Tular tanam indoor terutamanya pokok lidah mak mertua. Ramai yang cari menyebabkan harganya pun boleh jadi tak masuk diakal. Dengan fakta yang masih kurang tepat mengenai tanaman tersebut yang dikatakan berupaya memebersihkan udara dan meyedut habuk, tiba-tiba keluar pula lagi satu fakta yang menyatakan medium tanaman jenis tanah yang digunakan untuk tanaman indoor bahaya untuk kesihatan.
Tak salah, memang betul pun fakta tersebut. Tanah memanglah syurga bagi mikroorganisma seperti bakteria, fungus, protozoa dan sebagainya. Betul lah tu, kalau letak pasu berisi tanah dalam rumah, kita akan terdedah dengan billion mikroorganisma dalam pasu tersebut.
Tapi pernah terfikir tak bahagian lain dalam rumah yang menadi pembiakkan mikroorganisma tersebut yang tidak kurang hebatnya? antaranya di dapur tandas dan yang paling dekat adalah telefon bimbit anda. SAMA JE.
IKLAN
Sebenarnya tak menjadi isu pun. Sebaiknya, gunakan sarung tangan untuk mengendalikan tanah tersebut dan pastikan cuci bersih tangan sebelum menyentuh makanan atau benda lain.
IKLAN
Tapi, kalau ragu-ragu juga tak adi masalah. Anda boleh gunakan teknik tanaman menggunakan air sahaja. Konsep tanaman macam ni, sangat seusi untuka nada yang malas dan selalu lupa nak siram pokok. Tapi, ada masalah lain pula. Air perlu diganti setiap minggu bagi mengelak ia menjadi tempat pembiakkan nyamuk. Selain itu juga, boleh gunakan jel tanaman. Berikut antara tanaman indoor yang sesuai untuk dibiakkan di dalam air:
Lidah buaya atau aloe vera merupakan spesies tumbuhan herba daripada Famili Liliaceae. Lidah buaya mengandungi 96 % kandungan air manakala 4 % lagi ialah minyak pati, asid amino, mineral, vitamin, enzim dan glikoprotein.
Pokok lidah buaya banyak ditanam di dalam pasu sebagai tanaman hiasan dirumah. Namun, tanaman ini juga dikatakan mempunyai banyak khasiat dan kegunaan samada dalam bidang perubatan atau kosmetik. Benarkah?
Menurut perkongsiah ahli kimia, Dr. Fatimah Salim, Aloe Vera mengandungi bahan kimia yang beracun!
Bahan kimia semulajadi yang dimaksudkan ialah aleo emodin (1,8-dihydroxy-3-(hydroxymethyl) iaitu daripada keluarga anthraquinone yang terkenal dengan sifat struktur kimia beracun. Bahan kimia ini terkandung pada getah aloe vera. Jika kita patahkan batang aloe vera, biasanya kita akan nampak getah berwarna kuning kan? Aha, itulah dia.
Sumber : Google
Fungsi bahan kimia ini pada aleo vera adalah sebagai pelindungan agar sel-selnya membesar dengan selamat.
Bahan kimia ini telah dilaporkan memberikan pelbagai manfaat dalam aktiviti pharmacology. Namun, disamping kebaikkan ini, keburukkan yang lebih merisaukan ialah ianya boleh menyebabkan keracunan hati dan buah pinggang apabila termakan/ dimakan.
Gelaja termakan ini termasuk daripada seringan-ringan iritasi dan cirit birit sehinggalah ke seberat-berat kegagalan buah pinggang.
International Agency for Research on Cancer mengklasifikasikan bahan kimia ini sebagai karsinogen dalam Kumpulan 2B (bahan kimia berpotensi penyebab atau penggalak kanser kepada manusia).
Pun begitu, bahan kimia ini TIDAK menyebabkan keracunan apabila diSAPU pada kulit. Dan biasanya untuk produk aloe vera yang dijual untuk dimakan, peniaga telah membuang bahan kimia ini. Maka, selamatlah dimakan gel itu.
Kelulut adalah salah satu spesis dari keluarga lebah namun ia lebih kecil dan tidak menyengat. Seperti lebah, kelulut juga membentuk koloni sosial yang kompleks. Ia kebiasaanya bersarang pada batang atau tunggul kayu yang telah mati.
Kelulut menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidan. Berbeza sedikit dari madu yang dihasilkan oleh lebah lain, madu kelulut sedikit masam dan berwarna lebih gelap. Namun faktor rasa dan warnanya bergantung kepada jenis bunga yang di bawa oleh kelulut untuk diproses menjadi madu.
Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifangus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet. Propolis dibentuk oleh lebah dengan menggunakan bahan resin atau getah yang diambil daripada pokok.
Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah punggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser
Menurut Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidikan MARDI Serdang Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional menggunakan propolis adalah seperti Diabetis mellitus, Strok, Hepetitis, kanser, hipertensi dan batu karang.
Berdasarkan kajian yang dilakukan di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman dari USM menyatakan bahawa madu kelulut mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk mencegah kanser dan gout.
Kajian awal yang dilakukan oleh Pusat Penyeledikan Teknologi Makanan, MARDI menunjukkan Asid Fenilpropanaoik, Asid Protocatechuik dan Asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti terkandung di dalam madu kelulut.
Selain itu juga, pengambilan madu kelulut juga dapat membantu seseorang untuk kekal bertenaga sepanjang hari selain meningkatkan metabolisma tubuh
Untuk mengetahui lebih lanjut 21 khasiat madu kelulut [klik sini]
Elak Pisang Dicuri Dan Kebun Diceroboh, Cuba Amalakan 5 Perkara Ni . Memang biasa dan selalu dengar, buah durian, pisang dan yang tengah kecoh sangat sekarang ni sawit. Almaklumlah, sawit tengah naik harga kan. Bagi pemilik pokok memang rasa luluh hati bila tanaman yang dididik dan berhasil, bila nak dituai tak ada. Nak di pagar, tak logik pula. sebab pagar pun bukan jaminan pencuri tak masusk mencuri.
Elly Deslan berkongsi pengalaman nya sendiri dan tip yang dikongsikan oleh ayahnya bagi mengelak pisang dikebunnya dicuri.
Agak sukar dipercayai, tapi inilah yang terjadi.
SABTU lepas, Ayahanda roger chiq. Suh amek pisang. Tak banyak, lebih kurang 6 tandan pisang tanduk dah tua. Dah boleh tebang. Jadi, gerak la kami suami isteri masuk kebun. Dari pagar masuk, jalan sampai ke hujung kebun. Segenap penjuru kami periksa. Dapat 2 tandan je yang dah matang. Ade sebatang pokok tumbang, pisang nye belum tua lagi. Jadi kami biarkan dulu, mungkin seminggu lgi baru bole ambil. Selain tu, ade 2 pokok muda tumbang, masih belum berbuah.
Ye ye ooooo je tadi ayah cakap ade 6 tandan. Yang dapat cuma 2. Balik dari kebun, cari yang kat rumah pulak. Pun same, belum ade yang tua. Ok, ayah ni rindu kebun gaknye. Umpat chiq dalam hati.
Tup-tup!!!! Tadi beliau telefon lagi. Suruh datang ruma ambil pisang. Eh???? Kan baru ambil kelmarin. Pisang dari mane pula? Bertekak kami anak beranak, memang chiq tak puas hati. Mesti nak tuduh chiq periksa kebun sambil lewa la tu😑😑
Ayah tiba-tiba ketawa. Owhhhhh….lupe nak cakap. Mungkin sebab ayah baca-baca sikit kat kebun mase nak balik kampug hari tu. Tu yang korang tak nampak. Ayha pun pelik, kemain besar-besar pisang sampai 4 tandan ni, tak kan lah anak aku tak nampak?
CARA-CARA UNTUK ELAK RUMAH DIMASUKI PENCURI ATAU JIN/IBLIS
Sekadar panduan,
a. Mengucap dua kalimah syahadah (1 kali)
b. Selawat ke atas nabi (2 kali)
c. Ayat kursi (1 kali)
d. Baca ayat 9 dari Surah Yasin (1 kali)
“Wa ja’alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun”
Maksud ayat:
“Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula), dan kami tutup(mata), mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”
2. Baca ayat kursi ketika hendak tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan melindungi kita dari gangguan syaitan sampai pagi.
3. Berwudhu sebelum tidur, dalam hadis disebutkan Allah akan mengirim malaikat untuk menjaga kita selama kita tidur.
4. Jangan letak gambar makhluk hidup dalam rumah, kerana malaikat tak akan masuk rumah yang ada gambar makhluk hidupnya. Jika malaikat tak masuk, siapa yang akan melindungi rumah kita?
5. Amalkan baca Surah-Al Baqarah. Antara kelebihan surah al-Baqarah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW: “Rumah yang di bacakan surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan” Elak Pisang Dicuri Dan Kebun Diceroboh, Cuba Amalakan 5 Perkara Ni
Jika ini diamalkan insha Allah kita, keluarga kita dan harta kita sentiasa berada dalam penjagaan dan jaminan Allah