Ramai antara kita yang memilih untuk hantar toto atau comforter ke dobi kerana beranggapan toto yang tebal pastinya leceh untuk dicuci.
Walhal, dengan mengikuti teknik genius perkongsian Puan Nurul Ain Syed Mohd ini, memang ternyata amat mudah untuk mencuci sendiri toto sendiri.
Tak perlu lagi anda susah-susah angkat keluar/masuk kereta toto yang berat tu.
Lihat caranya :
CARA BASUH COMFORTER/ TOTO
Dulu selalu pakai cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
Ads
Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Hurm. Mungkin ada betulnya juga.
Caranya mudah ya amat.
1. Gulung gulung dulu sebelum masuk mesin
Ads
Gulung ikut saiz mesin. Saya guna mesin 8kg
2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
Ads
3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.
Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak. Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
Apapun ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin. Taknak masuk mesin pun tak mengapa. Lambatlah sikit keringnya nanti. Terpulang.
.
Kalian pula guna cara yang mana. A atau B?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Di Malaysia terdapat pelbagai pilihan tanaman memanjat yang mempunyai warna-warna terang dan cerah. Antaranya, Pyrostegia venusta yang juga dikenali sebagai Flame Vine atau Firecracker Vine yang berasal dari Brazil. Terang bunga tanaman ini yang berwarna jingga bergayutan di hujung sulur paut menjadikannya tarikan yang sangat kuat kepada pintu masuk kediaman anda. Bunga-bunga yang memanjang dan berkelompok begitu menonjol seumpama gubahan bunga pada pintu gerbang.
Seterusnya adalah tanaman memanjat Thunbergia laurifolia yang boleh didapati dengan kuntuman bunga berbentuk seperti trumpet. Tanaman ini sering kali menjadi pilihan untuk menghiasi struktur trellis, pergola dan gazebo kerana bunga-bunganya yang bersaiz besar dan ketara. Thunbergia mudah hidup di bawah sinaran matahari penuh ataupun separa teduh. Dengan bunga bersaiz hampir 5 inci berwarna biru, putih atau lavender pasti menggamit kedamaian bagi sesiapa yang melihatnya.
Manakala bagi penggemar tumbuhan eksotik, Passiflora incarnata pasti menjadi pilihan kerana bentuk bunganya yang unik. Pertumbuhannya yang agresif sesuai bagi anda yang ingin impak segera untuk kediaman. Warnanya yang terang dan jelas pula pasti membuatkan tetamu berasa teruja apabila dapat melihat sendiri keunikan tumbuhan ini.
Spesies Bougainvilla pula tumbuh sebagai tanaman memanjat tetapi ia juga boleh dibentuk menjadi renek. Kelopaknya boleh didapati pelbagai warna seperti merah terang, ungu, hot pink, jingga dan putih. Jika di negara empat musim Bougainvilla berbunga meriah pada musim salju, di Malaysia ia akan berkembang mekar apabila cuaca panas dan kering. Sama ada di tanam secara mendatar sebagai tanaman renek atau memanjat, perlu berhati-hati dengan duri panjang yang terdapat pada tanaman ini.
Allamanda cathartica begitu kaya dengan warna diraja sesuai bagi pemilik yang sukakan tanaman memanjat mudah dijaga. Alamanda tumbuh dengan baik dan menghasilkan bunga apabila mendapat cahaya matahari penuh. Ia tidak dapat berbunga dengan banyak ataupun kuantiti bunga akan berkurangan apabila berada di bawah redup. Oleh sebab pertumbuhan yang cepat, Alamanda sesuai dijadikan hiasan di tembok pagar kediaman.
Quisqualis indica pula tidak kurang hebatnya untuk dijadikan sebagai ‘penyambut tetamu’ di muka pintu. Tanaman menjalar malar segar dan mudah tumbuh serta boleh mencapai ketinggian melebihi 2 meter jika tidak dikawal. Gugusan lebat bunganya bukan sahaja menarik pandangan mata malahan kelebihannya yang memiliki aroma segar terutamanya pada waktu malam pasti meninggalkan memori indah saat kediaman anda dikunjungi.
Tristellateia australasie berbunga kuning ini juga antara tumbuhan menjalar malar segar. Ia berbunga sepanjang tahun menghasilkan bunga berbentuk bintang dalam gugusan panjang berjuntai. Dalam keadaan tanah kurang nutrien dan kering ia akan menggugurkan daun dan bunga juga akan berkurangan. Bentuk bunganya yang menarik dengan warna terang sesuai dijadikan hiasan di taman.
Bauhinia kockiana merupakan tumbuhan tropika semi deciduous yang memerlukan penyokong untuk menjalar. Di sebalik rimbunan daun yang lebat, bunga Bauhinia kockiana berbentuk jambangan yang melalui siri warna tertentu seperti merah jingga, kuning emas dan kuning cair sebelum ia gugur. Warna bunganya yang bersemarak bukan sahaja di abadikan pada trellis dan pergola, ia juga boleh diletakkan sebagai espalier pada dinding tembok pagar.
Antigenon leptosus merupakan tanaman memanjat yang sangat cepat membesar dan mempunyai foliage malah boleh tumbuh sehingga lebih dua meter. Ia menghasilkan bunga berbentuk hati sesuai disandarkan pada trellis, pergola dan arbor yang diteduhi dengan pelindung nipis. Bunga-bunga akan lebih berkembang jika berada di bawah cahaya sederhana.
Spesis Ipomoea pula tidak bertahan lama berbanding tanaman memanjat berbunga lain. Ia akan menjadi layu apabila matahari mulai menegak. Namun begitu, kelebihan yang terdapat pada Ipomoea adalah aroma wangi yang dihasilkan dan mengeluarkan bunga yang banyak pada satu masa. Ia sesuai sebagai melembutkan pagaran dan melingkari trellis yang dipasang di pintu utama.
Tidak sah jika kediaman Malaysia tidak disertai koleksi bunga ros nan indah. Spesies Ros bukan sahaja boleh ditanam secara horizontal di dalam pasu, ia juga boleh dibentuk sebagai tumbuhan memanjat menjadi gerbang menjalin tembok pagar dan pergola yang dibina. Ia mudah dijaga dengan melakukan pemangkasan selepas bunganya gugur untuk menggalakkan pengeluaran bunga seterusnya.
Wisteria floribunda merupakan tanaman memanjat berbunga ungu yang mempunyai dahan lembut melingkari sokongan seperti trellis atau pancang mengikut arah jam atau sebaliknya. Ia boleh menjalar di atas platfrom sehingga mencapai kelebaran 10 meter. Bunganya yang lebat menjadi sangat indah dinikmati di bawah arbor di ruang santai mahupun sebagai penyeri bahagian pintu masuk.
Garlic vine atau Cydista aequioctyalis ini pula lebih menonjol dengan kelompok bunga ungu kebiruan. Daunnya yang lebat dan tebal menghasilkan aroma bawang putih memerlukan sokongan yang sangat kuat apabila matang kerana daunnya yang sedikit lebar mudah merimbun lalu memenuhi ruang platform memanjat. Pemangkasan pada tunas pokok akan menggalakkan pertumbuhan daun.
Vallaris glabra begitu sinonim dengan masyarakat Melayu kerana harumannya yang sentiasa menjadi pilihan sebagai ramuan untuk membuat bunga rampai dan sebagai hiasan rambut anak-anak gadis dan wanita Melayu. Bunganya yang putih berseri melambangkan kesopanan dan sikap lemah lembut orang Melayu. Justeru pemilihan tanaman memanjat ini sebagai hiasan di perkarangan halaman adalah bersesuaian dengan sambutan pada Aidilfitri yang menampilkan keindahan budaya dan busana Melayu.
Clitorea ternatea atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang mempunyai bunga berwarna ungu terang yang digunakan secara tradisional sebagai pewarna makanan seperti nasi kerabu. Warnanya yang terang dan semakin jarang ditemui memberikan peluang kepada ruang masuk di kediaman anda menjadi lebih menonjol berbanding penggunaan tanaman berbunga lain. Kombinasi keindahan semula jadi yang terhasil dan penyediaan makanan berasaskan bahan organik memberikan persepsi positif kepada tuan rumah.
Klik link ini untuk anda yang ingin mencuci mata barang dekor yang murah dan menarik https://invol.co/cloqny
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kalau dah bijak mengolah, benda yang murah pun nampak mahal. Benda mahal pun boleh DIY sendiri. Seperti yang dilakukan oleh Encik Nor Ishraf. Berpunca dari rak yang dibeli atas talian lambat sampai, tambahan dalam tempoh PKP. Maka terhasillah rak dapur dari pipe PVc dan papan terpakai.
Untuk info, rak tu saya buat guna pvc paip + pvc fittings yang sememangnya dah ada dalam simpanan. Bahan2 lebihan yang saya gunakan untuk buat rumah hydroponic saya. Dalam komumiti hydroponics material ni memang banyak digunakan. Kalau diikutkan sebelum ni ada lagi benda lain saya buat guna paip pvc. Pagar anak, rak kecik untuk letak semaian anak pokok sayur, rak bawah dapur. Semuanya guna pvc paip. Papan pulak saya gunakan papan lebihan yang kontraktor di pejabat buang dan dikutip simpan dalam stor. In case 1 Hari nanti mana tau boleh guna. Yang ni kredit kepada rakan pejabat saya. Kalau dia tak kutip memang tak ade rak ni.
Material yang digunakan saya senaraikan dibawah.
1. Pvc paip 20mm class 6 x 2 btg (19ft p/pc) – kos RM30 (RM15 sebatang)
2. 4 way pvc connector x 20pcs – kos RM30 (RM1.50 p/pc beli di shoppe)
3. Papan recycle – tiada kos
4. Tiada gam digunakan
Alatan : pita ukur, pvc cutter (kalau xde boleh juga guna gergaji besi)
Ukuran rak – 24″ (L) x 10″ (D) x 10″ (T) setiap slot. Setiap papan saya skrukan 4 penjuru ke batang paip. Untuk membuatnya tak ambil masa yang lama pun. 1-2 jam macam tu dah siap. Semua orang boleh buat. Kalau kita rajin Dengan sikit kreativiti macam-macam boleh buat dengan paip pvc tu.
Saya harap apa yg saya kongsi ni dapat bg manafaat pada org lain juga.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tiada apa yang mustahil sekiranya kita kreatif dan rajin mencuba. Bukan sahaja anda dapat jimatkan masa dan juga wang, malah jika berjaya fikir keluar kotak, anda juga dapat menukar sesuatu yang tidak berharga menjadi lebih berfungsi dan dihargai. Begitulah contoh DIY bakul mainan yang ditunjukkan oleh Puan Azuana Sajahan melalui perkongsian beliau dilaman sesawang fb.
Beliau pada mulanya berhasrat membeli rak atau almari buat menyimpan mainan anaknya yang semakin banyak tetapi menukar fikiran kerana harga rak yang tidak masuk akal mahalnya. Jadi, berbekalkan duit kurang RM50 Puan Azuana telah bejaya membinakan rak bakul buat menyimpan alat permainan ‘hero’ kesayangannya.
Menurutnya, tempoh yang diambil untuk menyiapkan rak bakul ini tidak sampai 2 jam pun! Dan anda hanya perlukan bakul, wallpaper bercorak dan batang paip.
Yang penting kena tahu saiz (panjang dan lebar) bakul sebelum memotong batang paip.
Rak bakul tiga tingkat ini amat mudah untuk dibina, mungkin anda bleh cuba DIY pada hujung minggu nanti. Selamat mencuba!
Si kecil juga ‘excited’ nak bantu ibu bina rak bakul mainannya.
Kertas dinding atau wallpaper dari kedai eco untuk menceriakan rak bakul anda.
Pada bahagian bawah boleh diletakkan lagi bakul untuk mengisi mainan.
SELAMAT MENCUBA SEMUA!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.