Columbia Asia telah memenuhi keperluan penjagaan kesihatan warga Malaysia selama lebih dari 20 tahun. Setelah berjaya melancarkan salah sebuah hospital utama kami, Columbia Asia Hospital – Iskandar Puteri, pada tahun 2010, kami sukacita memperkenalkan hospital kedua kami di Johor iaitu Columbia Asia Hospital – Tebrau.
Columbia Asia Hospital – Tebrau mula beroperasi pada 27hb November, 2019. Ia merupakan hospital Columbia Asia yang ke-13 di Malaysia dan ke-19 di Asia Tenggara. Bangunan setinggi empat tingkat ini merupakan yang terbesar antara semua hospital Columbia Asia di Malaysia.
Terletak di hab kediaman dengan kadar lalu lintas yang tinggi di Kota Southkey, hospital ini terletak hanya 7 km dari pusat bandar Johor Bahru serta dikelilingi oleh kawasan perumahan seperti Taman Sentosa, Taman Sri Tebrau, Kampung Melayu Majidee, Taman Pelangi, Taman Abad, Taman Kebun Teh, Taman Century, Taman Melodies, Taman Suria dan Taman Kota Southkey. Hospital ini juga dilengkapi dengan lebih 200 tempat letak kereta bagi memenuhi keperluan masyarakat Tebrau yang semakin berkembang.
Selain daripada kemudahan moden dan kepakaran tinggi, Columbia Asia Hospital mempelopori trend penjagaan kesihatan swasta dengan rawatan perubatan yang terkini dan kurang invasif lantas memendekkan tempoh tinggal di hospital. Struktur penetapan harganya adalah telus dan lebih kompetitif berbanding model standard khidmat kesihatan swasta.
Program perubatan di Columbia Asia Hospital – Tebrau meliputi Kardiologi, Perubatan Dalaman, Telinga, Hidung & Tekak (ENT), Pembedahan Am, Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik, Ortopedik, Radiologi dan Anestesiologi.
Ads
Hospital ini juga menempatkan Makmal Pengkateteran Jantung (Cardiac Catheterization Lab), Bilik Litotripsi, Mamografi, Ultrabunyi, 128-slice CT Scan, 1.5 Tesla MRI, Farmasi, Makmal, Bilik Fisioterapi, Ruang Pengasingan, ICU, Bilik Bersalin dan lima Dewan Bedah berkemudahan lengkap.
“Keputusan untuk membina hospital Columbia Asia kedua di Johor berdasarkan kajian kami tentang kurangnya kemudahan khidmat kesihatan di kawasan sini. Tambahan lagi, penduduk Johor Bahru semakin ramai. Kerana itu, kami memberi pilihan kepada pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan,” kata Pengurus Besar Serantau Columbia Asia Hospital – Tebrau dan Iskandar Puteri, Puan Rahani Yaacob.
Memandangkan kapasiti hospital Columbia Asia di Iskandar Puteri hampir penuh, Rahani menjelaskan bahawa inilah masa yang sesuai untuk memperluaskan lagi kumpulan hospital ini di Johor. Dengan pembukaan Columbia Asia Hospital – Tebrau, keperluan khidmat kesihatan di Johor Bahru akan dapat memenuhi permintaan yang tinggi.
Ads
“Columbia Asia Hospital – Tebrau adalah satu-satunya hospital dalam kumpulan kami yang mempunyai kapasiti 205 buah katil. Ini berbeza daripada struktur hospital biasa kami. Kemudahan perubatan lain mempunyai kapasiti tidak lebih daripada 100 buah katil setiap hospital. Dengan permintaan tinggi bagi khidmat kesihatan swasta di Johor, kami membuat keputusan untuk membina sebuah hospital Columbia Asia yang lebih besar di Tebrau untuk memenuhi keperluan kesihatan masyarakat di sini,” tambah Rahani.
Memandangkan peningkatan bilangan pesakit warga asing yang meningkat di Malaysia, Columbia Asia Hospital – Tebrau bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat, termasuk permintaan dari Singapura dan Indonesia.
Ads
“Selain menyediakan akses penjagaan kesihatan swasta yang berkualiti kepada penduduk Johor, hospital baharu ini turut mewujudkan peluang pekerjaan. Bukan itu sahaja. Kami mempunyai pelbagai kempen menarik yang telah dirancang, untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan penduduk tempatan,” kata Rahani.
Dalam bulan Disember tahun lalu, kempen ‘AyuhSihat!’ telah diadakan sempena pembukaan hospital di Tebrau. Kempen yang terbuka kepada orang awam ini merupakan hari yang menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur, pemeriksaan kesihatan dan tawaran istimewa untuk pakej yang ditawarkan oleh hospital kami. Acara itu bertujuan untuk mendorong para hadirin untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hasil jualan tiket Ayuh Sihat diserahkan kepada Yayasan Kanser Laksamana Johor.
Ingin ketahui lebih lanjut tentang Columbia Asia Hospital – Tebrau, atau menerima berita tentang program dan pakej perubatannya? Log masuk ke laman web Columbia Asia Hospital di www.columbiaasia.com/malaysia atau ‘like’ laman Facebook ‘Columbia Asia Malaysia’ di www.facebook.com/columbiaasia atau hubungi 07-272 999 untuk pertanyaan lanjut.
Columbia Asia Hospital – Tebrau terletak di Persiaran Southkey 5, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebagai pembeli memang ada benarnya kita perlu ambil tahu 100 peratus segalanya mengenai rumah atau hartanah yang bakal dibeli. Apatah lagi ia melibatkan amaun pembelian yang besar malah komitmen yang panjang. Ia juga bagi mengelakkan kita terlibat dengan ‘projek terbengkalai’ mahupun ‘projek sakit’ disebabkan pemaju yang tidak ‘competent’.
Baru ni kecoh cerita project sakit dekat Gombak. Jujurnya saya sedih. Tanah ‘Malay Reserve’. Yang beli bumiputera. Setakat hari ini ada dekat 114 project terbengkalai, 459 project sakit. Sekarang project ni dah isytihar project sakit.
Letak tepi undercon,subsale,lelong. Kita bukan beruk nak bergaduh setiap masa. Memang dah ditakdirkan undercon takkan bersetuju dengan subsale. Subsale akan memburukkan undercon. Lelong akan merasa terpaling untung.
Memang itu takdirnya tuan-tuan. Kena terima. Geng menyewa sekarang tepuk tangan. “Nasib baik aku menyewa”.
Yang buat rumah atas tanah sendiri nasib-nasib. Doa lebih sikit, rumah siap. Leka sikit, rumah jadi reban.
Tanggungjawab kita sebagai pembeli tahu 100% rumah yang kita nak beli.
1. Tahu harga yang dibeli tu harga patut atau tak. Dalam kes ni, harga sangat patut. Nothing wrong dengan pricing. Rumawip tuan-tuan.
2. Tahu developer project. Cari yang trusted. Track record bagus. Mostly project sakit developer yang bukan-bukan. Tak payah tunggu PRN. Developer tak competent ni kalau tukar pengetua sekolah pon silap-silap boleh jadi punca project terbengkalai.
Check developer dekat website kpkt (TEDUH). Tengok track record diorang. Kalau setakat baru ada 1 project tu tak payah la. Link nak check developer di sini.
Check track record at least 10 tahun kebelakang. Ini yang saya dan team buat.
Jangan sekadar compare 2,3 project yang kena dengan budget kita. Pemilihan hartanah kena betul-betul. Shorlisted kan 100 project, pilih 10, beli 1. Ini yang saya dan team buat.
Agent biar diorang uruskan proses jual beli sahaja.
Tanggungjawab saya untuk educate orang kita berhati-hati dalam pemilihan hartanah.
Biar kita untung dengan hartanah ni by design. Bukan by luck.
Sebarkan. Moga ada manfaat. Jangan ada lagi orang kita teraniaya.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ambil tahu betu-betul rumah atau hartanah yang kita nak beli supaya tak rugi apabila projek rumah terbengkalai dan tak dapat disiapkan pada waktunya.
