Sesebuah ruang akan serta merta menjadi lebih menarik apabila mempunyai feature wall. Selain pemilihan warna cat, biasanya pemilik juga boleh pasangkan saja wallpaper untuk dapatkan feature wall yang cantik. Tetapi berbeza dengan seorang cikgu dari Negeri Sembilan ini. Selepas tersalah beli wallpaper untuk kediamannya, Puan Herdiana Hamidtelah berjaya memikirkan sebuah langkah yang cukup kreatif untuk menghias dinding rumah.
Puan Dian dan suami menggunakan pelekat hitam yang amat murah dan berjaya transform dinding yang tampak kosong menjadi lebih menonjol dan menarik dengan corak burung geometrik. Jom kita tengok tranformasi nya!
BEFORE
Ads
Pelekat seperti ini boleh didapati di Mr.DIY dengan harga RM1.75 untuk yang bersaiz besar, dan 85 sen untuk yang kecil. Murah je! Puan Dian hanya memerlukan 4 tape saiz besar dan 10 tape saiz kecil untuk mendapatkan sebuah feature wall yang cantik.
Ads
AFTER
Hasilnya sangat menakjubkan. Selain menjimatkan, langkahnya juga amat mudah.
Ramai beranggapan, saiz kediaman yang kompak sukar untuk ditata hisa indah. Segala hal jadi terhad dan terbatas. Namun tidak bagi Puan Nur Victoria Ho. Kediaman teres yang dimiliki mempunyai saiz kompak di hias riangkas dengan mengetengahkan konsep Scandinavian. Ini antara tip yang dikongsikan untuk meghias kediaman gaya Puan Nur Victoria Ho:
Tema scandinavian dan minimalist sesuai untuk ruang kediaman yang terhad.
PEMILIHAN PERABOT Perabot dan hiasan yang dipilih merupakan design yang ‘simple/clean finished’ supaya ruang yang terhad kelihatan lapang dan ‘straight forward’. Pilihan rona perabot dari warna yang cerah, pastel dan sejuk agar ruang kediaman kelihatan tidak terlalu sesak dan sentiasa sejuk di pandangan mata.
RONA CAT Rona dinding putih/soft grey menjadi pilihan sebab rona sebegini memantulkan cahaya dengan lebih baik supaya ruang terhad kelihatan lebih luas. Rona-rona sebegini juga dikira ‘safe’ dan tidak lari dari tema scandinavian.
PENCAHAYAAN
Maksimakan pengcahyaan dalam kediaman supaya ruang kelihatan ‘alive’. Sekiranya kediaman tidak mempunyai pengcahayaan semulajadi yang mencukupi, letakkan lampu ‘warm white’ di beberapa sudut supaya kediaman tidak kelihatan kelam.
AKSESORI SEGAR Serikan lagi kediaman dengan tumbuh-tumbuhan hiasan. Seeloknya gunakan tumbuhan hidup sebab selain dijadikan hiasan, tumbuhan hidup mampu membersihkan udara di dalam rumah. Namun sekiranya terdapat kekangan, maka tumbuhan ‘artificial’ boleh dijadikan pilihan. Tempatkan tumbuhan di beberapa sudut yang sesuaikan supaya mampu ‘accentuate’kan lagi sudut tersebut.
TIP DEKOR RUMAH SEMPIT PUAN nUR
1. Sebelum memulakan kerja dekor, perlu pastikan & tetapkan tema/konsep dekor yang bersesuaian dengan jenis/ruang rumah.
2. Selepas itu, padan suaikan rona perabot/hiasan ikut tema. Jangan lari dari tema nanti kelihatan ‘too much details’ dan rasa ‘sesak’.
3.Sebelum beli perabot, pastikan ukur dulu ruang supaya tak perabot tak terlalu ‘kerdil’ atau memakan ruang.
4.Pengcahayaan memainkan peranan supaya menaikan mood di ruang tertentu & memberikan ‘ambience’ keseluruhan ruang.
5.Jangan takut untuk bereksperimen dengan kediaman & rajin-rajin refer pinterest/ig untuk dapatkan idea-idea/tema/konsep yang sesuai dengan kediaman.
6. Yang penting, dekor ikut budget & upgrade kediaman secara berperingkat ikut budget masing-masing. Sometimes, less is more.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Teh yang dinikmati setiap pagi pastinya memberi kesegaran dan tenaga pada kita. Tahukah anda, uncang teh yang terpakai mempunyai manfaat dan kegunaan lain? Di sini IMPIANA kongsikan 5 kegunaan dan manfaat lain uncang teh terpakai.
1. Membersihkan kotoran pada pinggan mangkuk
Kesan minyak pada pinggan mangkuk adakalanya sukar dihilangkan dengan hanya menggunakan sabun pencuci biasa. Namun, tak perlu risau lagi kerana kotoran pada pinggan mangkuk mampu dibersihkan dengan uncang teh terpakai. Caranya, rendam sahaja pinggan mangkuk dengan air panas dan letakkan beberapa uncang teh.
2. Menghilangkan bau dalam peti sejuk
Peti sejuk menjadi tempat simpanan pelbagai jenis makanan yang boleh mengundang bau yang kurang enak. Bau ini dapat dihilangkan dengan cara yang mudah sahaja. Anda hanya perlu letakkan beberapa uncang teh ke dalam sebuah bekas terbuka dan dibiarkan dalam peti sejuk.
3. Menjauhkan serangga perosak
Anda tak perlu runsing lagi jika ada serangga perosak dalam rumah kerana uncang teh mampu menyelesaikan masalah anda. Caranya, letakkan sahaja beberapa uncang teh ke dalam kabinet atau tempat yang berpotensi menjadi tempat serangga.
4. Cegah peralatan dapur berkarat
Uncang teh juga mampu mencegah karat pada peralatan dapur. Ini kerana, kandungan tanin dalam teh dapat mencegah besi daripada teroksida. Cara yang anda perlu lakukan ialah gosok permukaan kuali atau periuk yang telah dicuci dengan uncang teh yang masih lembap.
5. Menghilangkan bau kurang enak pada permaidani
Bau busuk pada permaidani yang disebabkan oleh tumpahan air atau kesan muntah anak dapat dihilangkan dengan menggunakan serbuk teh sahaja. Tabur serbuk teh yang telah dikeringkan pada permaidani dan biarkan selama 15-20 minit sebelum vacuum.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kesan kekuningan pada tilam dan bantal yang disebabkan oleh air liur atau peluh ini boleh dikategorikan sebagai kotoran yang degil. Harga bagi sebuah tilam yang selesa dan tahan lama pula bukanlah murah. Ia boleh mencecah ribuan ringgit selari dengan teknologi masa kini. Jadi, tak mungkin lah hanya kerana tilam dah penuh ‘peta dunia’ anda nak buang kan? Siapa sanggup?
Tidak perlu risau. Kali ini, IMPIANA nak kongsikan cara terbaik bagi menyingkirkan kotoran kuning serta bakteria dari tilam dan bantal anda tanpa perlu berbelanja banyak.
Anda hanya perlukan :
1 titis cecair pencuci pinggan
1 cawan Hydrogen Peroxide (Boleh didapati di farmasi)
3 sudu besar Baking Soda
1 botol spray yang kosong
Langkah-langkahnya :
2. Campurkan semua bahan tadi kedalam bekas dan kacau hingga sebati sebelum tuangkannya kedalam botol spray kosong tadi.
2. Sembur dan ratakan bancuhan tersebut pada tilam/ bantal. Kemudian biar ia larut dalam 5 hingga 10 minit.
3. Semburkan sekali lagi pada kesan yang degil. Ulang sehingga nampak perubahan pada tilam anda.
4. Setelah puas menyembur, jemur tilam tanpa perlu kena cahaya matahari secara terus.
5. Akhir sekali, gunakan vacuum atau berus untuk buang kotoran yang masih tertinggal.
Mudah je kan caranya. Tak perlu lah nak beli tilam baru. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.