~Inspirasi Dekor Moden Untuk Kediaman Bersaiz 850 Kaki Persegi~. Inspirasi dekor moden jadi pilihan follower IMPIANA, keluasan rumah 850 kaki persegi langsung tidak menggugat Puan Hamidah Kader Pillai ini untuk menghias rumahnya. Pemilihan warna lebut yang lebih selamat dalam penataan buatkan ruang tamu ini nampak luas dan selesa. Puan Hamidah juga bijak mengenakan set sofa yang dia suai padan kan dengan dua kerusi berlegan warna biru yang sepadan dengan saiz ruang tamunya. Tidak terlalu besar dan padat untuk ruang tamu yang terhad.
Perkongsian ini hanyalah ruang tamu dan ruang dapur beliau. Katanya, beliau banyak mendapat inspirasi dari IMPIANA. Di sini IMPIANA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Hamidah yang berkongsi kediaman miliknya untuk dijadikan inspirasi kepada semua followers IMPIANA diluar sana.
Dekor moden adalah satu konsep yang tidak sarat dan tidak mengunakan ruang yang banyak dalam sentuhan. Gaya yang lebih praktikal dan menyerlah dalam susun atur yang sempurna.
Ads
Ruang dapur dilengkapi dengan kabinet pasang siap ini membuatkan ia kelihatan lebih teratur dan sempurna untuk ruang dapur yang terhad ruangnya. Pemilihan putih dan hitam dalam nada yang lebih selamat dan menyerlah.
Ads
Ads
Keluasan, jenis kediaman tidak pernah menghalang anda dari menghias kediaman anda mengikut cita rasa anda. Jadikan rumah anda adalah syurga untuk anda sekeluarga.
cat pada tembok atau dinding kediaman yang mengelupas tidak kira interior mahupun exterior adalah antara perkara yang biasa berlaku. Bahkan, masalah ini kerap berlaku pada dinding yang baru dicat. Jika hal ini terjadi pada dinding rumah anda, janganlah terburu-buru untuk memanggil tukang untuk memperbaikinya kerana ada beberapa cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri. Sebelum itu, anda perlu kenalpasti punca cat pada dinding mengelupas
1. Umur yang yang sudah lama (mengapur) sehingga daya lekatnya berkurang.
2. Kondisi dinding yang lembap, salah satu penyebab utama pengelupasan pada tembok (flaking) adalah kondisi tembok yang lembap. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh banjir, terdapat aliran air pada dinding secara kerap dan dalam tempoh yang lama akibat kebocoran atau sebagainya
3. Proses mengecat dilakukan sebelum konkrit dinding kering dalam tempoh yang sepatutnya
4. Proses kemasan dinding yang kurang baik juga antara sebab cat pada dindin atau tembok mengelupas atau tidak melekat
5. Kualiti cat yang tidak baik turut memainkan peranan. Sebab itu, anda perlu semak dengan penjual bukan sekadar jenis atau jenama, malah tempoh ketahanan cat yang dibeli
6. Teknikcat yang salah. Ini antara faktor penyumbang utama kepada masalah ia cepat mengelupas. Antara perkara yang kerap diabaikan adalah, dinding yang hendak dicat tidak dibersihkan terlebih dahulu. Sehinggakan sisa atau lapisan lama tidak disingkirkan. Hal ini pendorong keapda lapisan baru mengelupas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Pelbagai kaedah penyimpanan barang dapur basah yang telah dikongsikan oleh suri rumah tangga. Ia Bukan sahaja stok tersusun rapi, malah tahan lebih lama dalam simpanan. Salah cara simpanan, ikan yang dibeli jadi tak sedap, ayam tak manis dan sayur rosak begitu sahaja.
Kalau daging atau ikan dah mula rasa tak sedap dan tak manis, memang juadah yang dihasilkan kurang enak. Normah Bahari ada cara betul Simpan Ikan Tahan Segar dan manis macam baru beli
Susun ikan didalam bekas untuk sekali masak , tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut , kemudian frozenkan ,bila nk masak , keluarkan dan biarkan ia cair , kalau nk masak pagi , keluar dari malam dan bila nk masak tengahari , keluarkan waktu pagi , In Sha Allah ikan kita tetap segar mcm baru beli .
Namun, bahan keperluan masakan lain perlu sentiasa ada stok. Kot-kot nanti terpulang awal atau adanya masa-masa kecemasan lain. Boleh lah si ibu masak. Tapi selalu proses memasak terhenti apabila stok yang disimpan terutamanya sayuran dan bawang rosak begitu sahaja. SAYANG NYA. Sebenarnya, ada acara nak elak bahan-bahan ini cepat rosak. Berikut adalah cara-caranya:
BAWANG
Nak dikupas awal, boleh lebam. Kalau dikisar dan simpan dalam peti sejuk pula nanti baunya lain macam pula. Jadi, cara terbaik untuk menyimpan bawang adalah dengan menyimpan di dalam bekas yang mempunyai aliran udara yang baik seperti bakul dan letakkan di Kawasan yang tiada pencahayaan.
Ada sesetengah ibu suka mengupas bawang siap-siap. Jadi bila nak masak, tak perlulah masa yang lama untuk mengupas bawang. Untuk menyimpan bawang yang telah dikupas, Jangan buang bahagian hujung dan pangkal bawang. Ia mampu mengelak bawang dari terhidarat dan tercemar. Disamping itu juga, jangan cuci bawang sebelum disimpan
Beras, ada kalanya walaupun baru dibeli sudah mula rosak. Perosak utama beras adalah kutu beras. Selain disebabkan oleh beras yang dah lama, kondisi lembap boleh menyebabkan beras cepat rosak. Bagi mengatasi masalah ini, elak menggunakan bekas atau tangan yang basah ketika mengambil beras dari bekas simpanan.
Selin itu juga, boleh letakkan daun pandan kering atau cili bagi mengelak kehadiran kutu beras. Apa pun, yang paling utama adalah pastikan bekas simpanan kedap udara.
HALIA, KUNYIT dan LENGKUAS
Halia kunyit dan lengkuas antara bahan yang jarang digunakan dalam masakkan. Tidak seperti bawang dan cili. Tapi nak beli, bukan boleh sikit-sikit. Jadi bila dah lama-lama, halia dan kunyit tadi boleh mengecut walaupun disimpan di dalam peti sejuk. Untuk menyimpan halia dan kunyit pastikan masa membeli, elak ambil bahagian yang telah dipatahkan. Ia bertujuan mengelak halia dan kunyit tadi dari cepat kering.
Halia dan kunyit tadi boleh disimpan seperti mana anda menyimpan bawang yang belum dikupas tadi iaitu dengan menggunakan bakul dan simpan di dalam tempat yang tidak ditembus cahaya. Selain itu juga, boleh cuba simpan di dalam botol atau bekas makanan yang kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk
SAYURAN
Sayur berdaun yang paling sukar untuk disimpan. Kesegarannya biasa bertahan dalam tempoh seminggu sahaja. Bagi memastikan sayur yang disimpan tahan lebih lama, ia perlu dikeluarkan dari plastik dan dibalut dengan surat khabar atau tisu tanpa perlu dicuci.
UBI KENTANG
Cara menyimpan ubi kentang supaya tahan lebih lama sama seperti menyimpan bawang. Namun, elakkan menyimpan bawang dan kentang dalam tempat yang sama. Ini kerana, bawang akan membebaskan gas yang akan menyebabkan kentang cepat rosak
TEPUNG
Dengan menggunkan bekas kedap udara dan kering, tepung yang disimpan boleh tahan selama 6 bulan selepas dibuka. Kebiasaanya, tepung rosak bukan lah isu utama tetapai masalah ukat tepung. Seperti beras, bekas tidak kedap dan lembap menyebabkan ulat tepung mudah wujud.
Jadi, untuk memastikan tepung tahan lama, gunakan bekas yang kedap dan kering, Masa mengguna pun, elak dari bercampur senduk atau sudu untuk menyeduk dan segera tutup dan jangan dibiarkan terbuka
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Papan pemotong merupakan salah satu peralatan yang wajib ada di dapur setiap orang. Ia memudahkan aktiviti memotong sayur-sayuran mahupun daging dan ikan. Kerja pemotongan akan jadi lebih teratur dan selamat.
Papan pemotong yang diperbuat daripada material plastik terutamanya, memang mudah kotor dan bertukar kehitaman. Tambahan lagi jika pemiliknya seorang yang rajin masuk ke dapur. Walaupun sudah dicuci dengan sabun, disental dengan span, kotoran ini sangat degil dan susah untuk tanggal. Tapi anda tidak perlu khuatir lagi, kerana IMPIANA ada caranya…
1) Potong limau nipis kepada dua bahagian
2) Taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong.
3) Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.
4) Biarkan selama 10 minit.
5) Selepas 10 minit, gosok semula papan menggunakan baki limau tadi.
6) Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok/sental sehingga puas hati.
7) Boleh juga gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.
8) Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru.
Papan pemotong ni kalau tidak dicuci dengan betul, bila nak guna tu silap hari bulan memang geli… bila dah hitam dan berlendir.. jadi sebelum ia menjadi teruk setiap kali selepas guna pastikan anda menyental papan pemotong anda.
Kalau anda nak tahu inilah salah satu punca anda boleh mendapat keracunan makanan walaupun masak makan di rumah. Bila perkakas masak anda tidak dijaga dengan sempurna. Merebaknya bakteria tanpa boleh di kesan.
Kadang kala anda mungkin tidak perasan yang cik li (lipas) dan haiwan perosak lain menyinggah ke papan pemotong anda yang tidak beesih tu. Masa nak masak lupa nak basuh papan tu pula.. memang menempah penyakit la kan.
Layari Youtube IMPIANATV untuk banyak lagi video2 menarik dan tip menarik yang dikongsikan.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.