Terendah lampu yang dah usang tu, jangan dibuang. Struktur atau rangka yang masih utuh boleh di guna lagi. Kebiasaanya, ramai yang makeover dengan menggantikan dengan fabrik atau kertas mengikut tema dekorasi kediaman. Hari ni, impiana nak ajak anda makeover terendak lampu yang dah rosak tu jadi aviari burung. lebih cantik dan menarik:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Modal Tak Sampai RM20 Baiki “Compressor” Peti Sejuk Tak Berfungsi
Artikel lalu, IMPIANA pernah kongsikan cara baiki sendiri peti sejuk yang tiba-tiba bahagian beku tak sejuk berpunca dari defrost thermostat. Kali ni, IMPIANA kongsikan cara baikpulih peti sejuk yang langsung taknak sejuk walaupun bila di hidupkan lampu dalam peti menyala macam biasa.
Artikel erkaitan: Modal Tak Sampai RM20 Untuk Baik Pulih Peti Ais Yang Kurang Sejuk
Kalau tak dengar compressor berfungsi, ia mungkin disebabkan oleh socket di dalam litar peti sejuk. Jom tengok cara Fahi Argo baiki peti sejuk lamanya.
Tips freezer tak sejuk, compressor tak hidup, jangan terus hantar kedai repair, Cuba DIY sendiri.
Bukak soket tepi compressor dalam gambar tu, cabut socket “Overload” yang warna putih hitam dan cabut “Relay” warna hitam tu. Pergi kedai komponen elektronik dan tunjukka bahagian socket tu. Harga dalam RM 10.60 atau beli online di sini https://invol.co/cloqny. Kemudian pasang semula.
Insyallah, sejuk beku semula.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Waiscoting Dengan Bajet Bawah RM200
Wainscoting merupakan susunan bingkai pada dinding yang tidak hanya kelihatan anggun, malah juga merupakan salah satu perincian atau kemasan hiasan dalaman tertua di dunia. Ia telah menjadi sebuah simbol status dan unsur prestij dalam kediaman. Tetapi zaman semakin maju, wainscoting kini tidak lagi hanya untuk golongan atasan. Sesiapa pun boleh menambah elemen ini untuk kediaman lebih elegan. Malah, anda boleh DIY sendiri hiasan ini dengan bajet yang rendah!
Melalui perkongsian Puan Hazilla Hasan di fb miliknya, pertama sekali anda perlu kenalpasti dinding yang mahu dipasang wainscoting kemudian ambil ukuran berdasarkan rekabentuk yang telah dipilih.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :
“Saya beli kayu wainscoting secara dalam talian sahaja. (Juga boleh didapati di hardware) Ada pembekal sudah potong siap-siap mengikut ukuran tertentu (2,4,5,6 kaki) untuk memudahkan pengguna tetapi saya beli yang panjang dan potong sendiri.
Banyak design kayu utk buat frame tu. Boleh pilih mengikut budget masing-masing. Saya beli yang berharga RM1.70 sekaki.”
“Potong hujung kayu tepat 45 darjah. Saya hanya gunakan sesiku L untuk mengukur.”
“Untuk proses menampla, hanya perlukan gam dan water level. Ukur dengan tepat dan tandakan pada kawasan yang ingin ditampal. Sapu rata gam pada kayu dan beri tekanan selama 2 ke 3 minit agar kayu melekat pada dinding. Boleh gunakan masking tape dan biarkan selama beberapa jam sehingga gam kering.
Periksa jika ada lubang atau gam yang tidak melekat. Gunakan sealent untuk mengemaskan lagi wainscoting.
Langkah terakhir, boleh cat dinding dan wainscoting mengikut kesesuaian konseo kediaman anda. Selamat Mencuba!
LIHAT JUGA : Jenis-jenis Wainscoting
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(VIDEO) Rak Tanaman Bertingkat Dari Batu Blok Pasir SUPER MUDAH
Nak bina rak untuk letak tanaman biasanya memerlukan tenaga dan kemahiran yang tinggi. Almaklum lah, khuatir rak yang dibina nanti roboh pulak kan. Tapi ada cara yang lebih mudah dan cepat yang boleh anda lakukan dengan menggunakan cinder block atau blok batu pasir.
Macam tak percaya sahaja kan. Blok batu pasir ini kebiasaanya digunakan untuk tujuan pembinaan bangunaan. Tapi macam mana boleh jadi rak tanaman yang awesome ni? Jom ikuti langkah yang telah disediakan oleh garden answer.
Bahan-bahan:
– Beberapa biji blok batu pasir mengikut rekaan dan ketinggian yang anda inginkan
– Pewarna pelaka / poster
– Span kraf
– Beberapa keping rekaan stencil
– Jaring stainless steel
– Plastik hitam atau landscape fabric
Cara-cara:
1. Gunakan pita pelekat kertas untuk membentuk pattern pada dinding batu blok pasir mengikut kreativiti anda
2. Cat kan pattern yang telah dirancang dengan menggunakan cat pelaka dan span kraf
3. Untuk mempelbagaikan pattern, gunakan kepingan stencil untuk mendapatkan corak yang lebih menarik
4. Pelbagaikan lagi corak dan warna agar rak batu blok pasir anda lebih menarik
5. Apabila semua rekaan telah kering sepenuhnya, susun mengikut kreativiti anda.
6. Letakkan jaring stainless steel pada setiap permukaan yang tak di jadikan sebagai ruang tanaman. Ia bertujuan untuk mengelak medium tanaman dari jatuh
7. Pada setiap lubang tanaman, letakkan plastik hitam untuk menampung medium
8. Isikan medium tanaman dan berikan ruang untuk rootball
9. Tanam tanaman mengikut cita rasa anda pada ruang-ruang yang disediakan
DAH SIAP!
Sumber: Garden Answer
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI