
Istimewa IMPIANA EDISI JAN/MAC 2018 memaparkan pelbagai info, tip dan idea dekorasi untuk anda merubah wajah bilik tidur sempena tahun baru 2018. Paparan mengenaik idea pencahayaan bilik tidur, bagaimana anda menyusun atur peletakan perabot dan juga di mana ingin dapatkan produk bilik tidur berkualiti segalanya ada di dalam edisi Januari/Mac ini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bakal Dibuka Secara Rasmi Pada Januari Depan, Rasai Pengalaman ‘When Nature Meets Fun’ Di Taman Tema Air SplashMania!

Ada di kalangan anda yang sememangnya pencinta dengan taman tema air dan gemar melakukan aktiviti lasak serta menyeronokkan? Ini satu khabar gembira buat anda semua!
Sebuah taman tema air terbaru, SplashMania di bawah kendalian dan projek pembangunan oleh Gamuda Land bakal dibuka dan beroperasi secara rasmi pada Januari depan. Untuk maklumat anda, taman tema air SplashMania dengan keluasan tanah 18 ekar ini telah dibina di kawasan perbandaran baharu di Gamuda Cove, Selangor.
Dengan saiz keluasan tanah yang telah dibangunkan, anda boleh merasai pengalaman ‘When Nature Meets Fun’ di taman tema air SplashMania! Sangat menakjubkan!
Apa yang telah menarik perhatian IMPIANA, taman tema air SplashMania ini dibina dan dibangunkan dengan kawasan persekitaran lebih daripada 70% tumbuhan pokok semula jadi. Dengan ini, sudah pasti taman tema air ini akan mempunyai persekitaran yang segar serta menenangkan.
Bukan itu sahaja, taman tema air SplashMania bakal menyediakan sebanyak 24 gelongsor air mengagumkan dan mempunyai lebih 15 tarikan utama yang menarik kepada para pengunjung. Sudah pasti, para pengunjung yang bakal datang di taman tema air SplashMania akan merasai pengalaman yang menyeronokkan!
Dengan pembukaan secara rasmi bermula pada awal tahun hadapan, taman tema air SplashMania mensasarkan sebanyak 800,000 pengunjung yang bakal berkunjung ke taman tema air tersebut sehingga penghujung tahun.
Jadi, tunggu apa lagi? Mesti ramai yang sudah tidak sabar dan berasa amat teruja dengan pembukaan taman tema air SplashMania yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Untuk lebih info dan maklumat lanjut, sila layari di laman sesawang rasmi SplashMania.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Temple Tree Resort Langkawi Sangat Menakjubkan, Rasai Pengalaman Bersama IMPIANA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sebanyak 30 Produk Tempatan Terima Penganugerahan MALAYSIA GOOD DESIGN AWARD 2022 (MGDA)

Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) menganjurkan acara berpresti untuk industri reka bentuk iaitu, Majlis Penganugerahan Malaysia Good Design Award (MGDA) 2022 dan Pensijilan Certified Industrial Designer (CIDe) yang berlangsung di The Everly Putrajaya, pada 9 Mei lalu.
Anugerah tersebut disampaikan ole YBhg Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kepada 30 penerima produk daripada pelbagai syarikat di Malaysia.
Tahun 2022 dan 2023 merupakan titik permulaan yang amat penting bagi MITI dalam berganding bahu dengan seluruh jentera Kerajaan untuk membaik pulih ekonomi negara pasca pandemic COVID-19.
Sebagai salah sebuah agensi MITI, MRM terus proaktif bagi memastikan acara tahunan ini dapat dilaksanakan seperti biasa bagi memartabatkan industri reka bentuk di Malaysia. MITI memainkan peranan yang signifikan untuk memastikan Malavsia kekal berdaya saing sebagai destinasi pelaburan pilihan serantau.
Melalui ucapan Isham Ishak, dalam lima tahun kebelakangan ini, bilangan produk yang memohon pengiktirafan MGDA telah meningkat daripada 107 produk pada tahun 2015 kepada 326 produk pada tahun 2018. Disusuli tahun 2020 dan 2021, sebanyak 252 produk dan yang terbaru pada tahun 2022, MRM menerima permohonan sebanyak 82 produk daripada pelbagai kategori untuk penilaian dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 produk daripada 18 syarikat didapati menepati spesifikasi yang ditetapkan sekali gus layak menerima pengiktirafan ‘Malaysia Good Design Award’ bagi tahun 2022.
MGDA merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan Malaysia terhadap industri reka bentuk dalam usaha untuk menyokong produk-produk yang mempunyai kualiti dalam aspek reka bentuk serta menjadikanya sebagai kriteria yang penting dalam amalan penghasilan sesebuah produk. Selain itu, MGDA turt berperanan untuk meningkatkan reputasi syarikat menerusi jaminan kepercayaan dan keyakinan dalam jangka masa panjang.
Pengiktirafan MGDA memberikan peluang kepada 13 kategori reka bentuk yang merangkumi produk berasaskan:
1.Ruang tamu dan bilik tidur
2.Peralatan rumah, dapur dan bilik air
3.Aktiviti masa lapang, hobi dan sukan
4.Perdagangan dan pesta jualan
5.Kraf
6.Senibina dan persekitaran
7.Produk industri
8.Kawasan umum dan kenderaan
9.Media dan barangan elektronik
10.Ubatan dan pemulihan
11.Pejabat dan pengurusan
12.Barang kemas, fesyen dan aksesori
13.Pembungkusan
Program yang mengguna pakai MRM Industri Standard Competence Criteria for Industrial Designer ini telah dibangunkan mengikut operasi standard SIRIM Berhad merupakan satu anjakan paradigma bagi memastikan kelangsungan pereka dan rekaan mereka akan terus relevan kepada industri tempatan dan global.
Seiring dengan keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara yang berkembang maju dan pesat, inisiatif yang ditonjolkan ole MRM untuk memperkasa industri reka bentuk melalui pengiktirafan MGDA dan pensillan CiDe merupakan peluang terbaik untuk para pengeluar produk tempatan supaya lebih berdaya saing bagi mengekalkan posisinya untuk terus maju standing dengan negara-negara pengeluar yang lain.
Keadaan ekonomi semasa seta perubahan dalam corak pasaran telah merapatkan jurang antara harga, kualiti dan fungi sesebuah produk yang dihasilkan. Untuk memastikan persaingan berterusan, aktiviti-aktiviti pembangunan dan penyelidikan produk baharu perl dilaksanakan secara berterusan dan agresif. Ini bagi tujuan menghasilkan produk yang berinovatif serta mempunyai nilai komersial yang tinggi melalui reka bentuk terbaik dan berkualiti.
Jadi, mari kita lihat antara senarai produk tempatan yang telah berjaya menerima pengiktirafan MGDA 2022.
Kategori Ruang Tamu dan Bilik Tidur
- Produk/ Jenama: Kanpai Dining Table
- Syarikat: Kian Export (M) Sdn. Bhd.
Kategori Senibina dan Persekitaran
- Produk/ Jenama: Hospital Al-Sultan Abdullah
- Syarikat: HASA – UiTM
Kategori Perdagangan dan Pesta Jualan
- Produk/ Jenama: Flexx System
- Syarikat: Kian Workspace Sdn. Bhd.
Kategori Barangan Kemas, Fesyen dan Aksesori
- Produk/ Jenama: Automatic Moonphase Skeleton Stara
- Syarikat: Fateh Time Piece Trading
Reka bentuk terbaik bukan sekadar memberikan nilai estetika dan membezakan produk buatan sedia ada, malahan secara tidak langsung mencorak ‘trend’ pembelian pengguna ke atas produk yang dikeluarkan. Pencarian reka bentuk produk-produk baharu untuk pengiktirafan Malaysia Good Design Award (MGDA) 2023 masih diteruskan pada tahun ini.
Justeru, syarikat- syarikat pengeluar dialu-alukan untuk menghantar penyertaan sebelum tarikh tutup pada 30 Oktober 2023. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.mrm.gov.my atau hubungi Sekretariat MRM melalui talian 03-8992 6043.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: 26 Produk Tempatan Telah Menerima Pengiktirafan Malaysia Good Design Award 2021, Syabas!
nbsp;
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Walaupun Luaran Nampak Bersih, Sebenarnya Tilam Katil Anda Terselindung Dengan Habuk Hama Yang Banyak

Tahukah anda, walaupun permukaan luaran tilam katil anda nampak bersih dan tidak mempunyai sebarang kesan kekotoran yang mengelikan padanya tetapi terselindung dengan debu-debu habuk yang tebal tidak boleh kelihatan dengan mata kasar.
Jadi, mungkin ada di kalangan anda yang berasa tilam katil anda bersih tanpa sebarang kuman meski telah kerap menukar sarung cadar tilam katil anda. Tetapi sebenarnya tidak, masih ada debu-debu habuk hama yang terperangkap di permukaan tilam katil anda.
Apabila permukaan tilam katil anda terperangkap dengan pelbagai debu habuk hama dan sebagainya, sudah pasti membuatkan waktu tidur anda berasa kurang selesa dan gatal seluruh badan.
Oleh itu, apa kata sebagai langkah permulaan bagi mencegah atau untuk mengatasi masalah tersebut adalah dengan membersihkan permukaan tilam katil anda. Bagaimana caranya?
Mungkin ada di kalangan anda yang tertanya-tanya bagaimana untuk membersihkan tilam katil anda atau berasa sukar untuk melakukannya, betul tak? Tidak perlu lagi bimbang kerana kini sudah ada cara yang mudah untuk membersihkannya tanpa berbelanja besar pun!
Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah membersihkan permukaan tilam katil anda dengan menggunakan Power Suction Vacuum khas ini. Peralatan elektrik ini dipercayai berkesan untuk menyedut segala habuk hama yang ada di permukaan tilam katil anda sehingga bersih. Lihat hasilnya!
Sekiranya anda ingin mendapatkan peralatan elektrik ini, anda boleh memilikinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Jangka Masa Pinjaman Akan Bertambah, Adakah Digalakkan Untuk Membuat Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI