakan lebih daripada 20g boleh menyebabkan toksik bagi orang dewasa. Paras keracunan paradiklorobenzin ialah di antara 500-5000 mg/kg.
Ada laporan mengatakan bahawa keracunan serius yang terjadi pada haiwan menyebabkan tremor dan nekrosis hati. Biasanya apabila keracunan ini berlaku kita boleh dapat mengetahui daripada kesan bau ubat gegat tersebut pada mulut dan muntah mangsa. Walau bagaimanapun sukar untuk kita bezakan antara naftalin dan paradiklorobenzin dari segi bau dan warna.
Apabila berlaku keracunan melalui mulut, jika mangsa tersebut tidak muntah haruslah diikhtiarkan muntah misalnya dengan memasukkan jari ke dalam kerongkong. Jika tidak dilakukan dengan segera dikhuatiri sawan terjadi. Bawa mangsa segera ke hospital agar rawatan perubatan selanjutnya dapat diberikan.
Lazimnya kedua-dua bahan kimia tersebut jika terkena atau tersentuh pada mata boleh menyebabkan radang dan kemerahan mata. Naftalin boleh mencederakan kornea dan penglihatan menjadi kabur. Rawatan awal ialah dengan mencuci mata dengan air bersih selama 15 minit. Jika radang berlanjutan dan masih sakit, harus segera berjumpa doktor bagi rawatan seterusnya. Sentuhan dengan kulit boleh menyebabkan melecur, tetapi gejala ini jarang berlaku. Basuh dengan air yang banyak bersama cucian sabun sekiranya terkena pada kulit.
Bilik air bukanlah ruang yang boleh diambil enteng, kerana ia juga salah satu ruang peribadi yang menjadi kegunaan untuk pemilik setiap hari. Jika menyuntik sesuatu yang indah pastinya memberi kepuasan tatkala berada di dalam ruang bilik air persendirian. Kali ini KOHLER yang tidak asing lagi terkenal dengan jenama eksklusif untuk kemasan bilik air ini mengeluarkan himpunan dengan reka bentuk yang elegan dan eksklusif.
Pemilihan moden dan minimalis dalam kemasan bilik air membuatkan kamar mandi anda akan kelihatan lebih angun dan aliran laminar semula jadi dengan aerator tersembunyi untuk membuat organik aliran air.
Apa kata memberi nafas baru dalam kamar mandi anda. Sesekali memilih kemasan bernilai untuk kepuasan dan sudah pastinya ramai yang terpegun dengan kemasan tersebut. Jom lihat himpunan KOHLER yang pastinya mencuri perhatian ramai.
1. Pilih Spout anda – Untuk sink dan mandi, pilih dari Row, reka bentuk moden dengan sudut yang tajam; Pita, sesuai dengan namanya, kerana ini memberikan penampilan pita nipis; dan Tube, gaya silinder abadi yang tidak asing lagi bagi banyak pengguna.
2. Pilih Pemegang anda – Untuk aplikasi sink, pemegang Rocker kawalan tunggal yang ramping boleh diletakkan di mana sahaja di geladak dalam jangkauan; atau untuk konfigurasi yang meluas, pilih dari pemegang Oyl; pemegang Industri moden dan pemegang Lever. Untuk aplikasi mandi pilih dari Oyl, Industrial dan Lever.
3. Pilih Kemasan Anda – Masukkan sentuhan penamat memilih dari Polished Chrome, Vibrant French Gold, Vibrant Rose Gold, Vibrant Titanium, Vibrant Modern Brushed Brass dan Matte Black. Kemasan tambahan untuk koleksi Komponen juga terdapat dalam program Finish to Order KOHLER.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai koleksi Komponen, sila kunjungi bilik pameran KOHLER terdekat anda atau lawati www.kohler.my.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Over-watering atau penyiraman berlebihan antara punca utama kematian indoor plant. Sebenarnya, ada penyelesaian lebih mudah untuk mengatasi masalah ini. Selain bekas siraman yang bukan sahaja menyebabkan lebihan air malah sisa yang mengalir keluar akan mengotorkan kediaman, apa kata anda guna trik air batu.
Menurut Jilian dari I Am a Homemaker, air batu yang mencair berupaya membekalkan siraman kepada tanaman secara beransur-ansur (slow-release). Ini menyebabkan air dapat diserap sepenuhnya oleh akar secara berperingkat dan sempurna. Tambahan, teknik ini sangat sesuai bagi penyiraman tanaman bergantung. Ia dapat memastikan persekitaran anda tidak kotor disebabkan air yang jatuh
Teknik ini paling sesuai untuk tanaman jenis berbunga seperti orkid, begonia, petunia dan sebagainya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sokong Anak Minat Bisnes 'Baking', Aeril Hadiahkan Hayla Peti Sejuk 'Chiller'. Setiap mak ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak dan menyokong apa juga minat baik mereka ingin lakukan. Malah jika berkemampuan turut memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk.