Siapa tak kenal dengan penyanyi lagu Girl On Fire ini. Walaupun lagu ini diterbitkan pada tahun 2012 namun sehingga kini masih menjadi penghalwa telinga kita.
Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh ibu kepada dua orang anak lelaki ini, Egypt Daoud Dean dan Genesis Ali Dean melayakkannya memiliki aset terbaik di Amerika Syarikat. Alicia telah membeli hartanah yang bernilai RM85 juta (USD20 juta). Kediaman mewah yang berlokasi di utara San Diego, California ini dibina di tepi tebing bukit bersaksikan panorama indah Lautan Pasifik.
Sebelum ini, menerusi majalah dekorasi Architectural Digest Alicia Keys secara eksklusif mendedahkan rumah mewahnya kepada umum. Indahnya kediaman mewah milik wanita berusia 42 tahun ini.
Ads
Foto Via www.architecturaldigest.
Pendedahan kediaman kontemporari milik pelantun lagu No One yang luas dan kemas ini membuatkan netizen kagum melihat bertapa mewahnya kehidupan penyanyi ini. Pada yang tidak tahu, Alicia mendirikan rumah tangga bersama producer muzik Kaseem Dean, alias Swizz Beatz membeli rumah ini pada 2019 yang lalu, namun baru dipapar kepada umum.
Dinamakan ‘Razor House’, rumah ini didirikan di tepi tebing San Diego berlatar belakangkan lautan Samudra Pasifik. Dikatakan rumah moden ini diinspirasi daripada filem ‘Iron Man’ melalui rumah Tony Stark. Ia diperbuat daripada simen dan eleman kaca yang mendominasi.
Dalam rumah pula, Alicia dan suami lebih tenang warna-warna bumi. Memilih konsep kontemporari ia mampu menciptakan suasana damai.
Dah macam galeri seni kan rumah pasangan ini. Daripada info, Alicia dan suami memang pencinta seni dan suka kumpul lukisan, fotografi sehinggalah ke arca. Menariknya, rumah Alicia ini juga ada unsur Asia Bali dengan paduan gata moden kontemporari. Malah, Alicia turut menyatakan Bali sebagai salah satu inspirasinya juga.
Ads
Tak dapat macam rumah Alicia Keys ni pun, kemas macam rumah dia pun jadilah, kan?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sebelum nak melakukan sebarang penambahan mahupun pengubahsuaian pada mana-mana bahagian rumah seeloknya fahamkan dulu peraturannya. Apa yang boleh serta dibenarkan dan sebaliknya.
Mungkin kita rasa ia perkara biasa, hakikatnya ianya satu kesalahan dan menyalahi undang-undang serta boleh dikenakan denda. Jadi daripada nak terlalu berjimat akhirnya kita juga yang rugi banyak nanti di kemudian hari.
Nak fahamkan lebih lanjut, baca perkongsian daripada Ar.Ahmadkhairul Sabirin dari Sabirin Rosli Architect ini sebagai rujukan sebelum nak ‘renovate’ rumah.
Kebiasaannya kita ni bila dah beli rumah, rasa kita nak buat apa pun boleh, ye lah rumah kita kan, hasil titik peluh dari kecil menabung, dah besar ni mesti nak renovate rumah bagi cantik. Renovate? Tak ada masalah tapi tau tak apa yang boleh dan tak boleh?
Kalau diikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/ permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada.
Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit ya. Tak boleh suka-suka pasal depan rumah dah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT dah. Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanya kan hal ini, untuk mengelakkan kita kena denda waktu random spot check oleh majlis.
Alah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja. Jangan main-main ya main tambah kiri kanan atas tanpa kelulusan majlis, kalau tertangkap, ready lah duit untuk bayar denda.
Nak renovate tambah ‘floor area’ ni memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus hire kontraktor dan jalan terus. Salah. Hire arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT.
Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu anda buat renovation tanpa pelan lulus, denda 10x dari wang proses pelan dan kena submit lalu arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan.
Sebelum nak renovate, berbincang lah dengan jiran dulu. Pasal bila bising kerja renovate, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulan lah mereka makan hati. Last-last jiran sendiri yang report ke PBT, tambah pula tak ada kelulusan. Dah satu hal pula.
Tak rugi berbaik dengan jiran. Lagi pula kepada siapa yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate.
Sekarang pun kalau nak renovate memang memerlukan consent dari jiran.Macam borang yang kita dah inform jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran.
