Konsep kediaman MUJI telah wujud pada 2004 di Jepun. Ianya wujud disebabkan oleh status pembangunan kediaman di serata Jepun yang banyak memfokuskan rumah bersaiz kompak. Rekaan MUJI House mengambil kire segala aspek termasuk kelengkapan rumah, perabot dan perkakas.
Mengetengahkan rona-rona semula jadi iaitu putih dan coklat kayu, konsep MUJI kelihatan seakan sebuah kediaman berkonsepkan nordic atau scandinavian. Namun, MUJI mempunyai rekaan nya yang tersendir dengan menggabungkan pengaruh budaya dalam setiap rekaan nya.
Ads
Berikut ieda dekorasi MUJI HOUSE untuk anda yang mempunyai kediaman bersaiz kompak terutamanya jenis studio:
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Agama Islam telah mengatur dan menetapkan panduan buat umatnya dengan lengkap dalam segala aspek bukan sahaja dalam hal-hal ibadah malah merangkumi perkara yang melibatkan kehidupan seharian manusia termasuklah perkara yang berkaitan dengan posisi dan susun atur bangunan atau rumah. Mungkin ada segelintir individu yang beranggapan hal ini remeh dan tidak perlu diambil pusing tetapi pada hakikatnya, ciri-ciri kediaman yang sempurna mengikut panduan agama Islam akan memberikan anda kehidupan yang lebih harmoni dan bahagia.
Sebuah rumah yang bercirikan Islamik hendaklah bersesuaian dan mengikuti kriteria yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai ajaran Islam. Sebaiknya, sebelum membina sesebuah kediaman itu, kita hayati dan fahami bagaimana seharusnya susun atur dan binaan yang berteraskan panduan Islam bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rumah yang bakal didiami. Jadi mari ikuti checklist ini bagi menambah info dan semoga mendapat manfaat buat semua pembaca IMPIANA.
Memiliki ruang yang mencukupi
Sebuah rumah tidak perlu bersaiz terlalu besar tetapi tidak pula terlalu kecil sehingga tidak memenuhi keperluan penghuninya. Rumah yang baik adalah sebuah rumah yang menyediakan ruang secukupnya mengukut bilangan ahli keluarga dan paling tidak, dilengkapi ruang yang cukup untuk menjalani ibadah dengan selesa.
Mempunyai ruang transisi
Apa yang dimaksudkan dengan transisi adalah sebuah ruang atau koridor. Menurut ajaran Islam, sebuah rumah yang bagus susun aturnya ialah rumah yang mempunyai ruang penghubung antara pintu masuk dengan ruang utama di dalam rumah. Hal ini adalah bagi memastikan apabila tetamu masuk melalui pintu utama, penghuni yangyang be di dalam tidak tertedah dan rasa terganggu.
Menjaga privasi
Sebuah rumah muslim hendaklah memiliki pembahagian ruang yang dapat melindungi privasi penghuninya.
Sebagai contoh, bilik tidur utama milik ibu bapa yang dipisahkan daripada bilik tidur anak-anaknya dan anggota keluarga yang lain. Dan begitu juga bilik tidur anak lelaki yang diasingkan daripada bilik tidur anak perempuan.
Selain itu ruang dapur juga sebaiknya diletakkan pada bahagian belakang rumah dan ruang tamu diletakkan penghadang bagi melindungi aurat ahli keluarga dan wanita.
Tidak keterlaluan
Sebagai seorang muslim sudah tentu kita tahu yang perbuatan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk adalah sifat yang dikeji. Jadi amatlah tidak molek jika hal ini tidak diterapkan ketika membina dan menyusun atur kediaman. Kesederhanaan adalah kunci buat rumah yang selesa dan bertepatan dengan ciri-ciri muslim.
Bersih dan terjaga
Kebersihan adalah sebahagian daripada iman oleh sebab itu, rumah seorang muslim hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur terutamanya di kawasan melakukan ibadat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Perkembangan kebudayaan Islam secara tidak langsung telah menyebarkan karya-karya senibina bercirikan Islamik yang paling indah untuk masyarkat dunia. Butiran yang teliti serta perhiasan indah merupakan antara ciri-ciri unik senibina Islam. Berikut adalah sepuluh pilihan bangunan bersejarah dan kontemporari Islamik yang boleh kita hayati.
10. Rumah mandi Sultan Amir Ahmad, Kashan, Iran
Dibina pada abad ke 16, binaan ini kini telah menjadi salah satu destinasi popular di kalangan pelancong. Rumah mandi yang dihiasi jubin ornamental biru dan emas ini juga telah didaftarkan sebagai tapak warisan Nasional di Iran.
9. Bandar Biru Chefchaouen, Morocco
Bandar kecil di pergunungan Rif ini sangat terkenal dengan sejarah dan budayanya tetapi paling utama ia dikenali sebagai sebuah bandar yang dipenuhi dengan rumah dan bangunan unik warna biru. Pengunjung dapat menikmati pemandangan gunung ganang sambil berjalan jalan di pasar kraftangan dan merasa masakan tempatan.
8. Istana Montaza, Alexandria
Dibina pada tahun 1932, kawasan ini berkhidmat sebagai istana musim panas untuk Raja Fuad I. Terletak di pantai Laut Mediterranean, seni bina istana menggabungkan gaya Turki dan Florence. Hari ini istana dan taman-taman diraja yang luas ini adalah terbuka untuk orang ramai kunjungi.
7. Burj Al Arab, Dubai
Inspirasi senibina hotel 7 bintang ini dikatakan diambil daripada bentuk kapal layar yang banyak terdapat dipersekitarannya. Dengan ketinggian 321 meter, hotel ini dikatakan hotel paling eksklusif dan mewah di atas muka bumi.
6. Masjid Jameh Isfahan, Isfahan, Iran
Percaya kah anda, masjid menakjubkan ini adalah hasil daripada pembinaan yang berterusan, bermula dari abad ke 7 hingga abad ke 20! Walau bagaimanapun, ia dianggap sebagai pusat keagamaan tertua di negara ini. Ia juga dikatakan sebagai karya seni bina Parsi yang agung.
5. Masjid Hassan II, Casablanca, Morocco
Masjid ini telah memecahkan beberapa rekod: ia adalah masjid terbesar di Afrika dan dengan keluasan 210 m (689 kaki persegi) dan ia mempunyai mineret tertinggi di dunia. Siap pada tahun 1993, masjid marmar ini berada dikawasan pantai Lautan Atlantik yang dapat dilihat melalui lantai kaca dibahagian dewan masjid.
4. Alhambra, Andalusia, Sepanyol
Binaan yang pada asalnya merupakan masjid, mahkamah, istana dan kompleks kubu kerajaan Moor di Granada kini telah menjadi simbol keindahan senibina Islam. Kecantikan Alhambra diterjemahkan melalui perincian arabesk serta warna merah menyala seperti maksud nama Alhambra itu sendiri (yang merah).
3. Masjid Nasir Al Mulk, Shiraz, Iran
Masjid tradisional yang juga dikenali sebagai ‘Pink Mosque’ ini siap dibina pada tahun 1888 oleh Mirza Hasan Ali Nasir al Molk. Keistimewaan masjid ini terletak pada cermin tingkap yang dihiasi dengan kaca berwarna warni. Ruang tersebut kelihatan terlalu cantik lebih lebih lagi apabila cahaya matahari menembusi tingkap lalu memaparkan warna dan corak menakjubkan.
2. Masjid Selimeye, Edirne, Turki
Dulunya masjid ini merupakan sebuah gereja bagi penganut agama Katholik Roma tetapi seletah kerajaan bertukar pemerintahan di era Turki Uthmaniyyah, ia diubah menjadi masjid utama. Dianggap sebagai salah satu contoh terbaik seni bina Islam dengan reka bentuk yang jelas, unsur-unsur dan gaya elegan telah mendapat pujian sehingga hari ini.
1.Masjid Agung Sheikh Zayed, Abu Dhabi
Dilhamkan oleh presiden UAE ketika itu, masjid ini menggabungkan nilai-nilai tradisional dan moden pada keseluruhan senibina dan reka bentuknya. Masjid yang dapat menampung sehingga 40 ribu orang jemaah ini juga dilihat sebagai simbol penyatuan umat kerana bahan pembinaannya telah dibawa dari pelbagai pelusuk dunia.
Salah satu perkara yang paling menyenangkan ketika pergi melancong adalah apabila kita dapat menikmati keselesaan gaya hidup mewah ketika tinggal dihotel hotel. Katil empuk dengan cadar yang hangat, tandas luas yang bersih, serta balkoni dengan pemandangan indah. Sudah tentu seronok kan?
Tidur dibilik hotel pula pastinya extra lena dan selesa. Bagi mendapatkan kamar tidur ala hotel 5 bintang, tidaklah susah sebenarnya. Ikut dulu tip yang telah IMPIANA sediakan ini.
SKEMA WARNA Pilih rona neutral buat bilik tidur anda untuk tampak tenang dan sofistikated, saling tak tumpah seperti bilik hotel mewah yang menyajikan kita dengan aura nyaman dan selesa.
PERABOT STATEMENT Pemilihan perabot boleh boleh dilakukan mengikut kesesuaian ruang dan keutamaan tetapi untuk memberikan bilik tidur anda feel seperti di hotel, jangan lupa sertakan perabot yang menonjol dan boleh dijadikan titik fokal mahupun tarikan utama di dalam ruang tersebut.
KEMASAN LEMBUT & CADAR MEWAH Pastikan kemasan lembut anda terdiri dari bahan-bahan berkualiti kerana ia mampu menambah gaya mewah pada ruang. Selain itu cadar tilam/katil dan juga sarung bantal biarkan saja polos untuk tampil elegan.
PENCAHAYAAN Pencahayaan adalah cara penting tetapi murah untuk menjadikan bilik kita seperti hotel. Lampu sedia ada di rumah biasanya kurang memberikan kesan. Jadi, cuba dapatkan lampu hiasan seperti lampu tidur yang menghiasi sisi katil.
STAIL & AKSESORI Ambil peduli dengan aksesori walaupun hanya kita yang akan melihatnya. Bilik bersifat peribadi. Kita akan menghabiskan banyak masa dalam hidup di ruang ini. Jadi, pilihlah hiasan yang dekat di hati anda atau yang anda suka.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.