Istana Syarqiyyah yang tersergam indah dibumi Terengganu ini telah mula dibina sejak tahun 2006 lagi. Syarqiyyah yang membawa maksud ‘Permata Timur’ telah pun siap dibina sepenuhnya pada tahun 2014 oleh arkitek Bill Bensley. Beliau pernah disenaraikan sebagai salah seorang arkitek dan pereka top oleh majalah Architectural Digest.

Istana 100 Bilik Tersergam Indah Di Bumi Terengganu

Menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Shafii Mohamad, fasa pertama dan kedua pembinaan kompleks istana itu melibatkan kerja-kerja tanah, pembinaan tembok penahan, kolam, perparitan, paip, kabel, pejabat pentadbiran, balai istiadat, bangunan TNB, rumah pam serta kerja-kerja mekanikal dan elektrik. Fasa ketiga dan keempat pula melibatkan kerja-kerja tanah, balai istiadat, pejabat pengawal istana, surau, dewan, jalan, tempat letak kenderaan, balai Islam dan kediaman utama Istana Tuanku serta kerja-kerja hiasan dalaman dan sebagainya.

Istana 100 Bilik Tersergam Indah Di Bumi Terengganu

Istana yang terletak di Bukit Chendering, Kuala Terengganu ini merupakan istana utama baginda Sultan jadi tidak hairanlah jika segala majlis rasmi akan diadakan di istana berkenaan. Di dalam kawasan istana ini jugak terletak kediaman utama buat baginda Sultan bersama keluarganya. Selain mempunyai 100 buah bilik yang mempunyai rekabentuk yang berlainan setiap satunya, istana ini juga mempunyai sebuah banquet hall yang boleh menampung sehingga 1800 orang tetamu. Dan yang menariknya, dewan tersebut dibina tanpa kolum. Hebatnya!

Istana 100 Bilik Tersergam Indah Di Bumi Terengganu

IKLAN

Senibinanya jelas menggabungkan elemen tradisional Terengganu dan senibina islamik Alhambra di Sepanyol. Jubin seramik Morocco, warna biru kobalt dan pelbagai perhiasan antik diperbuat daripada gangsa telah diselia dengan teliti dan penuh berhati hati agar dapat merealisasikan impian Sultan Mizan Zainal Abidin dengan sempurna.

Banyak lagi gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan. Selamat menjamu mata!

Artikel ini diilhamkan daripada lawatan jurugambar Von Wong ke Istana Syarqiyyah di Terengganu pada tahun 2015. Bacaan lanjut di  medium.com

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI