Menghias rumah ala Morocco adalah tentang membawa kehidupan dan kehangatan mediterranean ke dalam ruang anda.
Dengan gabungan warna-warna kaya, tekstur yang melimpah dan hiasan-hiasan yang menarik, gaya ini menjanjikan pengalaman visual yang memikat dan sentuhan keselesaan yang menawan.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Warna dan Pola: Gunakan warna-warna yang kaya seperti biru laut, merah bata, kuning keemasan dan hijau zaitun. Sentuhan pola geometri dan motif Moorish seperti zelij (mosaic keramik) dan motif bunga adalah ciri-ciri penting.
Perabot: Pilih perabot yang diukir dengan tangan dan kayu gelap seperti cendana atau walnut. Sofa rendah dengan bantal-bantal tebal dan payung merupakan pilihan yang baik.
Tekstur: Gunakan kain-kain tebal dan berwarna-warni seperti sutera, baldu atau kanvas untuk permaidani dan langsir. Karpet-karpet berbulu dan berwarna-warni juga merupakan hiasan menarik yang boleh ditambah.
Cahaya dan Lampu: Gantungkan cawan-cawan lampu tembaga yang diukir atau lampu-lampu arabesque untuk cahaya yang lembut dan atmosferik. Cermin- cermin besar dengan bingkai tembaga juga boleh menambah cahaya dan ruang kepada rumah.
Hiasan Dinding: Gantungkan karya seni dinding yang berwarna-warni seperti lukisan-lukisan tangan atau tekstil yang dihiasi. Cermin-cermin dinding dengan bingkai moorish atau ukiran juga merupakan pilihan yang baik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Mungkin ada di kalangan anda yang beranggapan fungsi cermin hanya sebagai satu benda kegunaan harian sahaja tetapi sebenarnya tidak sama sekali. Pelbagai idea dekorasi dalaman rumah yang boleh dilakukan dengan hanya menggunakan cermin sebagai satu pelengkap hiasan dalaman rumah anda.
Ada beberapa contoh idea dekorasi dalaman rumah menggunakan cermin yang telah disediakan oleh IMPIANA sebagai rujukan anda!
CERMIN DENGAN BINGKAI ANYAMAN
Jika anda mahu tampil dengan konsep dekorasi yang unik dan berbeza, anda boleh menggunakan cermin bingkai anyaman ini sebagai pilihan. Selain sisi kreatif akan ditonjolkan, dekorasi hiasan dalaman rumah anda akan bertambah seri dengan menggunakan cermin jenis ini.
Sekiranya anda mahu mendapatkan cermin yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Atau anda juga boleh membeli jenis cermin yang lebih kurang sama dengan jenama lain secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
CERMIN POTONGAN HEXAGON
Bagi anda yang lebih gemar dengan konsep moden kotemporari boleh menggunakan cermin yang berbentuk ‘hexagon’ ini sebagai pilihan idea dekorasi dalaman rumah anda. Bukan sahaja tampak sangat unik dan elegan, ia juga boleh mencuri tumpuan dan perhatian mata para tetamu yang hadir ke rumah anda!
Untuk cermin yang berbentuk ‘hexagon’ ini anda boleh sahaja membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah di IKEA Malaysia.
Tetapi, sekiranya anda mahu mendapatkan jenis cermin yang lebih kurang sama dengan jenama lain anda boleh membelinya secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
CERMIN GANTUNG PELBAGAI BENTUK
Walaupun cermin gantung ini saiznya agak kecil berbanding dengan cermin yang lain namun ia juga tetap boleh mencuri perhatian orang di sekeliling. Jangan hanya pandang sebelah mata dengan kebolehan cermin gantung ini, meski saiznya kecil ia tetap juga berkemampuan menaikkan seri hiasan dalaman rumah anda.
Cermin gantung ini anda boleh sahaja membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah di IKEA Malaysia.
Namun, sekiranya anda mahu mendapatkan jenis cermin yang lebih kurang sama dengan jenama lain anda boleh membelinya secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
CERMIN POTONGAN EMPAT SEGI PELBAGAI SAIZ
Cermin potongan empat segi mungkin sudah dilihat seperti cermin biasa kegunaan harian sahaja di kalangan anda. Tetapi jika anda bijak untuk menghiasnya, cermin potongan empat segi pelbagai saiz ini juga boleh menjadikan dekorasi hiasan dalaman rumah anda tampak hebat dan penuh gaya.
Jadi, ini beberapa konsep idea dekorasi hiasan dalaman menggunakan cermin yang boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan kepada anda. Semoga perkongsian bermanfaat ini dapat membantu anda.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Selain mengunakan sofa 3 seater sebagai salah satu perabot di ruang tamu kediaman anda, ‘wing chair’ juga boleh dijadikan sebagai pelengkap dan penyeri dekorasi ruang tamu di rumah anda.
Bagi anda yang sedang mencari sofa ‘wing chair’ yang bersesuaian untuk ruang tamu, ini ada beberapa tips bermanfaat untuk anda mengenai pemilihan sofa ‘wing chair’ mengikut kesesuaian citarasa anda.
Jika anda mahu ruang tamu anda tampak ringkas dan bersederhana, anda boleh menggunakan sofa ‘wing chair’ berwarna hitam atau kelabu sebagai pelengkap dekorasi ruang tamu anda.
Pemilihan warna seperti hitam dan kelabu ini sangat sesuai bagi anda yang memiliki anak kecil kerana sifatnya yang tidak mudah kotor serta penjagaannya yang lebih mudah berbanding warna terang.
Seperti sofa ‘wing chair’ yang tertera pada gambar di atas, struktur permukaannya telah diperbuat daripada fabrik kain yang pastinya akan memberi keselesaan sepenuhnya kepada anda.
Selain itu, terdapat juga sofa ‘wing chair’ yang diperbuat daripada kulit yang amat sesuai bagi anda yang mahukan ruang tamu anda tampak lebih elegan dan mewah.
Tetapi sekiranya anda lebih berjiwa ceria, anda boleh memilih sofa ‘wing chair’ berwarna terang seperti kuning, krim dan putih.
Dengan pemilihan warna terang seperti ini pastinya boleh mewujudkan suasana serta mood ceria di ruang tamu anda.
Sekiranya anda lebih meminati konsep moden dan mahu ruang tamu anda tampak lebih bergaya, anda boleh memilih sofa ‘wing chair’ yang bercorak ini.
Bukan sahaja tampak lebih bergaya, malah sofa ‘wing chair’ yang bercorak ini nampak lebih unik berbanding yang lain.
Sekiranya anda mahu mendapatkan sofa ‘wing chair’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh sahaja segera membelinya di mana-mana cawangan gedung jualan barang kelengkapan rumah, IKEA Malaysia.
Atau anda juga boleh membeli jenis sofa ‘wing chair’ yang lebih kurang sama dengan jenama lain secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Boleh klik pautan di sini untuk pembelian.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Membeli rumah adalah keputusan besar yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk usia, kestabilan kewangan dan rancangan masa depan.
Keputusan untuk membeli rumah pada usia yang sesuai boleh memberi impak yang besar terhadap kestabilan kewangan dan kesejahteraan hidup seseorang.
Oleh itu, memahami faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan ini adalah amat penting untuk memastikan ia adalah langkah yang tepat dan bijak.
Tida ada spesifik usia yang pasti bila seseorang perlu membeli rumah, tetapi beberapa pertimbangan berikut boleh membantu menentukan masa yang sesuai:
Kestabilan Kewangan:
Pendapatan Stabil: Pastikan anda mempunyai pendapatan yang stabil dan cukup untuk menampung kos bulanan termasuk bayaran ansuran rumah, cukai, insurans dan penyelenggaraan.
Dana Kecemasan: Sebaiknya anda mempunyai dana kecemasan yang cukup untuk menampung kos hidup selama 3-6 bulan.
Wang Pendahuluan: Kebanyakan bank memerlukan wang pendahuluan sekurang-kurangnya 20% daripada harga rumah. Semakin besar wang pendahuluan yang boleh anda bayar, semakin kecil ansuran bulanan anda.
Kredit yang Baik:
Mempunyai sejarah kredit yang baik akan membantu anda mendapatkan kadar faedah gadai janji yang lebih rendah.
Rancangan Jangka Panjang:
Rancangan Kerjaya: Pastikan anda selesa dengan lokasi pekerjaan anda dan tidak merancang untuk berpindah dalam masa terdekat.
Keluarga: Jika anda merancang untuk mempunyai keluarga, pertimbangkan keperluan ruang tambahan dan persekitaran yang mesra kanak-kanak.
Umur dan Tahap Kehidupan:
Ramai orang mula mempertimbangkan membeli rumah pada usia 25-35 tahun, kerana pada usia ini biasanya sudah mempunyai pendapatan yang lebih stabil dan mungkin sudah mula membina keluarga.
Walau bagaimanapun, tidak ada had umur tertentu. Sesetengah orang mungkin lebih bersedia dari segi kewangan dan peribadi pada usia yang lebih muda atau lebih tua.
Harga dan Pasaran Hartanah:
Pertimbangkan keadaan pasaran hartanah di kawasan anda. Membeli rumah semasa pasaran sedang stagnant atau turun boleh lebih menguntungkan.
Kos Hidup:
Pertimbangkan kos hidup di kawasan yang anda inginkan dan bandingkan dengan pendapatan anda.
Secara keseluruhannya, masa yang sesuai untuk membeli rumah adalah apabila anda berasa bersedia dari segi kewangan dan peribadi untuk mengambil tanggungjawab tersebut. Tidak perlu tergesa-gesa, yang paling penting adalah membuat keputusan yang matang dan berdasarkan keadaan kewangan serta rancangan hidup anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum merancang untuk membeli RUMAH PERTAMA, sebaiknya mempertimbangkan beberapa perkara ini dahulu supaya tidak menyesal di kemudian hari. Pembelian rumah yang betul mampu menjadi aset, sebaliknya jika tersalah beli boleh menjadi liabiti kepada pemilik.