BAKAL menyambut kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Datin Intan Najuwa antara selebriti yang rajin berkongsi persiapannya membeli keperluan bayi itu.
Terbaru, bakal ibu ini sempat membidas seorang warganet yang bertindak memperlekeh usahanya menghias bilik buat anak sulungnya.
Intan Najuwa
Menerusi hantaran yang dimuat naik, dapat dilihat tangkap layar komen yang ditinggalkan seorang wargamaya terhadap video terbaharu Intan yang berkongsi ‘update’ terkini bilik anaknya di TikTok.
Menurut individu tersebut, usaha yang dibuat pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ seakan sia-sia kerana anak yang bakal dilahirkan kelak akan berada di bilik ibu dan bapanya.
Ads
Aku dulu beria hias bilik baby bukan main.
Akhirnya baby duduk dalam bilik aku sebab nak menyusu, mana boleh tinggal.
Tidak berdiam diri, pelakon berusi 27 tahun itu tampil menjawab kenyataan netizen tersebut dengan mengatakan bahawa bilik yang disediakan adalah untuk menyimpan segala barangan milik anaknya kelak.
Ye jebon, kita pun bukan nak suruh dia dalam bilik dia.
Kita hias bilik dia untuk letak barang-barang dia.
Takkan nak tumpang bilik jebon.
Terdahulu,Intan mendedahkan hamil anak pertama dan bakal menimang cahaya mata perempuan selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Intan selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
IMPIANA teruja melihat dekorasi bilik bayi yang dikongsikan oleh pelakon Datin Intan Najuwa Abdul Wahid,27 ini yang berkonsep ‘Toile de Jouy ‘ inspirasi dari Paris.
Ads
Intan dikhabarkan bakal melahirkan bayi perempuan yang juga cahaya mata pertamanya tidak lama lagi.
Perkataan “toile” berasal dari perkataan Perancis untuk kain linen. Perkataan ini dipendekkan daripada nama penuh toile de Jouy, yang bermaksud linen atau kain dari bandar Jouy-en-Josas, di pinggir bandar Paris.
Secara tradisinya, Toile de Jouy ialah corak hiasan yang menampilkan pemandangan pastoral yang berulang – seperti motif bunga atau pasangan berkelah di tepi tasik – dicetak dalam satu warna (biasanya biru, hitam atau merah) pada latar belakang putih.
Memang bertuah. Cantik dekorasi bilik bayi dengan konsep ‘Toile de Jouy ‘ yang dikongsikan ini. Semoga menjadi inspirasi.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, rumah yang kita anggap sebagai tempat berehat yang selesa dan selamat tidak buat keluarga daif ini.
Siapa sangka di dalam era kemodenan di Malaysia ini masih ada keluarga yang tercicir dan tinggal di sebuah pondok usang tanpa dinding hampir dua dekad lalu bersama lapan orang anak di Sabah.
Terbaru, melalui Instagram aktivis sosial, Adrian Edy, dia memaklumkan sudah membantu keluarga berkenaan dengan perbaiki beberapa bahagian rumah yang sudah uzur.
Difahamkan, semua kompenan untuk rumah terbabit hasil daripada sumbangan yang diberikan oleh rakyat buat keluarga terbabit.
Hadiah Rumah Kasih Rakyat daripada Rakyat untuk keluarga kakak Vernnah di Kampung Rosob Pitas. Lantai yang reput kita tukar baru, zink yang rosak kita tukar baru. Kita juga buatkan satu lagi bilik buat anak-anak kak Vernnah.
10 jam ubah suai rumah
Dalam pada itu, Edy memberitahu proses untuk ubah suai pondok tersebut menjadi sebuah rumah memakan masa dalam masa 10 jam.
Kata aktivis itu lagi, proses membaik pulih kediaman tersebut bagi memberi keselesaan buat anak-anak mereka apabila mahu belajar.
Melompat lompat mereka di dalam bilik baru, syukur selepas ni mereka lebih selesa sudah tidur, dapat buat kerja sekolah dengan selesa juga, ada lampu juga yang dipasang.
IMPIANA : Moga keluarga ini lebih selesa dengan rumah yang baru ini.
Apple, syarikat teknologi gergasi yang terkenal dengan inovasi luar biasa, sekali lagi mengejutkan dunia dengan idea baharu mereka—set televisyen pintar untuk ruang tamu.
Langkah ini dilihat sebagai satu usaha untuk memperluaskan pengaruh mereka dalam dunia peralatan rumah pintar. Dengan keupayaan teknologi terkini yang ditawarkan oleh Apple, produk ini dijangka bakal mengubah cara kita menikmati hiburan di rumah.
Melalui perkongsian Bloomberg, dilaporkan pasukan Apple sedang mempertimbangkan idea untuk hadir dengan set televisyen penuh – selari dengan sasaran Apple untuk memegang pasaran peranti di ruang tamu.
Untuk tahun 2025 sendiri, Apple dijangka akan memperkenalkan sebuah peranti khusus yang hadir dengan skrin kecil, serta boleh berinteraksi dengan pengguna melalui integrasi Apple Intelligence, selain menyokong FaceTime dan Siri.
Namun, sekiranya produk berkenaan tidak berjaya dan mendapatkan pegangan pasaran yang tinggi, Apple mungkin perlu menilai semula idea mereka untuk pasaran ruang tamu.
Pada hari ini, Apple sedia menawarkan sebuah kotak set khusus yang boleh dihubungkan ke kaca televisyen sedia ada, dan membolehkan pengguna menikmati sejumlah kandungan, termasuk daripada Apple TV+.
Penawaran set kaca televisyen penuh mungkin hanya menyasarkan sejumlah kecil pengguna sahaja – sekali gus mungkin membuatkan Apple tidak meneruskan idea ini.
Jikalau dilihat sebagai perbandingan, Samsung dan Xiaomi pada hari ini sedia menawarkan kaca televisyen untuk pengguna mereka di bawah jenama masing-masing, yang turut menawarkan sejumlah integrasi kandungan dan perisian mereka.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan Projek pembinaan RUMAWIP Kondominium J.Satine Residensi Wilayah, Setapak dihentikan serta merta.
DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia susulan terdapat keretakan pada struktur shear wall, tiang dan lantai unit di tingkat 8 dan ke atas J Satine hasil siasatan terhadap aduan diterima daripada penduduk berhampiran berkaitan berlakunya letupan di tapak itu pada 7 Nov lepas.
“Satu notis di bawah Seksyen 70B(2), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) telah dikeluarkan (stop work order) oleh DBKL kepada pihak perunding serta mengarahkan supaya tindakan diambil,” menurut kenyataan itu.
DBKL turut mengarahkan pihak perunding supaya melantik jurutera bebas bagi menjalankan pemeriksaan integriti struktur keseluruhan pembangunan J Satine dan mengemukakan laporan hasil daripada pemeriksaan integriti struktur.
Selain itu, pihak perunding juga diarahkan menjalankan kerja-kerja rektifikasi berdasarkan pengesyoran daripada jurutera bebas.
“Tempoh pemberhentian pembinaan projek adalah berdasarkan kepada pelaksanaan perkara diarahkan. Punca letupan dan kegagalan struktur belum ditentukan sehingga laporan integriti struktur dikemukakan kepada DBKL.
“DBKL mengambil perhatian serius terhadap insiden yang berlaku dan orang awam turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi dan mengeluarkan kenyataan tidak berasas, khususnya melalui saluran media sosial,” menurut kenyataan itu.
Sekadar info, J Satine ini adalah projek Di bawah Residensi Wilayah Persekutuan (RUMAWIP ). Ianya projek yang mengenakan syarat tidak boleh dibeli oleh orang yang telah ada rumah dalam wilayah , Residensi J.
Ia adalah inisiatif kerajaan yang direka untuk menyediakan rumah mampu milik untuk membantu golongan berpendapatan rendah, sederhana, dan pembeli rumah pertama untuk dapat memulakan langkah yang penting dalam proses membeli rumah.
J.Satine Residensi Wilayah memiliki 4 blok, 44 & 35 tingkat (3,600 unit).Harga bermula RM300,000 dan dijangka Siap 2026.
Pemaju bagi projek kondominium ini merupakan Gandingan Jakel Development & Platinum Victory Development Sdn Bhd.
IMPIANA: Risaunya apabila stuktur bangunan tinggi yang masih dalam proses pembinaan retak begini, boleh membahayakan keselamatan. Semoga mendapat penyelesaian sebaiknya buat pemaju dan pembeli rumah RUMAWIP ini.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.