Kini kita sudah jarang berjumpa kamar yang dihias ala tropika sebagaimana era90an dahulu. Tropikal sebuah konsep santai yang menyenangkan dan mengimbas kita akan pesta percutian yang disambut merata destinasi tropika terutama kawasan persisiran pantai juga pulau. Material yang santai dan tahan lasak seperti rotan antara identiti tropikal yang sangat kuat dalam membentuk pesona alam semula jadi mukim ini.
Ads
Namun kini pereka mula bermain dengan elemen warna dan motif dedaunan menghijau. Dau-daun pokok tropika mula menjadi kegilaan ramai dan yang paling menarik padanan hijau putih menjadi kegilaan kini. Adakala motif ini diabadikan hanya pada throw kusyen dan cadar. Bahkan ruang kamar juga direka dengan seni bina terbuka agar membantu kitar semula. Di sini kita perlu mencontohi mereka yang mahu menjadi alam sekitar dan mengurangkan pembuangan tenaga.
Ads
Ads
Ilham tropika sememangnya segar sepanjang tahun. Anda yang mahukan mood percutian sudah pasti sesuai menggayakan tema ini dengan suasana gembira lagi ceria. Sifat rotan yang tahan lama dan suasana tropika yang nampak popular dalam apa juga musim memberi satu pesona unik buat ruang kamar. Malah melihat ruang kamar yang elegan dengan tema tropika bagaikan bercanda di pasiran pantai. Simple-simple sahaja di IMPIANA.
Tidak semua di antara kita bernasib baik apabila baru berkahwin tetapi telah mempunyai sebuah rumah besar lengkap dengan perabot dan sebagainya. Kebanyakan daripada pasangan baru berkahwin bermula dengan kosong dan berdikit-dikit menyediakan kelengkapan rumah untuk keselesaan keluarga. Ada yang mengambil masa bertahun dan ada pula yang bijak merancang lalu mereka berjaya menghias kediaman dengan kos yang rendah tetapi cantik.
Ini yang dilakukan oleh Jazlan Nangar iaitu seorang jurugambar profesional. Beliau dan isteri mengumpul barang dekorasi sedikit demi sedikit dan kebanyakannya dibeli dengan harga yang berpatutan. Caranya adalah rajin survey kedai-kedai barangan dekorasi dan ada juga yang dibeli di Ikea (as-is). Paling unik kayu palet yang disusun menjadi rak tv. Kreatif dan yang penting bijak jimat kos.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Spesifikasi: 1 ruang utama (ruang tamu, ruang makan dan dapur), 6 kamar beradu, 6 kamar mandi
Karya pereka sememangnya merupakan satu ilham untuk berkomunikasi dengan kita secara halus. Ada yang cuba menegur kepincangan sesebuah masyarakat, ada yang cuba memberi pandangan serta banyak juga yang menyalurkan motivasi kepada kita.
Karya seni reka bentuk dalaman pereka wanita yang satu ini pula adalah mewarnai kasih sayang di antara ahli keluarga. IMPIANA meninjau idea dan sentuhan moden pereka Steph Low dariYong Studio.
AURA KEKELUARGAAN
Kediaman berkeluasan sekitar 4468 kaki persegi diolah sempurna oleh Steph Low dan pasukan perekanya. Mereka telah mencanai ilham agar ruang kediaman semi D tiga tingkat ini tampil selesa, moden dan eksklusif. Apatah lagi tuan rumah mempunyai anak kecil dan memerlukan ruang yang selamat untuk trafik domestik. Bahkan ruang utama juga perlu memudahkan pemilik untuk melaksanakan aktiviti seharian mereka tanpa adanya gangguan dan rasa resah.
“Saya melihat kediaman ini agak besar dan selalunya kediaman seperti ini membuatkan ahli keluarganya lebih senang bersendiri atau melakukan urusan sendiri. Jadi, saya berhasrat untuk menyatukan aktiviti mereka di dalam satu ruang bagi menerbitkan aura kekeluargaan dan kasih sayang,” ujar Steph yang begitu sensitif dan prihatin dengan gaya hidup pelanggannya.
Bagi ruang utama, pereka membuka apa juga dinding yang menghalang agar ruang ini tampil lebih luas, selesa dan memberikan suasana lebih positif untuk anak-anak bermain juga lain-lain aktiviti kekeluargaan. Tidak hairanlah jika Steph memilih ilham moden ringkas dengan hiasan eksklusif bagi setiap ceruk ruang.
RUANG UTAMA BERSIFAT ABADI
Jika dilihat ruang utama dihias dengan perabot dan aksesori moden kontemporari. Ringkas namun selesa dengan pilihan perabot eksklusif yang direka dengan material mewah. Bagi Steph, setiap daripada material ini mempunyai nilai estetika penuh elegan. Oleh itu ruang ini tidak perlu dipenuhkan dengan hiasan lain, malah pemilihan warna juga dilihat sangat santai dan bersifat abadi. Tidak akan jemu biar dimamah waktu.
Jika dilihat pada ruang tamu dan makan ruang kediaman semi D ini juga umpama sebuah kediaman banglo moden kerana bebas daripada dinding penghalang. Manakala kehadiran dapur kering di situ dengan rekaan urban elegan melengkapkan lagi pelan lantai sebuah kediaman moden.
“Bagi saya ibu bapa hari ini mempunyai waktu yang terhad untuk menguruskan anak-anak mereka. Biar pun begitu, dengan adanya segala kelengkapan di dalam sebuah ruang akan membantu mereka memantau anak-anak di samping menyempurnakan tugasan lain,”ujar Steph lagi.
SELESA SEGAR
Bagi Steph, dia berasa puas apabila diberi amanah mereka ruang kegunaan sekeluarga dengan semaksimum mungkin. Penelitian bukan sekadar pada warna tetapi juga pada pencahayaan dan sistem pengudaraan semula jadi. Ini penting agar ruang kekal selesa dan segar. Projek yang mengambil masa sekitar tiga bulan ini sememangnya banyak memberi ilham kepada Steph bahawa ruang mampu mengikat kemesraan antara ahli keluarga. Malah kediaman ini diolah dengan bijak dan strategik. Steph berjaya menukar ruang yang dahulunya biasa tampil luar biasa dan berguna kepada semua.
Tip Dekorasi Oleh Steph Low
*Fotografi: Yong Studio
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Mungkin ramai di kalangan pasangan baru di sana tercari-cari idea untuk menghias kediaman sendiri. Maklumlah sudah bergelar pengantin baru, membina hidup baru dengan keazaman yang baru. Mencari kediaman baru biar sederhana namun cukup untuk berdua. Inilah masa bagi anda menanam impian,apakah konsep atau tata hias pilihan anda.
Mahal dan tidak mampu? Mengapa perlu terburu -buru. Rancang segalanya agar perbelanjaan anda terkawal dan kediaman anda dihias sedikit demi sedikit sehingga lengkap tanpa lari daripada perancangan asal. Jangan sedih jika kita bermula dengan cukup sederhana. sebuah kerusi dan meja kopi misalnya.
Usah takut bermain dengan rona taboo seperti hitam atau putih. Anda berhak menikmati apa yang anda rasa dan jika kotor, mudah anda membersihnya daripada tenggelam dalam warna yang kita sendiri tidak pasti bersih atau tidak. Jika tidak , kita juga boleh membaut kitar semula . Gunakan kreativiti anda. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.