Nak halau lipan dan haiwan kotor sewaktu dengannya bukanlah satu hal yang mudah. Tetapi jika tidak dibendung, mereka akan bermaharajalela di rumah kita pula. Jadi nak tak nak, kenalah rajinkan diri cari petua dan penawar buat menghapus lipan durjana ini.
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lipan
Lipan amat sukakan tempat atau kawasan lembab.
Lipas dan semut merupakan makanan untuk lipan.
Badan lipan yang leper memudahkannya untuk masuk kedalam rumah melalui celah-celah lubang atau bukaan walau sekecil mana pun.
Lipan akan tertarik dengan kediaman yang tidak membersihkan longkang dan mempunyai air bertakung didalamnya.
Selain itu, laman yang dibiarkan tidak terurus dengan daun kering bertaburan juga boleh menarik lipan.
Lipan rumah biasanya mempunyai kepanjangan 1 hingga ke 2 inci dan bergerak sangat laju.
Lebih besar saiz lipan, lebih bisa sengatannya.
Cara Menghalau & Membasmi Lipan
Ads
#1 GARAM
Garam amat berkesan dan efektif untuk menghalau haiwan melata seperti ular dan lipan dari rumah. Anda hanya perlu taburkan garam di kawasan-kawasan yang berpotensi menjadi tempat persembunyian lipan dan biarkan sehingga yakin tiada lagi lipan.
#2 DAUN PANDAN
Selain berfungsi untuk mengharumkan bau nasi yang dimasak, daun pandan juga boleh digunakan untuk megusir lipan. Caranya, hiris daun pandan halus-halus supaya baunya lebih kuat dan letakkan hirisan tadi didalam mangkuk. Kemudian letakkan di setiap sudut rumah kerana bau pandan yang kuat akan membuat lipan tidak selesa lalu keluar dari rumah.
Ads
#3 KAPUR BARUS
Kapur barus amat sesuai diletakkan di kawasan lembab yang merupakan tempat kegemaran lipan.
Ads
Itulah bahan-bahan mudah yang anda boleh dapati di rumah berkesan menghalau lipan. Selamat mencuba!
Kebanyakkan rekabentuk rumah baru kini dibina dengan bumbung yang flat atau rata. Dari segi estetiknya, sudah tentu design sebegini nampak lebih kontemporari dan sleek. Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa hal yang perlu dititikberatkan sebelum memutuskan untuk membeli atau membina rumah dengan bumbung rata.
Ramai pembeli masih musykil dan ragu-ragu tentang hal ini jadi Dr. Sr. Nuzaihan Aras Agus Salim dengan besar hatinya ingin berkongsi tips dan nasihat agar para pembeli tidak melakukan kesilapan yang akan memberi impak pada jangka masa panjang. Maklumlah, kos renovasi untuk bumbung sudah tentunya akan memakan belanja yang banyak. Kan rugi nanti.
Nota penulis :Perkongsian ini pada asalnya dikongsikan di laman facebook Sr. Nuzaihan Aras Agus Salim atau Uniey Aras selaku seorang pensyarah Ukur Bangunan di Universiti Sains Malaysia. Artikel ini telah diolah untuk diterbitkan semula dalam laman digital IMPIANA dengan izin beliau.
Jika disoal tentang perihal bumbung rata ini, Dr. Uniey berpesan supaya jangan panik apabila sudah terbeli atau memiliki rumah dengan flatroof kerana tidak semua bumbung rata memberi masalah. Berikut adalah pandangan beliau melalui ciri-ciri rekabentuk bumbung rata dan kesan terhadap penyenggaraan bangunan. Bumbung yang rata ini tidak akan menimbulkan masalah jika:
– Ada sedikit kecuraman pada bumbung.
– Sambungan bumbung rata kepada setiap elemen utama bangunan seperti dinding dan bumbung rata dilihat melalui menggunaan flashing atau tidak nampak dari luaran, bermaksud terdapat lapisan kalis lembap dalam perincian sambungan bumbung rata ke dinding.
– Material yang digunakan melalui perincian elemen bumbung rata atau dikenali sebagai flat roof detailing yang lengkap.
Masalah juga akan timbul sekiranya terdapat kelemahan kualiti dari perkara di atas.
Contohnya:
1. Masalah kualiti lepaan di mana kontraktor tidak memastikan bumbung tersebut dlm keadaan sedikit curam mahupun meratakan permukaan. Akibatnya, bumbung akan menakungkan sedikit air apatah lagi kandungan yang banyak.
2. Kelemahan dibahagian sambungan. Tiada lepaan Damp Proof Course (DPC) dari bumbung ke dinding untuk elakkan serapan air, atau, tiada flashingsheets seperti aluminium diletakkan di sambungan ini untuk mengelakkan air meresap melalui percikan air hujan.
3. Penggunaan material kalis air tidak digunakan bagi mengelakkan serapan air. Serta tidak mempunyai saluran tread di bawah bumbung rata. Tread merupakan satu garisan lurus dan panjang serta mempunyai kedalaman lebih kurang 3mm dan lebar lebih kurang 10mm. Tujuan elemen ini adalah untuk mengelakkan air hujan yang mengalir di tepi bumbung rata lalu melimpah dan mengalir masuk ke bahagian tengah bumbung.
Kerosakan bagi kelemahan di atas, pembeli akan menerima:
1. Siling dan bumbung berkulat akibat dari kelemahan kontraktor meratakan lepaan mahupun tidak membenarkan sedikit kecuraman air.
2. Air turut meresap ke elemen bangunan lain sepert dinding dan siling bangunan utama.
3. Air yang kerap mengalir menyebabkan ‘kebocoran’ di kawasan bawah bumbung rata sekiranya waktu hujan lebat.
Namun begitu, jika kesemua ini telah diambilkira oleh kontraktor dan arkitek, perkara ini tidak akan terjadi atau proses pertumbuhan kulat mungkin boleh dilambatkan. Oleh itu, bagi memastikan bumbung rumah anda ada elemen di atas, apa yang pembeli boleh buat adalah dengan melakukan sedikit ujian keselamatan.
1. Ujian laluan air. Anda perlukan getah paip yang panjang. Alirkan air yang sangat banyak ke atas bumbung kemudian lihat arah air itu mengalir. Jika air tiada arah atau tidak selari, bermaksud bumbung anda tiada kecuraman. Oleh itu, anda ambil spirit water level yang boleh didapati di hardware dengan harga kurang RM10 untuk letakkan di tengah tengah dan tepi bumbung rata tersebut. Lihat spirit level berkenaan. Buih itu duduk di tengah-tengah atau menyenget. Seharusnya ia menyenget. Lihat kecenderungan buih dalam garisan air tersebut. Buih seharusnya keluar dari garisan tengah. Di mana kedudukan buih berada bermaksud di situ kawasan lebih tinggi.
Jika terdapat buih di tengah, anda tunggu sebentar sehingga hampir 70% air mulai kering. Lihat kawasan takungan air. Di mana kawasan air bertakung itu bermaksud, di situ contractor tidak melakukan lepaan rata dengan baik. Pastikan takungan tidak langsung berlaku walaupun kedalaman takungan hanya 1mm. Anda ambil gambar dan majukan kepada kontraktor untuk pampasan. Tetapi boleh tuntut dalam tempoh DLP. Jika tidak, anda perlu baiki sendiri.
2. Ujian kedua adalah melalui pemerhatian. Anda kena lihat di setiap sambungan bumbung rata ke dinding. Ada atau tidak kepingan aluminium sama ada di cat atau tidak, ia seharusnya di situ. Jika tiada, ini sedikit rumit. Anda perlu lihat, jika hujan lebat, ada atau tidak resapan air ke dalam (1) dinding atau siling rumah anda yg saya pasti, kawasan ruang tamu atau bilik utama atau (2) resapan air di bawah siling garaj kereta sambungan ke dinding luar rumah. Ambil gambar untnk tuntutan jika masih di bawah DLP atau puan perlu baiki dengan saranan di atas (No 2)
3. Ujian observation melihat ada ya “tread”. Lihat di bawah bumbung rata di kelilingnya. Pastikan ada satu alur dgn kedalaman 3mm dan jaraknya lebih kurang 100mm dr tepi bumbung rata anda. Dan dari masa ke semasa, anda kena pastikan alur ini tiada kulat, perlu dibersihkan. Jika tidak, air akan melalui di atas kulat berkenaan dan masalah yg sama turut terjadi. Jika tiada tread, tidak mengapa cuma akan ada lembapan kelak. Anda ambil gambar dan buat aduan. Jika tidak, anda terpaksa membuat tread tersebut dgn menebuk lubang siling dan alur berkenaan.
Tambah Dr. Uniey lagi, “Tidak semestinya bumbung rata itu ada masalah. Bagi mata kasar saya, masalah yang berlaku hanya di luar bangunan. Namun begitu, sebagai pembeli anda cubalah jalankan ujian yang saya sarankan tadi.”
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Terkesan dengan berita beberapa kematian selepas memakan laksa, semalam IMPIANA terpanggil untuk berkongsi ruang di dalam rumah anda yang berpotensi tinggi menjadi tempat pembiakkan bakteria. Namun, ramai tertanya-tanya dari mana dan bagaimana bakteria pembunuh salmonella ini boleh membiak.
Hari ini, IMPIANA menjawab pertanyaan tersebut. Diharap, ia dapat membantu pembaca agar lebih berhati-hati kerana bakteria salmonella ini kesannya bukan dalam tempoh sekejap. Ia megambil masa hampir 12 jam untuk menunjukkan tidak balas.
APA ITU SALMONELLA?
Terdiri daripada beberapa jenis bakteria yang boleh menyeabbkan jangkitan terutamanya pada saluran pemakanan dan pencernaan. Menurut WHO, salmonella adalah salah satu penyebab utama keracunan makanan di dunia
APAKAH PENYEBAB WUJUDNYA BAKTERIA SALMONELLA DI DALAM MAKANAN?
Bakteria salmonella kebiasaanya membiak dan menjadikan daging, ikan, telur, buah dan sayur sebagai habitatnya. Ia berpunca dari tinja haiwan peliharaan dan ternakkan atau dari makanan itu sendiri yang telah tercemar dari sumber asalnya.
APAKAH TANDA-TANDA DAN GEJALA PENCEMARAN SALMONELLA DALAM BADAN
Seperti yang pernah berlaku di Sungai Petani, hidangan ayam masak merah telah menyebabkan beberapa kematian dan lebih dari 200 orang cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan yang teruk. Namun, tanda-tanda keracunan dapat dikesan setelah hampir 12 jam.
BAGAIMANA CARA MENGATASI JANGKITAN SALMONELLA? Untuk menghindari jangkitan salmonella, ada beberapa perkara dan rutin yang perlu di lakukan dan jadikan ia sebagai amalan harian:
1. Cuci tangan dengan menggunakan sabun setiap kali selepas
– Menggunkan bilik air
– Mengganti lampin anak
– Memotong daging atau ayam
– Membersihkan kotoran atau kandang haiwan peliharaan
– Menyentuh haiwan
2. Asingkan daging, ayam dan makanan laut dari bahan lain sehingga ia selesai dibersihkan
3. Sediakan papan pemotong khas untuk memotong daging. Manakala untuk memotong sayur, sediakan papan lain
4. Elak makanan yang telah dimasak dari permukaan yang belum dibersihkan seperti papan pemotong, makanan yang belum dimasak
5. Cuci bersih peralatan dan perkakas dapur terutamanya yang bersentuhan dengan bahan yang masih mentah
6. Simpan daging, ikan dan ayam di dalam bekas yang bertutup
7. Cuci bersih semua bahan termasuk sayur yang memang dimakan secara mentah
8. Jika terdapat daging, ikan atau ayam yang dihidangkan dalam keadaan mentah sebagai santapan, pastikan ia segar
9. Masak makanan sehingga matang untuk membunuh bakteria punca penyakit
10. Lakukan pembersihan berkala dengan menggunkan bahan pencegah bakteria
Sumber: https://www.cleanipedia.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tip nyahbeku bahan mentah. Amalan yang biasa dilakukan untuk mencairkan bahan mentah adalah dengan merendam dalam bekas berisi air. Tahukah anda ini adalah amalan yang salah?
3 kaedah nyahbeku yang bahan mentah yang betul adalah
Kaedah ini adalah bagi mempercepatkan proses nyahbeku bagimengelakkan pertumbuhan bakteria. Kaedah nyahbeku yang tidak betul boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya tidak dimasak dengan sempurna. Sekiranya tidak dinyahbeku dengan betul ketulan ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya dan apabila dimasak tidak sempurna bahagian yang masih ada ketulan ais akan menyebabkan bakteria membiak dan boleh jadi punca keracunan makanan.
**Perkongsian ini dikongsi oleh Hanis Zalikha melalui akaun instagram milik beliau.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!