Dalam proses merancang hiasan dalaman rumah, pemilihan wallpaper adalah satu aspek yang memegang peranan penting yang mana bukan sekadar sebagai hiasan dinding tetapi juga sebagai pencetus atmosfera yang diingini serta menyumbang kepada penonjolan gaya dan personaliti ruang yang ingin diwujudkan.
Perbezaan antara pelbagai jenis wallpaper rumah dapat dilihat dari bahan, corak, tekstur dan kesesuaian dengan persekitaran rumah.
Pertama, dari segi bahan. Terdapat pelbagai jenis seperti kertas, vinyl, kain dan kertas dinding berstruktur.
Ads
Wallpaper kertas biasanya lebih murah tetapi kurang tahan lama berbanding dengan vinyl yang lebih tahan lama dan mudah dibersihkan. Sementara itu, wallpaper kain memberikan sentuhan mewah tetapi memerlukan penjagaan yang lebih teliti.
Dari segi corak dan tekstur, terdapat pelbagai pilihan yang sesuai dengan pelbagai gaya hiasan dalaman. Ada yang mengandungi corak geometri moden, floral yang klasik, motif alam semula jadi atau corak abstrak yang kontemporari.
Selain itu, terdapat juga wallpaper yang meniru tekstur seperti kayu, batu, dan tekstur tekstil lain, memberikan dimensi visual yang menarik kepada ruang.
Ads
Kesesuaian dengan persekitaran rumah juga penting dipertimbangkan. Misalnya, untuk ruang tamu atau bilik tidur, anda mungkin ingin memilih wallpaper dengan corak yang menenangkan dan mempromosikan suasana santai. Manakala untuk dapur, anda mungkin lebih memilih wallpaper yang tahan air dan mudah dibersihkan.
Ads
Kesimpulannya, perbezaan antara wallpaper rumah dapat dilihat daripada bahan, corak, tekstur dan kesesuaian dengan persekitaran rumah. Dengan memilih wallpaper yang sesuai, anda dapat mencipta atmosfera yang unik dan memenuhi citarasa serta keperluan hiasan dalaman rumah anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Melihat pada mata kasar sahaja pasti anda sudah mampu menterjemahkan ciri utama yang harus ada untuk penataan ala Hollywood Style ini. Semestinya ia menjelmakan suasana glamor dan mewah. Tidak terhad kepada fabrik dan kayu sahaja, material daripada elemen lain turut digunakan seperti kristal,tembaga dan labuci. Kebanyakkan perabot seperti meja sisi dan ottoman menggunakan kayu seperti mahogani, mapel dan bic yang kebanyakannya berasal dari Amerika Syarikat.
Manakala untuk pemilihan warna pula, palet warna cerah dan berkilau seperti warna metalik, emas dan permata sesuai dipadankan pada perabot dan kemasan lembut. Gandingkan bersama warna neutral seperti putih dan hitam untuk warna seting ruang dan mencetuskan kontras, seperti warna dinding dan juga warna kusyen. Terdapat beberapa aksesori yang sesuai untuk digayakan, seperti arca, lampu vintaj, lukisan dan foto hitam putih. Bagi menambahkan seri, lampu candelier kristal vintaj digunakan bagi mewujudkan pencahayaan aksen yang elegan. Di meja sisi pula, lampu meja terendak moden boleh dipadankan bersama.
Info tambahan!
1.Gunakan kemasan lantai warna hitam untuk kesan yang lebih dramatik
2.Fabrik bertekstur gebu boleh digunakan untuk pada kusyen dan langsir untuk tampil menawan
3.Konsep mix and match boleh dipadankan dengan warna metalik agar kelihatan lebih mewah dan sofistikated.
www.elledecor.com
groupleme.com
librenchere.com
pintrest
pintrest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.