Kalau tak mahu mulut berbau petai, bolehlah cuba kunyah terung. Ramai yang suka makan petai namun dek kerana baunya yang sedikit ‘tajam’ keinginan tersebut terpaksa dipendamkan.

Petai enak dijadikan sambal petai dan masak lemak. Hanya pencinta petai sahaja yang tahu betapa nikmatnya dapat makan petai. Selalunya selepas makan petai, kita tentu akan berasa kurang selesa. Hendak bercakap pun rasa takut-takut mulut berbau petai.

Melalui perkongsian Wawa Idris yang merupakan seorang perunding imej, wanita ini berkongsi tip bagaimana untuk menghilangkan bau petai selepas menikmati hidangan menu berasaskan petai.

1.Selepas makan petai, cubalah untuk mengunyah terung yang dihiris nipis-nipis. Sama ada mengunyah sahaja terung itu atau ditelan, terpulanglah pada anda.

2. Letakkan beberapa hirisan terung di dalam tandas. Ia mampu menghilangkan bau petai yang ‘kuat’ di dalam tandas anda.

Ramai menganggap petai sebagai makanan yang paling busuk tanpa mengetahui manfaat sebenar petai kepada kesihatan dan juga kecantikan. Makanan ini sering dielakkan kerana ia mempunyai kesan sampingan pada nafas berbau dan air kencing.

Pernah tertanya-tanya mengapa petai menyebabkan bau yang busuk? Sebenarnya petai mengandungi tiga gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa.

IKLAN

Berikut ENAM khasiat makan petai:

1.AWET MUDA
Orang asli percaya bahawa makan petai membuatkan seseorang wanita itu tampak lebih muda. Tak perlulah beli ubat mahal-mahal, makan petai sahaja sudah cukup. Kandungan klorofil dalam biji-biji petai berfungsi sebagai agen antioksidan yang baik untuk kulit selain  memastikan kesegaran tubuh.

2. MENGHILANGKAN SEMBELIT
Petai juga dapat mengatasi masalah sembelit ini kerana petai mengandungi tinggi serat dan boleh membantu penghadaman dan menggalakkan pembuangan air besar. Serat dan fiber dalam petai mampu menstabilkan sistem pencernaan selain mengelakkan terjadinya sembelit, sakit perut, dan perut berangin.

3.BOLEH MENURUNKAN BERAT BADAN
Melalui satu kajian yang dilakukan oleh pihak Institut Psikologi di Austria, didapati bahawa tekanan kerja menjadi punca pengambilan makanan berlebihan. Dengan memakan petai, kita dapat mengawal badan daripada ketagih mengambil makanan berkarbohidrat tinggi. Dengan cara itu kita dapat mengatasi masalah berat badan berlebihan.

4.MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Daripada sudut kesihatan pula, kandungan kalium dalam petai  baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko strok. US Food and Drug Administration telah menyenaraikan petai sebagai sumber makanan yang mampu mengurangkan risiko tekanan darah dan strok.

5.MENGAWAL SINDROM PMS (SINDROM PRA-HAID)
Waktu pms inilah ramai wanita moody. Apa kata anda makan petai. Vitamin B6 yang terkandung dalam petai membantu mengawal atau meneutralkan paras gula dalam darah. Ia membantu wanita yang mengalami mood tidak stabil ketika berdepan sindrom premenstrual.

IKLAN

6. MENCEGAH KEMURUNGAN/STRES
Petai mengandungi tryptophan, sebatian protein yang dikonversi menjadi serotonin. Mendapatkan serotonin dapat meredakan seseorang, meningkatkan mood, dan menjadikan seseorang lebih bahagia untuk mengelakkan kemurungan.

Sumber kredit: Instagram Wawa Idris Kredit foto (top image) gambar petai: Freepik 

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

IKLAN

Kalau Tak Mahu Mulut Berbau Petai, Bolehlah Cuba Kunyah Terung

 

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI