Salah satu teknik penjagaan dan merawat rumah kayu adalah dengan menggunakan cat. Cara Cat Kayu Kalau Nak Cantik Dan Tahan Lama  (kilik sini untuk artikel lengkap).  Tapi, tahukah anda cat yang bersesuaian dengan perabot kayu.? Jika dibicarakan mengenai cat kayu, terdapat dua jenis iaitu cat solid yang terus menutupi ira kayu atau cat transparan seperti varnish dan syelek.

Sebelum itu, anda WAJIB faham terlebih dahulu apa fungsi cat terhadap kayu.  Cat kayu digunakan bagi melindungi dan memberikan warna. Penggunaan cat pada permukaan kayu merupakan salah satu langkah untuk melindungi kayu dari serangan serangga perosak terutamanya anai-anai. Namun, untuk cat solid pada permukaan kayu, tidak boleh guna cat biasa yang digunakan pada dinding. Terdapat pelbagai cat khas untuk kayu, tapi yang mana betul-betul berkualiti dan hasilnya menjadi? Berikut, ciri-ciri cat kayu yang perlu diperincikan

  1. Tentukan kegunan

Seperti cat biasa, kayu juga ada cat untuk kegunaan indoor atau outdoor.  Kayu yang sering terpancar dengan terik matahari dan UV cepat kusam. Bagi memastikan fasad dan perabot taman anda tahan lama dan sentiasa cantik, gunakan cat kayu yang dikhaskan bagi kegunaan outdoor

  1. Tentukan jenis warna yang diinginkan

Seperti yang dikatakan sebelum ini, jenis keamasan kayu ada dua iaitu cat solid dan transparan. Jika memilih permukaan cat solid menutupi ira kayu, pilihlah cat minyak. Sebaliknya untuk kemasan transparan, karekter iara kayu perlu ditonjolkan. Jadi, pilihalah varnish atau syelek. Kedua-dua jenis kemasan kayu transparan ini pun hadir dalam pelbagai rona pilihanCara Cat Kayu Kalau Nak Cantik Dan Tahan Lama

IKLAN

Cara Cat Kayu Kalau Nak Cantik Dan Tahan Lama

  1. Tentukan cara aplikasi

Untuk mengecat permukaan kayu, ada du acara sama ada dengan menggunkan semburan atau sapuan. Setiap kaedah mempunyai kesan yang berbeza. Namun jika anda merancang untuk menggunkan kaedah semburan, peralatan khas diperlukan untuk memastikan permukaan semburan kemas dan rapi.

IKLAN

Cara Cat Kayu Cara Cat Kayu Kalau Nak Cantik Dan Tahan Lama

IKLAN
  1. Baiki kerosakan

Jika terdapat permukaan kayu yang berlubang atau rosak, sumbatkan dengan wood filler dan biarkan ia kering sepenuhnya sebelum dicat. Ia untuk memastikan, segala rongga yang buruk dapat ditutupi sepenuhnya. Bila kerja mengecat selesai, barulah permukaan kayu kelihatan lebih kemasCara Cat Kayu Kalau Nak Cantik Dan Tahan Lama

  1. Buang lapisan lama

Permukaan kayu perlukan tututan tugas yang lebih untuk memastikan hasil cat yang di lakukan menjadi dan cantik. Jika cat dinding konkrit cukup sekadar lapisan under layer untuk meenghilangkan lapisan cat lama dan memastik cat baru dapat diserap sepenuhnya, untuk permukaan kayu, ia perlu digosok dengan kertas pasir. Jika lapisan lama telah hilang, barulah lapisan cat baru dapat diserap sepenuhnya oleh permukaan kayuCara Cat Kayu Kalau Nak Cantik Dan Tahan Lama

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI