
Sebelum ini IMPIANA ada kongsikan bagaimana ingin memilih mask yang betul https://www.impiana.my/tahu-atau-tidak-perbezaan-topeng-muka/ kali ini cara bagai mana pula anda perlu tahu untuk membuang topeng muka yang telah digunakan agar tidak membiak virus COVID19.
1. Putuskan bahagian tepi pada tali penutup mulut dan hidung.
2. Lipat penutup mulut dan hidung ke arah dalam dengan kemas dan ikat menggunakan tali yang telah diputuskan.
3. Buang penutup mulut dan hidung terpakai ke dalam tong sampah yang bertutup.
4. Cuci tangan dengan air dan sabun selepas membuang penutup mulut dan hidung terpakai.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sebalik Tabir: Bina Empayar Tanpa Alasan

Pernah terkilan dengan kata-kata ‘kau gagap, tak boleh jadi Interior designer’ untuk berjaya, tidak mematahkan semangatnya untuk terus maju dan berjaya sehingga kini.
Mengenali peribadi beliau hampir 12 tahun dalam industri hiasan dalaman. Sikap, perwatakan dan semangatnya sentiasa kuat malahan lebih bertenaga.
Pengarah Urusan Kreatif EA ALAMREKA Sdn Bhd, Amin Yussoff tidak pernah berputus asa untuk terus maju dalam industri Reka Bentuk Dalaman ini. Seorang yang rendah diri dan tidak pernah jemu untuk mendidik pemilik rumah rancang dahulu dalam mencapai kediaman impian masing-masing.
Beliau bukan sahaja berbakat di dalam Seni Reka Bentuk Dalaman, namun beliau berjaya bangkit dengan mampu menjadi the one and only speaker didalam industri rekabentuk berbangsa melayu.

Beliau juga seorang penulis yang telah mengeluarkan sebuah buku pertama dalam industri rekabentuk dalaman iaitu buku 60 Panduan Reka Bentuk Dalaman Untuk Pemilik Rumah. Buku hasil penulisan beliau yang memberi tip untuk pemilik rumah tahu bagaimana untuk mendapatkan sebuah rumah yang baik dan sempurna.
Amin Yussoff, bijak dalam percaturan perniagaan sikap yang memandang kedepan tanpa ada presepsi negatif dalam apa jua yang dilakukan boleh dijadikan contoh yang baik dalam perniagaan. Tidak pernah sesekali gentar untuk mencuba sesuatu bagi membangkitkan semangatnya untuk terus mara kehadapan.
MamyHome Interior Design adalah satu cabang perniagaan yang sama dibawah satu bumbung EA ALAMREKA Sdn.Bhd. MamyHome banyak memberi perhatian kepada pemilik rumah persendirian, manakala EA ALAMREKA Sdn.Bhd pula lebih kepada komersial dan juga projek mega.
Beliau tidak pernah berputus asa untuk mengajar dan memberi peluang kepada pemilik rumah diluar sana. 20,000 unit kediaman sehingga tahun 2025 menjadi tumpuan visi Amin Yussoff dan MamyHome untuk menyelesaikan masalah pemilik rumah yang ada di Malaysia.
Siapa menyangka tuah anak kelahiran Ipoh, Perak ini dari hari ke hari masa ke masa beliau berjuang berhabisan sehingga berada di aras ini, ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’.
Dalam apa jua perniagaan bukan mudah untuk seseorang itu berada ditakuk atas. Tetapi dengan berkat usaha dan dorongan yang betul ia mampu menjadi satu realiti untuk terus berjaya. Menariknya tentang peribadi Amin Yussoff ini ialah beliau tidak pernah tahu erti berhenti untuk menimba ilmu.
Bagi beliau belajar biar lah sehingga hujung nyawa, nescaya ilmu yang penuh di dada mampu memajukan seseorang itu dari sudut yang berbeza.
Kini, Amin Yussoff sudah mampu menarik nafas lega apabila ramai yang sudah mula sedar dan mengenali MamyHome sebagai solusi masalah renovasi rumah. Itulah harapan beliau 10 tahun yang lalu. Berkat dan kesabarannya dalam menjalani perniagaan dalam Industri Reka Bentuk Dalaman ini.
Hasil Projek
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Menjadi Kebanggaan Rakyat Setempat, Mari Kita Lihat Bangunan Ikonik Di Serata Negeri Utara Malaysia

