Kedesaan Inggeris, yang sebenarnya sangat menitikkan keselesaan. Sederhana tetapi masih ada elemen gahnya. SUasana kedesaan tidaklah semestinya penuh dengan bunga-bungaan. Tetapi mesti ada barang sejambak dua sebagai penyeri suasana. Tetapi elemen seperti anyaman, perabot yang ringkas dan sederhana, gambar-gambar lama mahu pun lukisan pemandangan landskap desa Inggeris pastinya membantu.
Ads
Jika membuat tema suai padan, elakkan memilih gaya yang sangat bertentangan dengan tema kedesaan Inggeris. Sofa moden, nusantara, oriental semua tidak sesuai dengan tema ini. Anda boleh mencari sofa Inggeris atau kontemporari dengan elemen kaki kayu sebagai teras. Manakala bunga biarlah nampak semula jadi dan tidak terlalu sesak
Ads
Ads
Elemen vintage juga sesuai disuai padan tetapi jika boleh jangan terlalu banyak. Begtu juga dengan pop art kerana kita perlu faham, bila menyebut desa, banyak barangan lama diabadikan di kediaman tanda nilai sentimental. Warna pastel dan semula jadi sudah cukup untuk memberi suasana ruang nampak santai dan selesa. Apa yang paling penting ruang tidak terlalu sesak dan memberi rasa senang bila berada di dalamnya. Simple-simple je di IMPIANA.
Spesifikasi: 1 ruang utama (ruang tamu, ruang makan dan dapur), 6 kamar beradu, 6 kamar mandi
Karya pereka sememangnya merupakan satu ilham untuk berkomunikasi dengan kita secara halus. Ada yang cuba menegur kepincangan sesebuah masyarakat, ada yang cuba memberi pandangan serta banyak juga yang menyalurkan motivasi kepada kita.
Karya seni reka bentuk dalaman pereka wanita yang satu ini pula adalah mewarnai kasih sayang di antara ahli keluarga. IMPIANA meninjau idea dan sentuhan moden pereka Steph Low dariYong Studio.
AURA KEKELUARGAAN
Kediaman berkeluasan sekitar 4468 kaki persegi diolah sempurna oleh Steph Low dan pasukan perekanya. Mereka telah mencanai ilham agar ruang kediaman semi D tiga tingkat ini tampil selesa, moden dan eksklusif. Apatah lagi tuan rumah mempunyai anak kecil dan memerlukan ruang yang selamat untuk trafik domestik. Bahkan ruang utama juga perlu memudahkan pemilik untuk melaksanakan aktiviti seharian mereka tanpa adanya gangguan dan rasa resah.
“Saya melihat kediaman ini agak besar dan selalunya kediaman seperti ini membuatkan ahli keluarganya lebih senang bersendiri atau melakukan urusan sendiri. Jadi, saya berhasrat untuk menyatukan aktiviti mereka di dalam satu ruang bagi menerbitkan aura kekeluargaan dan kasih sayang,” ujar Steph yang begitu sensitif dan prihatin dengan gaya hidup pelanggannya.
Bagi ruang utama, pereka membuka apa juga dinding yang menghalang agar ruang ini tampil lebih luas, selesa dan memberikan suasana lebih positif untuk anak-anak bermain juga lain-lain aktiviti kekeluargaan. Tidak hairanlah jika Steph memilih ilham moden ringkas dengan hiasan eksklusif bagi setiap ceruk ruang.
RUANG UTAMA BERSIFAT ABADI
Jika dilihat ruang utama dihias dengan perabot dan aksesori moden kontemporari. Ringkas namun selesa dengan pilihan perabot eksklusif yang direka dengan material mewah. Bagi Steph, setiap daripada material ini mempunyai nilai estetika penuh elegan. Oleh itu ruang ini tidak perlu dipenuhkan dengan hiasan lain, malah pemilihan warna juga dilihat sangat santai dan bersifat abadi. Tidak akan jemu biar dimamah waktu.
Jika dilihat pada ruang tamu dan makan ruang kediaman semi D ini juga umpama sebuah kediaman banglo moden kerana bebas daripada dinding penghalang. Manakala kehadiran dapur kering di situ dengan rekaan urban elegan melengkapkan lagi pelan lantai sebuah kediaman moden.
“Bagi saya ibu bapa hari ini mempunyai waktu yang terhad untuk menguruskan anak-anak mereka. Biar pun begitu, dengan adanya segala kelengkapan di dalam sebuah ruang akan membantu mereka memantau anak-anak di samping menyempurnakan tugasan lain,”ujar Steph lagi.
SELESA SEGAR
Bagi Steph, dia berasa puas apabila diberi amanah mereka ruang kegunaan sekeluarga dengan semaksimum mungkin. Penelitian bukan sekadar pada warna tetapi juga pada pencahayaan dan sistem pengudaraan semula jadi. Ini penting agar ruang kekal selesa dan segar. Projek yang mengambil masa sekitar tiga bulan ini sememangnya banyak memberi ilham kepada Steph bahawa ruang mampu mengikat kemesraan antara ahli keluarga. Malah kediaman ini diolah dengan bijak dan strategik. Steph berjaya menukar ruang yang dahulunya biasa tampil luar biasa dan berguna kepada semua.
Tip Dekorasi Oleh Steph Low
*Fotografi: Yong Studio
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kita kalau bercakap soal dapur dan rekaannya bagai tiada hentinya. Apa lagi masa kini, dapur yang ada hanyalah sekangkang kera. Itulah tempat memasak, itulah tempat menghidang dan sebagainya. Namun apa yang pasti pereka tiidak pernah putus asa mencari idea agar yang kecil ini nampak cantik dan comel. Malah membangkitkan rasa seronok tatkala di dalamnya. Dari moden ke pop art, yang mana satu pilihan kalbu? Ayuh jamu mata dengan pilihan dapur kecil anda,
Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
HANYA GARISAN RINGKAS, SUDAH CUKUP MEMBUAT KATIL ANDA TAMPIL MEWAH DAN MEGAH
LENGKUNGAN KLASIK INSPIRASI DARIPADA KAKI PERABOT ART NEAVOU, MEMBERI NIKMAT PANDANG PADA RUANG KAMAR
Menemani mu dengan penuh setia bersama limpahan gaya elegan nan mempersona. Bagi yang romantis sudah pasti akan terasa sentuhan kasih sayang empat orang kekasih menemani dirinya melelapkan mata saban malam. Masuk apakah ini hanya melihat katil bertiang empat dengan pelbagai rekaan yang tidak pernah hampakan pemilik kediaman.
ANDA BERSEDIA MEMILIKI KATIL SEUMPAMA INI?
Katil bertiang empat, biar klasik mahu pun moden tetap memberi satu rasa kagum kita dalam tata hias kamar beradu. Baik tiang sahaja tanpa struktur sambungannya yang membentuk seperti kanopi. Masing-masing punya kelebihan dan peminat sendiri. Malah terdapat sedikit perbezaan dari tema Inggeris, Perancis, moden dan kontemporari. Apa yang pasti kemegahan rekaan katil bertiang sememangnya tidak pernah menghampakan. Kepuasan memilikinya apatah lagi beradu di atasnya. Baik yang bersaiz king atau queen, pastikan pilihan anda tepat pada ruang kamar, bajet dan konsep. Simple-simple aja di IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.