Perlu diingat, walaupun DALAM kawasan pagar tu rumah anda, tak bermakna anda boleh buat rumah sampai pagar. haha. Tak boleh ya. Kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga 6.1m atau 20 kaki dari line pagar/line sempadan. Itu adalah kehendak PBT.
Anda boleh didenda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun saya ingat kan awal-awal, tak boleh ya. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya.
Ini level legend. Biasa ni level-level T20 ni. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house weh! Gated and guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayang kan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh ya.
Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis ni, confirm dia jeling punya. Tak sempat tanya dah kena reject. haha.
Baru ni ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak pasal ada kerja repair paip. PBT cakap dah luar pagar bukan area kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clear kan untuk kerja-kerja pembaikian.
Jenis ni ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, lepas tu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudah nya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya.
To sum up, ikut lah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujung nya kita rugi juga.
Ar.Ahmadkhairul Sabirin of Sabirin Rosli Architect
Malu bertanya, duit lebur.
IMPIANA : Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi sebelum mahu’renovate’ mana-mana bahagian rumah tu, pastikan fahamkan dulu peraturannya iya. Jangan main buat je.
Biasanya rumah adalah harta pusaka yang tinggi nilai sentimentalnya kerana di situlah tersimpan segala memori suka duka bersama insan tersayang.
Tenang sungguh melihat kediaman ini. Elemen moden dan klasik digabungkan dalam sebuah kediaman peninggalan keluarga. Memang ada sentimental value!
Pemilik kediaman yang juga seorang pereka hiasan dalaman, Johann Nawawi, jiwanya lebih tenang dengan warna-warna neutral serta dekat dengan kehijauan alam.
Untuk kediaman ini, elemen natural dan dramatik bersatu dalam suasana yang cukup mendamaikan. Kediaman ini diberi sentuhan unik sekaligus menyerlahkan aura semula jadi pada setiap ruang.
“Saya menetap di rumah ini sejak tahun 1979. Ia merupakan rumah peninggalan keluarga. Selepas bapa meninggal, saya terus tinggal di sini.
“Walaupun diubah suai, namun ciri-ciri lama masih dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sentimental. Strukturnya juga masih kuat dengan elemen batu-bata.”
Menurut Johann, asalnya rumah ini berbentuk kotak (segi empat) namun dia mengubahnya dengan memecahkan beberapa ruang. Johann turut membina courtyard bersebelahan ruang playroom yang lengkap dengan kolam ikan dan sangkar burung.
“Saya memang suka courtyard dalam rumah kerana di sinilah ruang kegemaran saya terutamanya untuk berehat dan bersendirian. Kalau bersama keluarga biasanya kami akan berkumpul di ruang dapur.”
TERAP ELEMEN KLASIK
Walaupun kini zaman moden, Johann tetap menyeimbangkannya dengan elemen klasik.
“Rumah ini tiada ruang dapur kering atau dapur basah. Saya gabungkan ruang dapur dan ruang makan. Sebelah luarnya saya buatkan taman mini dilengkapi pokok-pokok hiasan.
“Saya juga mahir dalam kerja-kerja kayu dan architecture maka ada sesetengah perabot mahupun hiasan dalam rumah ini dihasilkan sendiri seperti lampu dan meja.”
Selain sebagai hobi, Johann turut mengambil tempahan kerja-kerja kayu menggunakan tangan dan kaedah tradisional.
“Dari bahagian lounge sampailah ke ruang dapur saya menerapkan elemen simen. Saya turut menggunakan elemen-elemen klasik seperti pintu Melaka lama yang dijadikan sebagai partition antara entrance dan lounge.”
Kata Johann, pintu itu memang dicari di Melaka manakala interior dia lakukan sendiri. dia juga gemar mengumpul barang-barang dari negara Asia seperti labu, kendi, tenun, keris lama dan pottery.
Kredit Foto: Majalah Nona
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Selain dekorasi di ruang tamu dan makan, ruang dapur juga perlu diberikan suntikan dekorasi yang menarik supaya keseluruhan ruang dalam kediaman tampak lebih cantik serta bergaya.
Mungkin ada juga di kalangan anda yang sebelum ini terlepas pandang mengenai pemilihan aksesori yang bersesuaian untuk ruang dapur. Tetapi tahukah anda, penulen air juga boleh dijadikan sebagai pilihan untuk melengkapkan dekorasi ruang dapur anda?
Dalam episod Ilham Impiana kali ini telah berkesempatan untuk meninjau sebuah kediaman milik pempengaruh media sosial, Aida yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.
Pemilik kediaman pempengaruh media sosial ini telah mengentengahkan konsep ‘Modern Monochrome’ yang bertemakan rona hitam dan putih untuk keseluruhan ruang dalaman kediaman seperti ruang tamu, makan dan juga dapur.
Konsep yang ditampilkan oleh Aida sebagai pemilik kediaman tersebut nyata membuat keseluruhan ruang dalaman kediaman tampak begitu menawan dan elegan. Apa yang membuatkan dekorasi kediaman ini tampak lebih menarik dengan kehadiran aksesori-aksesori yang sangat unik.
Jadi, apakah aksesori yang menarik telah menjadi pilihan Aida untuk melengkapkan lagi dekorasi di ruang dapur kediamannya? Sudah semestinya Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet.
Produk ini telah menjadi pilihan Aida kerana ia datangkan dengan reka bentuk yang menarik, unik dan berbeza daripada penulen air lain yang ada di pasaran luar. Rekaannya yang ringkas dan bersahaja sememangnya amat sesuai dijadikan sebagai pilihan untuk dekorasi dapur yang berkonsepkan moden khususnya.
Untuk maklumat anda, jenama LG Electronics Malaysia (LG Malaysia) telah memperkenalkan era baharu penulen air yang melangkaui fungsi dengan pelancaran Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet. Dilengkapi teknologi penulen yang termaju, produk inovatif ini menggabungkan estetika dan fungsi secara sempurna untuk meningkatkan lagi persekitaran kediaman.
Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet menerajui konsep baharu dalam teknologi penulen air di mana reka bentuk dan warna bertemu untuk menggubah sesuatu yang luar biasa yang turut menyerlahkan lagi keindahan ruang rumah. Dengan lima pilihan warna yang cantik – Calming Cream White, Calming Beige, Calming Pebble Grey, Calming Pink*, and Calming Cream Sky* – koleksi ini memperkasakan pemilik rumah untuk mencipta ruang yang mencerminkan personaliti mereka yang istimewa dan unik.
Didatangkan dalam reka bentuk yang menawan, produk revolusioner ini menyalurkan air yang ditulenkan terus dari sumber air untuk menghasilkan air bersih yang bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma. Dengan Sistem Penapis Puri 4-Peringkat, penulen air ini dapat menyingkirkan sembilan jenis logam berat, 99.99% norovirus, dan pelbagai bahan pencemar berbahaya.
Produk ini juga boleh dihubungkan dengan aplikasi mudah alih LG ThinQ™ untuk kemudahan yang dipertingkatkan yang membolehkan pengguna membuat kawalan dengan satu sentuhan.
Apa yang membezakan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet ini daripada penulen air yang lain ialah Langganan Penapis Layan Diri yang disediakan dengan setiap pembelian, satu kemudahan eksklusif yang hanya ditawarkan oleh LG. Langganan ini didatangkan dengan penapis baharu setiap enam bulan yang akan dihantarkan terus ke pintu rumah anda supaya penukaran penapis dapat dilakukan sendiri dengan mudah dan cepat tanpa perlu menunggu Juruteknik.
Konsep layan diri ini juga dilengkapi fungsi pensterilan automatik yang membolehkan pelanggan menikmati air bersih tanpa gangguan.Bentuk dan fungsi lain yang meningkatkan lagi pengalaman pengguna termasuk:
Sebagai sebahagian daripada komitmen LG terhadap kelestarian alam sekitar, Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet ini melengkapkan gaya hidup hijau dengan mengurangkan sisa plastik dan ini menjadikannya pilihan terbaik untuk pengguna yang mementingkan alam sekitar. Selain itu, kecemerlangan produk revolusioner ini juga telah diiktiraf dengan penerimaan 2022 Energy Winner Award dan 2022 GOOD DESIGN Award – membuktikan lagi dedikasi LG terhadap inovasi dan kualiti.
Mulai hari ini, pelanggan boleh melengkapkan kediaman mereka dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri PuriCare | Koleksi Objet terbaharu pada harga berikut:
Untuk maklumat lanjut tentang LG dan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet, sila layari laman web rasmi LG https://bit.ly/3PQxVKG atau ikuti halaman Facebook rasmi LG di https://www.facebook.com/LGMalaysia untuk kemas kini, berita dan promosi terkini.
Dalam episod Ilham Impiana kali ini telah berkesempatan untuk meninjau sebuah kediaman milik pempengaruh media sosial, Aida terletak di Gamuda Gardens, Rawang yang telah diserikan lagi dengan Penulen Air Tanpa Tangki Layan Diri LG PuriCare | Koleksi Objet. Jom kita saksikan bersama menerusi pautan video di bawah:
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!