Umum mengetahui, setiap negeri di seluruh tanah air mempunyai pelbagai monumen bangunan yang sering menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-65, mari kita kenali dengan lebih dekat dan lihat kesemua bangunan ikonik yang ada di serata negeri tanah air.
Perlis
Negeri Perlis Indera Kayangan mempunyai keluasan sebanyak 821 kilometer persegi menjadikan ia sebuah negeri yang terkecil di Malaysia.
Namun begitu, negeri yang terletak utara semenanjung tanah air ini kurang dengan pembinaan bangunan menara berkemungkinan oleh kerana faktor saiz keluasannya yang kecil.
Tetapi, Istana Diraja yang terletak di bandar Arau boleh dikatakan sebagai salah satu bangunan ikonik di Perlis yang turut menjadi kebangaan masyarakat setempat.
Kedah
Sudah pastinya bagi Kedah Darul Aman berbangga dengan menara ikonik tersergam indah di bandar Alor Star yang ibu negeri jelapang padi itu.
Menara Alor Star ini merupakan sebuah binaan bangunan mercu tanda yang terkenal di Kedah. Menara setinggi 165.5 meter ini mula dibina sekitar tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada 1997.
Ia dibina sebagai menara telekomunikasi untuk Telekom Malaysia dan telah menelan kos pembinaan sebanyak RM40 juta.
Pulau Pinang
Foto sumber: astroawani.com
Bagi negeri Pulau Pinang Pulau Mutiara ini sememangnya sedikit berbeza berbanding dengan negeri lain yang ada di seluruh Malaysia.
Ini kerana, apa yang sering menjadi kebanggaan negeri Pulau Pinang adalah struktur jambatan pertama negeri berkenaan yang menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Glugor, Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.
Tetapi apa yang menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang selain struktur pembinaan jambatan tersebut adalah Menara KOMTAR yang terletak di bandar Georgetown.
KOMTAR singkatan bagi Kompleks Tun Abdul Razak ini mempunyai ketinggian 249 meter telah siap dibina pada tahun 1986.
Perak
Mercu tanda yang sering menjadi kebanggaan negeri Perak Darul Ridzuan sudah semestinya Menara Condong yang terletak di bandar Teluk Intan.
Menara Teluk Intan ini asalnya sebuah menara tangki air sebelum berubah menjadi menara jam. Ia telah dibina pada tahun 1985 dan memiliki ketinggian 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga.
Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh. Kini, bangunan purba itu mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Sempena Kemerdekaan Negara Ke-65, Mari Imbau Kembali Sejarah Istana Lama Seri Menanti
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jalankan Kegiatan Sewa Hartanah Di Kuala Lumpur, Wanita Dari Negara Jiran Berjaya Memperoleh Pendapatan Bersih RM25,000 Sebulan!

Pakar hartanah dan kewangan, Azizul Azli Ahmad ada berkongsi sebuah kisah perihal sahabatnya yang ada mengenali seorang wanita warganegara Indonesia telah menjalankan kegiatan perniagaan sewa hartanah di sekitar ibu negara.
Kongsinya menerusi satu hantaran di akaun media sosial Facebook memberitahu wanita berkenaan dikhabarkan telah memiliki sebanyak 17 buah kediaman untuk disewakan kepada orang ramai.
Maklumnya lagi, wanita yang berasal dari negara jiran itu dianggarkan telah memperoleh pendapatan bersih sekitar RM25,000 sebulan.
Nyata, hasil pendapatan yang diperolehi boleh disifatkan sebagai satu jumlah yang sangat besar dan memberangsangkan.
“#TabungRumah JAGA RUMAH ORANG SAJA
1. Kisah ini dari sahabat saya, ada kenalan wanita indonesia ini gigih usahanya.
2. Beliau sewakan Regalia Apartment, Kuala Lumpur pada kadar sekitar RM1800.
3. Dia sewakan Kadar sewa studio RM180 – RM200 semalam. Dia menjaga unit yang disewakan ini dengan baik.
4. Khabarnya beliau kini memiliki 17 kediaman yang dijaga dengan sempurna.
5. Pendapatan bersih setelah tolak sewa sekitar RM25 500! Sahaja sebulan.
6. Suaminya penjawat awam gred biasa sahaja. Bukan pegawai yang berbaju batik sepanjang masa.
Berusahalah anak muda anda pasti berjaya. Dia warga Indonesia dan dia gigih berusaha.#PelungDiNegaraKita,” tulisnya untuk dikongsikan bersama para pengikutnya.
Dalam pada itu, pakar hartanah dan kewangan itu menasihati kepada orang ramai khususnya anak muda sentiasa berusaha sekiranya mahu menjadi seorang yang berjaya.
Akhirinya lagi, dia berharap agar perkongsian kisah ini mampu menyuntik dan menjadi pembakar semangat orang ramai untuk terus berjaya maju ke hadapan.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: ‘Free Postage’ Bagi Semenanjung Malaysia Kecuali Sabah & Sarawak, Wajarkah Untuk Dimansuhkan?
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI