Salah satu perkara yang paling menyenangkan ketika pergi melancong adalah apabila kita dapat menikmati keselesaan gaya hidup mewah ketika tinggal dihotel hotel. Katil empuk dengan cadar yang hangat, tandas luas yang bersih, serta balkoni dengan pemandangan indah. Sudah tentu seronok kan?
Tidur dibilik hotel pula pastinya extra lena dan selesa. Bagi mendapatkan kamar tidur ala hotel 5 bintang, tidaklah susah sebenarnya. Ikut dulu tip yang telah IMPIANA sediakan ini.
SKEMA WARNA Pilih rona neutral buat bilik tidur anda untuk tampak tenang dan sofistikated, saling tak tumpah seperti bilik hotel mewah yang menyajikan kita dengan aura nyaman dan selesa.
PERABOT STATEMENT Pemilihan perabot boleh boleh dilakukan mengikut kesesuaian ruang dan keutamaan tetapi untuk memberikan bilik tidur anda feel seperti di hotel, jangan lupa sertakan perabot yang menonjol dan boleh dijadikan titik fokal mahupun tarikan utama di dalam ruang tersebut.
Ads
KEMASAN LEMBUT & CADAR MEWAH Pastikan kemasan lembut anda terdiri dari bahan-bahan berkualiti kerana ia mampu menambah gaya mewah pada ruang. Selain itu cadar tilam/katil dan juga sarung bantal biarkan saja polos untuk tampil elegan.
PENCAHAYAAN Pencahayaan adalah cara penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil.
Ads
STAIL & AKSESORI Ambil peduli dengan aksesori walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kita akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati anda atau yang anda suka.
Dalam isu pengubahsuaian kediaman, kehendak dan bajet haruslah seiring. Selain itu, perancangan yang rapi juga perlu bagi memastikan proses renovasi berjalan lancar dan menepati citarasa. Walaupun setiap orang mempunyai standard berbeza-beza bergantung pada tahap kesanggupan melabur, kita semua setuju yang tiada siapa mahukan rumah mereka berantakan dan tidak cantik. Begitu juga dengan Puan Nadia dan suaminya encik Hisham yang meletakkan harapan tinggi buat kediaman teres 1 1/2 tingkat mereka di Seksyen 7, Kota Damansara ini.
Selain banyak mendapat ilham dan inspirasi dari instagram deco luar negara, Puan Nadia juga amat meminati gaya Dato’ Rizalman menghias kediaman-kediaman yang mewah tersergam indah. Dengan keluasan 24×58 kaki persegi, pemilik ini memilih untuk menerapkan konsep kontemporari yang glamour pada setiap ruang rumahnya. Rumah secondhand yang dibelinya pada tahun 2010 ini pada mulanya kelihatan sangat usang dan teruk tapi setelah membelanjakan hampir RM100k untuk kos keselurhan merenovasi, kediaman ini telah kembali bersinar dan menarik dalam masa lapan tahun.
Mari kita lihat transformasi menakjubkan yang mungkin dapat memberi inspirasi buat para pembaca. Selamat mendeko!
SEBELUM
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai tidak tahu, ada banyak tanaman indoor yang boleh mengundang ancaman kepada isi rumah. Sebelum ini, banyak kes keracunan tanaman indor berpunca dari pisang tanah atau Difenbachia. Namun, ada satu lagi tanaman yang cantik dan unik baru-baru ini dilaporkan oleh Hart Nursery menyebabkan kesan lecuran 30% kepada anjing dewasa.
Tanaman yang dimaksudkan adalah Euphorbia tirucalli ‘Sticks on Fire’ (Red Pencil Tree. Tanamn ini merupakan jenis sekulen. Tidak berdaun namun mempunyai ranting muda berwarna merah. Disebabkan fizikal tersebut, tanamn ini mendapat nama “Stick On Fire”
Namun apabila terdapat bahagian ranting yang patah, ia akan mengelurkan getah berwarna putih. Apabila cecari tersebut terkana kepada kulit, ia akan menyebabkan kesan lecuran secara drastik dan jika termakan ia mengganggu sistem tubuh.
Untuk tujuan keselamatan, letkan tanaman sekulen ini di kawasan yang sukar di capai terutamanya kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Bagi yang selesai menyelenggara, pastikan tanaman anda di cuci sepenuhnya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Setiap kali lepas mencuci pakaian berwarna gelap terutamanya hitam, pasti kelihatan habuk putih-putih pada permukaan fabrikny. Kalau nak hilangkan nya, mencuci semula bukanlah penyelesaian yang baik. Malah lebih banyak habuk yang kelihatan. Kebiasaannya lint roller lah jadi penyelamat. Sekali gelek, hilang terus.
Tapi sebenarnya, lint roller atau bahasa mudahnya penggelek habuk banyak kegunaannya. Bukan sekadar digunakan untuk menghilangkan habuk pada pakaian. Antara lain yang boleh anda gunakan adalah seperti:
1. Bersihkan habuk pada pembesar suara.
Kebiasaanya, pembesar suara ada permukaan fabrik yang menutupinya bagi mengelak habuk dari masuk terus pada permukaan diafragma. Dah guna bulu ayam, kain pun masih ada. Ini sebab habuk tersebut terlalu halus dan menjadikan ia melekat pada rongga fabrik pelindung tersebut. Nak disental kang terkoyak pula. Al Maklom lah fabriknya terlalu lembut. Cara terbaik adalah dengan menggunakan penggelek habuk. Tak perlu kuat-kuat. Lalu sahaja.
2. Buang habuk pada terendak lampu
Kalau anda mempunyai terendak lampu yang memang jadi tempat singgahan habuk, bolehlah buang habuk tersebut setiap hari dengan alat ni. Tak payah guna vacuum yang pakai elektrik tu kan.
3. Bersihkan beg tangan
Umum ketahui, beg tangan wanita dah macam stor. Macam-macam ada. Segala benda nak disumbat nya. Rasa-rasa berapa kerap anda membersihkan sepenuhnya beg tangan anda? 2 minggu sekali pun belum tentu kan. Barang-barang pun semua main sumbat je. Jadinya, macam-macam bendasing yang terdapat di dalam beg tu. Pasir, bedak terabur, habuk biskut dan lain-lain. Dah keluarkan semua barang dan dah terbalikkan beg nak buang habuk. Tapi tetap ada yang sukar di keluarkan. jadi terbaiknya adalah anda gunakan penggelek habuk. Cuma untuk bahagian poket susah sikit, Kalai boleh, gunakan penggelek habuk bersaiz kecil
4. Kutip serpihan kaca
Apabila cawan, pasu atau pinggan pecah memang menjadi masalah untuk membersihkannya. Deah selesai kutip serpihan kaca yang pecah. Namun itu bukan jaminan ia bersih sepenuhnya. Sudah pasti ada bahagian serpihan yang sangat halus. Tahu-tahu jer nanti terpijak dah. Kebiasaan untuk permukaan padu seperti atas lantai, anda akan gunakan kain yang telah di basahkan untuk mengumpulkan serpihan yang halus kan. Tapi kalau atas karpet macam mana? Guna lah penggelek habuk. Gelek pada tempat kaca pecah dan sekitarnya.
5. Tangkap semut
Kelihatannya semut banyak di atas meja makan. Nak sembur guna penyembur serangga akan membahayakan makan pula. Nak dipicit atau tekan, ada yang sempat lari pula. Apa kata guna penggelek habuk. Roll je atas semut. Tada semu melekat. Selain itu juga, anda boleh gunakan untuk menangkap serangga kecil lain yang berbahaya dan digeruni seperti labah-labah.
6. Pembersih habuk dalam kereta
Tak perlu lagi menunggu untuk menghantar kereta ke car wash untuk vacuum. Simpan penggelek habuk ni di dalam kereta anda. Lepas ni, nampak saja habuk, terus boleh bersihkan kurang daripada seminit saja. Juga menjimatkan elektrik sebab anda tak lagi perlu vacuum.
7. Bersihkan patung permainan
Anak patung yang jenis fabrik bila dijadikan sebagai hiasan pasti memerangkap habuk. Kebiasaannya, Anda perlu buat cucian kering untuk membersihkan patung permian tanpa merosakkan strukturnya. Mahal tu. Cara murah dan mudah adalah anda aliskan sahaja penggelek habuk di atas permukaan patung permainan.
8. Kutip jarum
Seksanya nak kutip jarum atau manik yang bertaburan. Satu, persatu anda perlu kutip. Ini akan memakan masa yang lama. Apa kata gunakan penggelek habuk untuk kumpulkan jarum-jarum yang terabur tu. Lepas gelek, sediakan satu bekas dan simpan jarum di dalam bekas tersebut.
9. Bersihkan Karpet
Karpet, walaupun telah disedut dengan vacuum adakalanya tetap ada habuk dan rambut yang melekat. Penyelesaian sempurna adalah guna penggelek habuk. Gelek lah pada keseluruhan karpet terutamanya pada bucu-bucu karpet.
10. DIY cop kraf
Merancang hasilkan printed fabric sendiri? inginkan kesan cop berulang, gunakan penggelek habuk untuk mendapatkan kesan yang cantik dan sekata. Untuk DIY cop kraf dengan menggunakan penggelek habuk, boleh [klik sini]
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.