Kalau nak check defect sendiri, sediakan barang basic ini bagi mudahkan kerja. Anda sudah dapat kunci rumah baru namun anda berhajat untuk melakukan ujian bagi mengesan defect pada rumah yang anda beli itu.
Sebelum masuk rumah baru, adalah lebih baik untuk anda melakukan ‘home inspection.’ Perkara pertama anda kena buat sebelum masuk adalah periksa defect rumah dan buat tuntutan dalam Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP).
Berikut perkongsian berguna buat anda pemilik rumah baru. Kalau anda hendak check sendiri defect rumah baru anda, ini barang basic untuk ‘house inspection’ anda perlu ada:
Tapping rod untuk check hollowness dalam tiles. Boleh sahaja pakai duit syiling RM0.50 tapi bunyi hollow itu susah hendak detect. Hal ini kerana bola pada tapping rod itu memang memainkan peranan.
Water level indicator untuk check dinding atau lantai ‘even’ atau tidak. Sebagai contoh (seperti dalam video) ada mendapan lebih 3 hingga 5 mm gap. Memang kena buat ‘report.’
L square ruler untuk anda check permukaan 90 darjah sama ada ‘even’ atau tak. Jika ada gap lebih dari 3 mm ini dikira defect, jadi memang kena buat ‘report’ pafda pihak pemaju.
Akhir sekali selepas anda jumpa defect-defect ini semua, jangan lupa tanda atau tampal sticker supaya ‘orang defect’ senang buat kerja.
Bibik moden, itulah jolokkan yangdiberikan kepada rabot vakum yang menjadi idaman mak-mak. Kalau intai-intai di shopee mahupun lazada, terdapat pelbagai jenama, rekaan mahupun harga. Kalau lihat pada harga, mesti yang paling murah menarik perhatian. Tapi, adakah anda pasti, robot vakum yang murah berbaloi? Namun, yang mahal pun belum tentu terbaikkan.
Jadi sebelum membeli robot vakum tu, pastikan ia mempunyai 6 ciri-ciri berikut:
1. Bentuk dan saiz
Memang lah teknik mencuci atau memebrsih menjadi keutamaan. Namun, saiz dan bentuk terut memainkan peranan yang penting juga untuk memudahkan ia capai setiap ruang. Lebih-lebih lagi, bahagian yang sukar dicapai seperti bawah almari dan sudut tersembunyi.
Sebab itu, pilih robot vakum berbentuk “D” untuk memudahkan ia capai bahagian yang bersudut berbanding bulat dan pastikan saiz ketinggianya sesuai dengan bukaan di bahagian bawah almari, sofa dan katil anda
2. Aplikasi “Mapping”
Aplikasi ini amat disrankan supaya robot vakum anda dapat melakukan kerja secara menyeluruh mengikut ruang
Perkara paling penting. Perlu kenalpasti ruang simpanan habuk di dalam vakum anda. Jika terlalu kecil, ia akan menyebabkan vakum anda tidak berfungsi secara efektif Saiz standard ruang simpanan habuk sekurang-kurangnya 0.6 lite. Lebih besar, lebih bagus.
4. Jangka hayat bateri dan pengecasan
Kebanyakkan robot vakum sekarang mempunyai jangkahayat bateri yang lama dan tempoh pengecasan yang sekejap. Jadi, pastikan kapasiti bateri vakum anda lama untuk ruang yang besar
5. Pembersihan mengikut jenis lantai
Pastikan anda memilih robot vakum yang mempunyai kadar sedutan yang kuat untuk permukaan berkarpet. Jika tidak, ia tidak efektif. Jika vakum anda mempunyai pilihan kemasan lantai, ia lebih berbaloi
6. Fungsi menyedut bulu haiwan
Bagi anda yang mempunyai haiwan peliharaan berbuu, sudah pasti fungsi ini menajdi keutamaan. Bukan sekadar bulu yang melekat apad lantai, rambut-rambut yang bersepah pun boleh di sedut dengan mudah jika robot vakum anda mampunyai fungsi ini
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.